Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 2. doctor who specializes in a particular area of medicine or form of treatment, pakar: the doctor had referred her to a heart ~, doktor telah merujukkannya pd seorang pakar jantung; he is consulting a ~ tomorrow, dia akan berjumpa dgn seorang doktor pakar esok. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. expert in a particular subject or skill, ahli, pakar: the Professor is a ~ in Malay Linguistics, Profesor itu pakar dlm bidang Linguistik bahasa Melayu; a Naval Officer who is a ~ in gunnery, seorang Pegawai Tentera Laut yg ahli dlm bidang meriam; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj kepakaran: working with experts has helped me to acquire a great deal of ~ knowledge, pengalaman kerja saya dgn pakar-pakar telah membantu saya memperoleh pengetahuan kepakaran yg banyak sekali; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata specialist


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Encounter Specialist"? Encounter Specialist merujuk kepada sebuah unit polis di India. Mereka akan menggunakan kekerasan sehingga sanggup membunuh mangsa untuk mendapatkan maklumat dsb. Bolehkah pihak DBP berikan sebarang cadangan terjemahan?Istilah ini merujuk kepada gelaran khas dalam unit polis di India dan tiada penggunaannya dalam unit polis di Malaysia. Sehubungan dengan itu, carian maklumat tentang gelaran khas ini perlu diteliti terlebih dahulu. Pihak kami akan hubungi tuan/puan melalui e-mel apabila selesai mendapatkan maklumat daripada pihak berkaitan.Lain-lain09.09.2021
Penggunaan Nama Persijilan Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak daripada DBP untuk penggunaan nama persijilan seperti di bawah: 1. Malaysian Skills Specialist = Pakar Kemahiran Malaysia 2. Malaysian Skills Senior Specialist = Pakar Kanan Kemahiran Malaysia 3. Malaysian Skills Senior Specialist = Pakar Tertinggi Kemahiran Malaysia Oleh yang demikian pihak kami ingin mendapatkan pandangan dan nasihat pihak DPB sama ada penggunaan Bahasa Melayu di atas adalah betul atau tidak. Kerjasama dan keprihatinan pihak DBP adalah didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Azizah Md SalehCadangan terjemahan bagi perkataan yang diberikan ialah:
1. Malaysian Skills Specialist = Pakar Kemahiran Malaysia 
2. Malaysian Skills Senior Specialist = Pegawai Kanan Kemahiran Malaysia 

Makna26.08.2021
Salam sejahtera, ingin bertanya kepada pihak DPB sama ada perkataan ' specialist doctor ' boleh diterjemahkan sebagai 'doktor specialis'. Adakah terjemahan ini diterima ataupun penggunaan perkataan 'doktor pakar' adalah lebih tepat. Mohon mendapat pencerahan daripada DPB. Sekian terima kasih.1. Cadangan terjemahan bagi  'specialist doctor' ialah doktor pakar.Makna06.10.2021
Assalamualaikum. Apakah terjemahan untuk "generalist force" dan "specialist force" dalam bidang ketenteraan atau sains politik? Terima kasihKami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut:

1. Generalist force: Doktor tentera atau pegawai perubatan.

2. Specialist force: Doktor pakar tentera atau Pegawai Tugas Khas.

Semua padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. 
Istilah06.05.2021
Assalamualaikum. Adakah istilah 'specialist healthcare business' sesuai diterjemahkan sebagai 'bisnes kesihatan pakar' atau adakah terjemahan 'bisnes penjagaan kesihatan pakar' lebih tepat, atau adakah terjemahan lain yang lebih sesuai dan tepat? Terima kasih.Terjemahan yang sesuai untuk "specialisy healthcare business" ialah perniagaan pakar penjagaan kesihatan.Makna26.03.2019
polyklinik pudu, kedai kushen ocean,klinik specialist wong, kedai kain & langsir indah globe, kedai runcit haji haniffa & sons

Tiada soalan dikemukakan. Walau bagaimanapun frasa yang betul ialah Poliklinik Pudu, Kedai Kusyen Ocean, Klinik  Pakar Wong, Kedai Kain dan Langsir Indah Globe,Kedai Runcit Haji Haniffa & Sons. Perkataan ocean, indah globe dan & sons tidak diterjemahkan kerana ini merupakan nama khas yang telah didaftarkan.    

