Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata statement


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Area Character Statement?" Contoh ayatnya adalah, "Area Character Statement in Development Control Planning Case Study." Terima kasih.Kami mencadangkan "Area Character Statement" diterjemahkan sebagai "Pernyataan Ciri Wilayah" atau "Pemakluman Perilaku Kawasan". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Istilah27.07.2021
Historical statement diterjemah ke dalam bm ialah kenyataan sejarah atau pernyataan sejarah atau penyataan sejarah?Pernyataan sejarahMakna25.03.2018
rein statement (pembinaan)pengembalian semulaIstilah21.10.2011
Salam, saya ingin bertanya apakah pekataan Bahasa Malaysia untuk perkataan Bahasa Inngeris ini: Holding Statement Terima kasih

Menurut data kami, tiada padanan khusus bagi "Holding Statement". Walau bagaimanapun, pihak kami mencadangkan padanan yang sesuai bagi  "Holding Statement" ialah "Kenyataan Awal"
Istilah03.02.2017
JOINT DECLARATION/JOINT STATEMENT DALAM BAHASA MELAYUKami mencadangkan joint declaration/joint statement diterjemahkan kepada Deklarasi Bersama/Pernyataan Bersama.Penyemakan dan penterjemahan11.03.2015
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Risk Appetite Statement"Kami belum ada padanan yang sesuai bagi perkataan "Risk Appetite Statement". Kami akan maklumkan sekiranya mendapat padanan yang sesuai. Tuan/puan boleh juga kemukakan kepada Persatuan Penterjemah Malaysia untuk bantuan segera (03-92262506)Istilah19.06.2019
Assalammualaikum, Boleh saya bertanya bagi Statement of Intent . Bolehkah saya tukar ke Bahasa Melayu - Pernyataan Niat. Sekian, terima kasih.Cadangan terjemahan bagi Statement of Intent ialah "pernyataan hasrat"Makna25.10.2022
1- Consolidated Statement 2- The figures and balances shown will be considered correct unless the Bank is notified of any discrepancy within fourteen (14) days. 3- Any changes of address and telephone number must be promptly advised to the Bank. 4- Any error or discrepancies should be reported to the Bank within 14 days failing which, the consolidated statement will be deemed conclusive and the Bank shall be discharged from all liability and in this respect your attention is drawn to the relevant product's Specific Terms and Conditions (applicable to all accounts) from time to time in force.Istilah bahasa Melayu untuk "consolidated statement" ialah penyata kewangan disatukan. Untuk makluman, DBP tidak mempunyai khidmat terjemahan.Istilah21.09.2016
Saya ingin menyemak terjemahan bagi 1) Product Highlight Sheet - Helaian Sorotan Produk 2) Responsibility Statement - Pernyataan Tanggungjawab, yang terdapat dokumen perbankan.

Product Highlight Sheet - helaian sorotan produk

Terjemahan yang diberikan boleh digunakan berdasarkan bidang yang bersesuaian dengannya.

  

Responsibility Statement - pernyataan tanggungjawab

Terjemahan yang diberikan boleh digunakan berdasarkan bidang yang bersesuaian dengannya. Contohnya, bidang perbankan, tadbir urus korporat atau pengurusan sumber manusia
Penyemakan dan penterjemahan09.02.2026
apakah bezanya di antara perkataan "kenyataan", "penyataan" dan "pernyataan"? Sekiranya saya ingin menterjemah perkataan bahasa Inggeris "statement". istilah bahasa Melayu manakah yang paling tepat untuk digunakan?Kenyataan bermaksud perihal nyata, kejelasan atau keterangan, penyataan bermaksud perbuatan menyatakan, dan pernyataan bermaksud kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman dan pernyataan juga bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dsb tentang sesuatu perkara. Ketiga-tiga perkataan ini diterjemhkan kepada bahasa Inggeris sebagai statement, oleh itu bahasa Melayu telah memberi penafsiran yang lebih banyak dan digunakan mengikut kesesuaian konteks penggunaannya.Makna16.11.2009
123

Kembali ke atas