Apakah terjemahan untuk liquor dan spirit? Apakah perbezaan antara keduanya? | Dalam pangkalan data DBP, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "liquor", iaitu likuor, arak, minuman keras dan cecair. Padanan bahasa Melayu untuk "spirit" ialah spirit. Dalam bidang Farmasi, maksud yang diberikan untuk "spirit" ialah larutan alkohol atau hidroalkohol suatu bahan mudah meruap. Contohnya, spirit kamfor dan spirit ammonia aromatik. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, spirit bermaksud cairan yang mengandungi alkohol yang mudah menyejat atau terbakar. Dalam bidang Biologi, maksud likuor ialah 1. Cecair yang digunakan atau yang dihasilkan daripada beberapa proses. 2. Minuman alkohol yang diminum sedikit selepas makan. Oleh itu, padanan bahasa Melayunya bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. | Istilah | 08.06.2016 |
Apakah terjemahan paling tepat untuk spirit? Arak/minuman beralkohol/dll? | Istilah bahasa Melayu untuk "spirit" ialah spirit. | Istilah | 08.06.2016 |
reviving the islamic spirit | reviving the islamic spirit. Ayat tidak lengkap. Pihak KNDBP tidak memberi perkhidmatan terjemahan . Sila terjemahkan frasa ini terlebih dahulu sebelum dihantar untuk semakan kami. Untuk tujuan bantuan, cadangan terjemahan ialah: kebangkitan semangat/penghayatan Islam. | Lain-lain | 18.05.2011 |
Bagaimana kita hendak menterjemahkan "spirit of the law" dalam Bahasa Melayu? | "Spirit of the law" dalam bahasa Melayu boleh diterjemahkan kepada "maksud yang tersirat dalam undang-undang". | Makna | 27.07.2020 |
Apakah padanan bagi 'spirit medium' dalam bahasa Melayu? | Untuk mendapatkan makna khusus dari segi istilah adalah bergantung kepada laras atau bidang yang bersesuaian. Sila nyatakan konteks atau bidang khusus perkataan tersebut untuk pihak kami membuat rujukan bagi mendapatkan padanan yang bersesuaian. | Lain-lain | 27.10.2010 |
"I'll be there in spirit" apakah terjemahan yang paling tepat bagi ayat ini. Konteksnya adalah menolak jemputan ke suatu majlis. | Salam sejahtera, Secara ringkasnya frasa di atas ialah penolakan untuk memenuhi undangan seseorang. Cadangan dalam bahasa Melayu yang boleh dicadangkan ialah ' saya berharap majlis tersebut berjalan dengan lancar'. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 12.06.2019 |
Mohon khidmat semakan perkara berikut samada ia memenuhi aspek tatabahasa dan lain-lain untuk tujuan penambahbaikan di masa hadapan: ..."2012 dragon is regarded as a divine symbol that reflects ultimate abundance, prosperity and good fortune. a perfect way of celebrating the year 2012; embracing the spirit of a powerful dragon within us.." | Khidmat yang saudara perlukan adalah di luar skop Khidmat Nasihat DBP. Kami membantu pelanggan menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan dengan sistem ejaan Rumi dan Jawi, istilah dan tatabahasa bahasa Melayu. Sila kemukakan pertanyaan saudara kepada pihak yang berkaitan. | Lain-lain | 25.01.2012 |