Salam, Sayan ingin mengetahui Stakeholder Engagement dalam Bahasa Malaysia. Terima kasih. | Istilah bahasa Melayu bagi Stakeholder ialah Pihak Berkepentingan, manakala Stakeholder Engagement ialah Perjanjian Pihak Berkepentingan. | Istilah | 17.11.2011 |
Apakah terjemahan yang tepat bagi perkataan "stakeholder" dalam konteks Perjanjian Jualbeli tanah. Dalam konteks ini "stakeholder" memegang deposit yang dibayar oleh Pembeli sementara baki bayaran belian dijelaskan kepada Penjual. | Terjemahan bagi "stakeholder" tersebut ialah pemegang amanah. | Makna | 02.05.2014 |
Stakeholder dan stockholder dalam Bahasa Melayu | Berdasarkan Kamus Inggeris Melayu Dewan, padanan stakeholder dalam bahasa Melayu ialah pemegang amanah harta manakala stockholder ialah pemegang saham. | Istilah | 18.06.2009 |
Bolehkah saya menterjemah "stakeholder" dalam bahasa Melayu sebagai "Pemegang kepentingan"? | Stakeholder ialah pemegang taruh atau pemegang amanah. | Makna | 25.08.2006 |
Nama Jawatan 1) Head Strategy & Engagement Dan 2) Head Stakeholder Management dalam Bahasa Melayu | Cadangan terjemahan: ) Head Strategy & Engagement = Ketua Strategi dan Pelibatan 2) Head Stakeholder Management = Ketua Pengurusan Pihak Berkepentingan | Penyemakan dan penterjemahan | 21.02.2019 |
Mohon cadangkan nama Jawatan 1) Head Strategy & Engagement 2) Head Stakeholder Management dalam istilah Bahasa Melayu. Terima kasih | Cadangan terjemahan: ) Head Strategy & Engagement = Ketua Strategi dan Pelibatan 2) Head Stakeholder Management = Ketua Pengurusan Pihak Berkepentingan | Penyemakan dan penterjemahan | 21.02.2019 |
selamat sejahtera, saya mohon bantuan tuan menterjemahkan perkataan berikut: 1. antecedent factor 2. moderating variable 3. mediating variable 4. stakeholder theory 5. strategic capabilities terima kasih | 1. antecedent factor - faktor sebelumnya/faktor luar jangka/faktor antesedan 2. moderating variable - pemboleh ubah sederhana 3. mediating variable - pemboleh ubah perantaraan 4. stakeholder theory - teori pelbagai kepentingan 5. strategic capabilities - kemampuan strategi Untuk makluman, istilah nombor 1. dan 2. ialah cadangan pihak kami kerana belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk kedua-dua istilah tersebut. | Istilah | 21.02.2013 |
mohon bantuan, istilah BM untuk stake holder.tk | Padanan stakeholder ialah pemegang saham atau pemegang amanah. | Istilah | 15.03.2012 |
Apakah maksud yang sesuai dalam Bahasa Melayu untuk istilah Bahasa Inggeris ini "stakeholders"? | Dalam bahasa Melayu, "stakeholder" dipanggil sebagai pemegang taruh. | Makna | 08.08.2018 |
Salam Sejahtera, apakah perbezaan di antara pemegang taruh dan pihak berkepentingan? | stakeholder | n 1. (in betting, race) pemegang taruh; 2. (leg.) pemegang amanah harta. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan | stakeholder | pihak berkepentingan | Pentadbiran | Pengurusan | - | Padanan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan pemegang taruh dan pihak berkepentingan ialah kedua-duanya menggunakan perkataan stakeholder. Bezanya, konsep pemegang taruh digunakan dalam sesuatu pertaruhan atau perlumbaan manakala pihak berkepentingan digunakan dalam bidang pentadbiran dan pengurusan. | Makna | 26.03.2018 |