Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stamp


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Apakah terjemahan bagi "bates stamp"? Adakah "tanda bates" boleh digunakan? "Bates stamp" ialah tanda yang menunjukkan terdapat kaitan dalam beberapa dokumen.Dalam data kami, belum ada padanan khusus bagi istilah bates stamp dalam bahasa Melayu. Daripada konsep yang dinyatakan, perkataan  tanda bates boleh digunakan.Penyemakan dan penterjemahan19.05.2015
Bolehkah perkataan "office stamp" dipadankan dengan "Cop Rasmi"?Kami mencadangkan istilah "office stamp" diterjemahkan sebagai "cap rasmi". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Istilah17.08.2021
TERJEMAHAN TEPAT "RUBBER STAMP" DALAM BAHASA MELAYUIstilah bahasa Melayu untuk "rubber stamp" ialah cap getah.Istilah03.10.2012
Salam hormat, Mohon bantuan untuk menterjemahkan seperti berikut: 1) Entry Stamp (berkaitan dengan pasport) Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "entry stamp" ialah cap masuk.Istilah17.06.2016
Melalui semakan kami, “stamp vending machine” dalam PRPM ialah “mesin jual setem” dan terdapat juga padanan bagi “vending machine” ialah “mesin layan diri”. Oleh itu, adakah istilah “water-vending machine” ialah “mesin jual air” atau “mesin air layan diri”? Apakah pula padanan bagi “machine-vended water”? Adakah “vended water” pula ialah air daripada mesin tersebut? Bagaimana pula dengan padanan bagi istilah “self-service machine”? Adakah padanan bagi “bottler” dalam ayat di bawah ini iaitu “pembotol” adalah betul? “machine-vended water” means any water that is dispensed by a water-vending machine, which is not placed by a bottler in sealed containers for human consumption. “air daripada mesin jual air” ertinya apa-apa air yang didispens oleh mesin jual air, yang tidak diletakkan oleh pembotol di dalam bekas kedap untuk kegunaan manusia.”.

Kami mencadangkan water vending machine diterjemahkan sebagai mesin air layan diri, manakala machine vended water diterjemahkan sebagai air mesin layan diri. Bagi istilah bottler, puan boleh merujuk cadangan kami sebelum ini.

Kami mencadangkan sebaiknya puan menghubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia (PPM) melalui telefon 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia untuk membantu pihak puan. Terima kasih.

Penyemakan dan penterjemahan27.07.2021
Salam sejahtera, Mohon pengesahan dari DBP, apakah perkataan yang sesuai. CAP TERIMA atau STAMP TERIMA ? Contoh ayat ' Semua dokumen yang diterima perlulah dicap tarikh terima'Perkataan yang betul ialah CAP TERIMA.Tatabahasa07.12.2016
Apakah padanan bagi 'cop rasmi' dalam bahsa inggeris? Terima kasih.Cadangan terjemahan untuk cap rasmi ialah "offical stamp".Penyemakan dan penterjemahan03.03.2022
kuat kuasa. 2 patah perkataan ini apabila ada penambahan awal/akhir seperti dikuat kuasa, dikuatkuasakan, penguat kuasa, berkuat kuasa, penguatkuasaan, apabila jadi kata khas Pegawai penguat kuasa/Pegawai Penguat Kuasa/Pegawai Penguat kuasa. Mohon buat ayat contoh bagi memudahkan kami faham. saya pernah membuat tempahan 'rubber stamp'di sebuah kedai yang biasa kakitangan kerajaan buat local order dimana perkataan 'penguat kuasa' dipersoal oleh seorang guru sekolah kerana menjarakkan perkataan tersebut. sekian terima kasih.

Contoh ayat:

1. Kuat kuasa: Larangan ini berjalan kuat kuasa mulai esok.

2. Berkuat kuasa: Mahkamah pun pd tiap-tiap hari memutuskan hukuman yg berkuat kuasa spt undang-undang juga

3. Menguatkuasakan: Negeri itu menguatkuasakan undang-undang melarang menuba ikan.

4. Penguatkuasaan: Kita boleh menyekat amalan negatif melalui penguatkuasaan undang-undang dan program moral yang giat diamalkan.  

5. Penguat kuasa: Dia seorang pegawai penguat kuasa yang tegas.

Istilah22.06.2010
Tuan/Puan, Apa padanan "store" dalam Bahasa Melayu bagi ayat konteks di bawah: "(8) For the purposes of paragraph (1)(d). "accounting officer" incliudes every staff of the Universiti charged with the duty ofn collecting, receiving, or accounting for, or who in fact collects, receives or accounts for, any money of the Universiti, or who is charged with the duty of disbursing, or who does in fact disburse, any such money, and every staff who is charged with the receipt, custody or disposal of, or the accounting for, any money, stamp, security, store or property of the Universiti or who in fact receives, holds or disposes of such money, stamp, security, store or property". Sekian, terima kasih.

Pihak DBP mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan “store” ialah “menyimpan” bergantung pada konteks penggunaannya dalam ayat.

 

Lain-lain07.10.2021

Kembali ke atas