Apakah terjemahan yg sesuai utk istilah "describe" dlm konteks taksonomi? Hurai?, described species/genus = spesies/genus terhurai, describing a new spesies = menghuraikan spesies baru, description = huraian? | Cadangan padanan bagi istilah describe, described, describing, dan description dalam bahasa Melayu ialah perihalkan, diperihalkan, memerihalkan, dan perihalan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 07.05.2025 |
Ejaan spesies atau spesis yang tepat? spesies (spésis) golongan benda (binatang, tumbuh-tumbuhan, dll) yg mempunyai sifat yg sama atau bersamaan bangsa, jenis. Terima kasih | Ejaan yang betul ialah spesies. | Tatabahasa | 01.11.2017 |
Salam. Adakah ayat di bawah ini betul? Menurut Jabatan Perlindungan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), spesies Harimau Malaya dan seladang serta penyu spesies terancam. | Ayat yang betul ialah: Menurut Jabatan Perlindungan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), spesies harimau Malaya, seladang dan penyu merupakan spesies yang terancam. | Tatabahasa | 15.01.2022 |
Kami akan menerbitkan sebuah buku. Judul yang dicadangkan ialah "114 Spesies Buah-Buahan yang Boleh Dimakan". Soalan saya ialah: 1. Adakah judul tersebut betul? 2. Bolehkah nombor dijadikan judul buku atau perlu dieja (Seratus Empat Belas ...) 3. 114 Spesies Buah-Buahan atau "114 Spesies Buah"? kerana 114 dah menunjukkan banyak? Terima kasih di atas khidmat nasihat pihak DBP. | Judul yang betul ialah "114 Spesies Buah-buahan yang Boleh Dimakan". Untuk makluman, nombor 10 ke atas boleh dicetak dengan angka. | Ejaan | 02.01.2014 |
Terdapat 35 spesies pegar dari 11 genera. Yang paling diketahui secara umum tersebar di seluruh dunia melalui introduksi. Beberapa spesies sangat populer sebagai hewan peliharaan, misalnya Pegar Emas. http://id.wikipedia.org/wiki/Burung_Pegar Adakah perkataan 'Pagar' di dalam peribahasa 'Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi' sebenarnya adalah 'Burung Pegar'? Logik juga, mana ada pagar yang boleh makan. Sama juga la dengan peribahasa 'Seperti Melepaskan Batok di Tangga'. Batok tu bukanlah bermaksud penyakit batuk, tetapi alat menceduk air yang digunakan untuk mencuci kaki sebelum naik (menggunakan tangga) ke dalam rumah. Jadi, adakah sebetuan peribasa ini yang sebenarnya ialah: 'Harapkan pegar, pegar makan padi'. Yang benar Hussaini Abdul Karim | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Mungkin ada benarnya 'Harapkan pegar, pegar makan padi' beranalogikan fakta pagar tidak boleh makan padi dan pada zaman dahulu pagar tidak memagari sawah padi. Namun sehngga kini tidak ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Begitu juga halnya dengan ungkapan 'Melepaskan batok di tangga' dikaitkan dengan adab orang Melayu yang akan membersihkan terlebih dahulu dengan menceduk air daripada tempayan menggunakan batok. Setelah digunakan batok dikembalikan ke tempat asal bukannya dibiarkan di atas tangga. Pendapat ini juga telah lama dibincangkan tetapi tidak ada dapatan yang mengesahkan kebenarannya. Peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk peribahasa tetap dikekalkan. Peribahasa tidak seperti tatabahasa yang dapat dibuat kajian kerana sumber rujukan ada di persekitaran ilmu bahasa. | Lain-lain | 27.01.2012 |
Apakah ejaan bahasa melayu yang betul spesis atau spesies | Ejaan yang betul ialah spesies | Ejaan | 11.04.2017 |
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "roller" iaitu sejenis spesies burung? Contoh: Lilac breasted roller. | Istilah spesies burung ini ini tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapat padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 09.12.2016 |
Apakah nama dalam bahasa Melayu untuk kelompok tupai spesies "Ratufa indica" dan "Ratufa macroura". Adakah masing-masing sesuai dikenali sebagai "tupai kerawak india" dan "tupai kerawak beruban". | Untuk makluman tuan/puan, penamaan spesies kelompok tupai belum dibincangkan dalam mana-mana Jawatankuasa Istilah DBP. Walau bagaimanapun, mohon jasa baik tuan/puan mengemukakan huraian lengkap yang menerangkan konsep bagi kedua-dua istilah berkenaan agar dapat memudahkan pihak kami memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang bersesuaian. | Lain-lain | 26.01.2024 |
Bagaimanakah untuk menulis nama-nama spesies ikan di tengah-tengah ayat? Contoh: Ikan Lampam Sungai, Selar Kuning, Aruan Tasik, Udang Galah? Adakah perlu ditulis Ikan Lampam sungai, Selar kuning, Aruan tasik, Udang galah? Bagaimana pula bagi spesies ikan Kerai, Jelawat, Selayang? Adakah ditulis ikan kerai, jelawat, selayang? Mohon penjelasan pihak tuan/puan. | Nama tempatan untuk ikan perlu ditulis dengan huruf kecil. Contohnya: Ikan lampam sungai. Selar kuning. Aruan tasik. Udang galah. Kecuali untuk huruf pertama pada permulaan ayat. Jika nama tempatan ikan berada di tengah ayat, nama tersebut ditulis keseluruhannya dengan huruf kecil. Contohnya: ikan kerai, jelawat, selayang, ikan lampam sungai, selar kuning, aruan tasik, udang galah. Nama tempatan bukan nama khas walaupun terdapat nama khas contohnya nama tempat dalam nama tersebut seperti lampam jawa. | Lain-lain | 28.01.2023 |
Salam, apakah nama kucing terkecil di dunia, Rusty-spotted cat (nama spesies: Prionailurus rubiginosus)? Cadangan saya adalah kucing berbintik karat. Terima kasih. | Untuk makluman tuan/puan, penamaan spesies kelompok kucing belum dibincangkan dalam mana-mana Jawatankuasa Istilah DBP. Walau bagaimanapun, mohon jasa baik tuan/puan mengemukakan huraian lengkap yang menerangkan konsep bagi istilah berkenaan agar dapat memudahkan pihak kami memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang bersesuaian. | Lain-lain | 16.04.2024 |