| apakah maksud spesifik? tolong terangkan | Makna spesifik ialah (spésifik) khas, khusus dan tertentu. | Makna | 02.01.2013 |
| Soalan ini spesifik kepada hukum tatabahasa di dalam kata kerja tak transitif:- Sekiranya pengunaan imbuhan ber- itu adalah untuk perbuatan yang dilakukan sebagai kebiasaan, adakah perkataan "bertari" itu benar, atau adakah "menari" itu satu-satunya perkataan yang sah dalam Bahasa Melayu? Bolehkah kita menggunakan kedua-dua perkataan "bertari" dan "menari" di dalam ayat tak transitif, sepertimana kita menggunakan "bernyanyi" dan "menyanyi"? Terima kasih. | Perkataan bertari merupakan perkataan lama yang sudah tidak lazim digunakan, atau arkaik. Pada masa kini perkataan tersebut tidak digunakan lagi dan perkataan tari disesuaikan dengan penggunaan awalan kata kerja me-, iaitu menari. | Tatabahasa | 25.02.2019 |
| Jika kata nama am seperti tarian,kuih dan serupa dengannya mempunyai nama spesifik seperti "Tarian Ngajat" atau "tarian ngajat","Kuih Lapis" atau "kuih lapis" dan serupa dengannya,adakah ia perlu dieja huruf kecil atau huruf besar.Jika ia mempunyai nama yang spesifik,adakah ia diklasifikasikan sebagai kata nama Khas? | Tarian ngajat dan kuih lapis merupakan kata nama am. Walau bagaimanapun, kedua-dua perkataan ini boleh menjadi kata nama khas apabila menjadi tajuk artikel “Tarian Ngajat Tarian Tradisional Masyarakat Iban.” Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 95 hingga 101. | Tatabahasa | 17.02.2026 |
| Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Untuk ejaan nama benda seperti kuih, alat muzik dan nama permainan yang mempunyai nama spesifik. Adakah perlu perkataan tersebut ditulis menggunakan huruf besar dan sebagai kata nama khas? Misalnya: kuih ketayap atau Kuih Ketayap. alat muzik kulintangan atau Alat Muzik Kulintangan. . tarian ngajat atau Tarian Ngajat. Terima kasih. | Berkenaan soalan tuan/puan seperti di atas, ejaan nama benda seperti kuih, alat muzik, nama permainan dan lain-lain yang mempunyai nama spesifik ditulis dengan huruf kecil contohnya seperti kuih ketayap, kulintangan dan tarian ngajat. | Ejaan | 04.06.2018 |
| Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Untuk ejaan nama benda seperti kuih, alat muzik dan nama permainan yang mempunyai nama spesifik. Adakah perlu perkataan tersebut ditulis menggunakan huruf besar dan sebagai kata nama khas? Misalnya: kuih ketayap atau Kuih Ketayap. alat muzik kulintangan atau Alat Muzik Kulintangan. . tarian ngajat atau Tarian Ngajat. Terima kasih. | Berkenaan soalan tuan/puan seperti di atas, ejaan nama benda seperti kuih, alat muzik, nama permainan dan lain-lain yang mempunyai nama spesifik ditulis dengan huruf kecil contohnya seperti kuih ketayap, kulintangan dan tarian ngajat. | Ejaan | 03.06.2018 |
| saya ingin tahu golongan kata secara spesifik untk pkataan-pkataan ini. -berbanding, berhampiran, saya juga ingin tahu adakah semua kata kerja awalan di- merupakan kata kerja pasif? | Golongan kata bagi perkataan tersebut ialah kata terbitan. Lazimnya kata kerja awalan di- menunjukkan kata kerja pasif. | Tatabahasa | 20.02.2011 |
| Bagi Kata Kunci dalam sistem ada carian spesifik. Bagaiman hendak dilabelkan dalam sistem untuk pemakluman pengguna Sebagai contoh carian entri haba : Jika carian tepat, pengguna hanya perlu memasukkan kata kunci haba sahaja; Jika carian apa perkataan sebelum haba, pengguna perlu memasukkan kata kunci *haba; Jika carian apa perkataan selepas haba, pengguna perlu memasukkan kata kunci haba*; | Jika carian tepat, pengguna hanya perlu memasukkan kata kunci haba sahaja; Jika carian ada perkataan lain sebelum haba, pengguna perlu memasukkan kata kunci *haba; Jika carian ada perkataan lain selepas haba, pengguna perlu memasukkan kata kunci haba*; | Tatabahasa | 28.02.2012 |
| 1. Saya hendak mengetahui makna perkataan Biografi dan Jurnal secara spesifik. Terima Kasih. | Merujuk Kamus Dewan biografi bermaksud; 1. riwayat atau kisah hidup seseorang; 2. cabang sastera yang berkaitan dengan riwayat atau kisah hidup seseorang. Manakala jurnal bermaksud 1. terbitan atau majalah berkala yang khusus bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu; 2. akhbar harian atau mingguan; 3. buku catatan harian tentang peristiwa-peristiwa yg berlaku. | Makna | 15.04.2009 |
| Apa beza antara polisi, peraturan atau garis panduan dari segi perundangan. Penggunaan perkataan manakah yang lebih spesifik. | Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, polisi ialah rancangan tindakan yang telah dipersetujui secara rasmi sebagai asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar; ~ kerajaan dasar kerajaan. Peraturan ialah rancangan tindakan yang telah dipersetujui secara rasmi sebagai asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar; ~ kerajaan dasar kerajaan. Garis panduan ialah panduan atau petunjuk-petunjuk yang perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yang boleh dijadikan panduan atau pegangan. | Tatabahasa | 04.10.2013 |
| KAMI DALAM PELAKSANAAN 5S, SETIAP SEKTOR TELAH DINAMAKAN MENGIKUT NAMA BUNGA. BAGI SEKTOR SAYA, NAMA SAINS/SPESIFIK BAGI BUNGA KERTAS IAITU "BOUGAINVILLEA" DIBERIKAN. SAYA HENDAK PASTIKAN EJAAN YANG BETUL DALAM BAHASA MELAYU "BOUNGAINVILLA" ATAU "BOUGAINVILLA". OLEH KERANA ATAS KEGUNAAN RASMI, SAYA POHON MENDAPATKAN KHIDMAT NASIHAT TUAN. TERIMA KASIH | Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, bougainvillaea diberikan padanan sebagai bunga kertas dan tidak dieja sebagai "BOUNGAINVILLA" ATAU "BOUGAINVILLA dalam bahasa Melayu. Oleh itu, sekiranya saudara hendak menggunakan nama tersebut, ejaan yang betul dalam bahasa Inggeris ialah bougainvillaea. | Istilah | 10.03.2010 |