| Istilah sesuai bagi Solid-state button Rujukan untuk memahami maksud Solid-state button Https://www.boreas.ca/blogs/piezo-haptics/physical-buttons-vs-solid-state-buttons-in-cell-phones | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah "solid-state button" ialah butang pegun. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 21.03.2023 |
| state emblem | lambang negeri | Istilah | 15.06.2011 |
| Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Home state"? Contoh ayat: Which is your home state? Terima kasih. | Kami tiada padanan khusus bagi istilah home state dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat home town yang bermaksud kampung halaman. Kami mencadangkan negara asal bagi istilah home state. | Istilah | 25.04.2013 |
| Apakah istilah Bahasa Melayu bagi perkataan "state of the art". Terima kasih | Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, terdapat dua padanan untuk state-of-the-art, iaitu 1. terkini 2. tahap pencapaian. Contohnya, padanan bahasa Melayu untuk state-of-the-art teaching method ialah kaedah pengajaran terkini. | Istilah | 07.04.2011 |
| "Rump state" = "negeri reja" atau "negeri sisa"? | Cadangan padanan bagi istilah rump state dalam bahasa Melayu ialah negara reja. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 10.09.2024 |
| Adakah kata nama seperti Georgia State University perlu diterjemah kepada Universiti Negeri Georgia? TK. | Dalam hal penulisan tempatan, Georgia State University perlu diterjemahkan kepada Universiti Negeri Georgia. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.11.2015 |
| salam sejahtera. apakah padanan terjemahan bagi istilah "altered state of consciousness" dalam bidang perubatan? terima kasih | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "altered state of consciousness". Dalam istilah Perubatan, istilah bahasa Melayu untuk "altered" ialah terubah. Contohnya "altered kinesthesia" menjadi kinestesia terubah. Istilah bahasa Melayu untuk "conciousness" ialah kesedaran. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah keadaan sedar terubah atau keadaan kesedaran terubah. | Istilah | 22.04.2013 |
| Salam, Adakah terjemahan bahasa Melayu bagi State of Palestine (berdasarkan nama rasmi dalam PBB dan ISO 3166) masih dikekalkan sebagai Palestin atau diubah menjadi Negara Palestin sebagai penggunaan rasmi di Malaysia? Terima kasih. | Terjemahan bagi State of Palestine ialah negara Palestin. Walau bagaimanapun, dalam wacana bahasa Melayu negara Palestin dan Palestin, kedua-duanya digunakan. | Istilah | 02.03.2023 |
| Tuan / Puan, Apakah translasi bahasa Melayu bagi perkataan Inggeris berikut: i) Independent State of Papua New Guinea ii) Governor-General Grand Chief Sir (Nama) Terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi perkataan yang diberikan ialah: i) Independent State of Papua New Guinea - Negara Merdeka Papua New Guinea ii) Governor-General Grand Chief Sir - Gabenor Jeneral Sir | Makna | 18.08.2023 |
| Salam sejahtera. Apakah padanan BM yang sesuai bagi istilah "multi-nation state"? Contoh: India, Indonesia, Myanmar and Malaysia are glaring examples of multi-nation states. Terima kasih. | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa multi-nation state ialah negara berbilang bangsa. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.12.2023 |