Tatabahasa19.04.2009
pihak KKM dalam urusan mengeluarkan Garis Panduan Pelantikan Pakar Perubatan Perunding. Mohon nasihat berkenaan gelaran berkenaan samada Pakar Perubatan Perunding atau Pakar Perunding Perubatan. tafsiran 1) Pakar Perubatan (Pra-warta) atau Medical Specialist (Pre-gazettement) bermaksud seorang pegawai perubatan yang memperolehi kelayakan perubatan yang diiktiraf serta sedang menjalani proses pewartaan. 2) Pakar Perubatan atau Medical Specialist bermaksud seorang pegawai perubatan yang memperolehi kelayakan perubatan yang diiktiraf serta telah dilantik dan diwartakan sebagai pakar perubatan oleh Ketua Pengarah Kesihatan. 3. Pakar Perubatan Perunding atau Medical Consultant bermaksud seorang pakar perubatan yang berada pada Gred Khas atau Gred Utama C atau mana-mana pakar perubatan yang telah diwartakan sebagai pakar perubatan untuk tempoh melebihi 10 tahun atau mana-mana pakar perubatan yang dilantik sebagai pakar perunding perubatan oleh Ketua Pengarah Kesihatan. 4. Pakar Perubatan Perunding (Kanan) atau Senior Medical Consultant bermaksud seorang pakar perubatan yang berada pada Gred Khas atau Gred Utama B ke atas.Merujuk Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bilangan 24 Tahun 2022: Garis Panduan Penggunaan Gelaran Pakar Perubatan Perunding, istilah yang digunakan dalam surat pekeliling tersebut ialah "Pakar Perubatan Perunding". Oleh Itu, kami mencadangkan penggunaan istilah tersebut hendaklah diselaraskan dengan surat pekeliling yang telah dikeluarkan. Sekiranya ada perbahasan lain, perkara tersebut hendaklah diperhalusi oleh pihak yang berwenang, iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia.Istilah23.11.2022
Penggunaan Nama Persijilan Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak daripada DBP untuk penggunaan nama persijilan seperti di bawah: 1. Malaysian Skills Advanced Specialist = Pakar Tertinggi Kemahiran Malaysia Oleh yang demikian pihak kami ingin mendapatkan pandangan dan nasihat pihak DPB sama ada penggunaan Bahasa Melayu di atas adalah betul atau tidak. Kerjasama dan keprihatinan pihak DBP adalah didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Azizah Md SalehSekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi Malaysian Skills Advanced Specialist ialah Pakar Kemahiran Tinggi Malaysia.Penyemakan dan penterjemahan01.09.2021
salam sejahtera, "Senior Advertisment Sales Specialst" dalam bahasa Malaysia ? tERIMA KASIH.Terjemahan secara langsung untuk Senior Advertisement Sals Specialist ialah Pakar Jualan Iklan Kanan. Mohon pihak anda dapat memberikan konteks jawatan ini sekiranya anda memerlukan cadangan padanan yang lain.Istilah15.10.2014
pandanan kata dalam bahasa kebangsaan SKILLED CONSTRUCTION WORKERS 1 Precast Concrete Installer 2 Formwork System Installer 3 Block System Installer 4 Roof Truss Installer /Fabricator 5 Plasterer 6 Tiler 7 Bricklayer 8 Bar Bender 9 Carpenter 10 Concretor 11 Drywall Installer 12 Ceiling Installer 13 Painter 14 Plant Operator 15 Scaffolder 16 Crane Operator 17 Slinger And Rigger 18 Plumber 19 Chargeman 20 Cable Jointer 21 Wireman 22 Welder 23 Petrochemical Fitter 24 Blasting & Painting Specialist 25 Air-Conditioning & Mechanical Ventilation Specialist 26 Soil Investigator ”

Padanan kata dalam bahasa Melayu untuk PEKERJA MAHIR BINAAN ialah:

1. Pemasang Konkrit Pratuang
2. Pemasang Sistem Acuan
3. Pemasang Sistem Blok
4. Pemasang Kekuda Bumbung
5. Tukang Plaster
6. Tukang Jubin
7. Penurap Bata
8. Pelentur Bar
9. Tukang Kayu
10. Pengkonkrit
11. Pemasang Dinding Kering
12. Pemasang Siling
13. Tukang Cat
14. Pengendali Loji
15. Perancah
16. Pengendali Kren
17.Pemasang Anduh dan Rig

18. Tukang Paio

19. Jurujaga atau Penjaga Jentera

20. Penyambung Kabel

21. Pendawai atau Pemasang Dawai

22. Pengimpal atau Tukang Kimpal

23. Pemasang Kelengkapan Petrokimia

24. Pakar Catan dan Semburan

25. Pakar Penyaman Udara dan Pengudaraan Mekanikal

26. Penyiasat Tanah

Istilah20.12.2016

Kembali ke atas