Hi DBP Team, Saya ingin bertanya, apakah maksud "stay agile" dalam contoh ayat ini: "To help increase their exposure and stay agile in rapidly changing markets" Terima kasih ya. | Perkataan agile boleh diterjemahkan sebagai cerdas, lincah, pantas, cepat dan tangkas. Puan boleh sesuaikan mengikut konteks ayat. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.05.2019 |
sometimes we need to stay betul tak english saya | Untuk makluman, DBP tidak memberi khidmat nasihat mengenai penggunaan bahasa Inggeris. DBP hanya memberikan khidmat nasihat mengenai penggunaan bahasa Melayu. | Lain-lain | 08.10.2013 |
Mohon semakan terjemahan Have a safe and sound stay in here. Semoga awak menikmati percutian yang selamat di sini. | Kami hanya menyemak penggunaan kata dan ayat dalam Bahasa Melayu. Semoga anda selamat dan menikmati percutian di sini. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.11.2017 |
1)Apakah sebutan perkataan -beratur ? ( ber.a.tur )stay (be.ra.tur ) 2) Apakah maksud -nya ? Adakah juga membawa maksud mereka ? Terima kasih. | 2. Sebutan yang betul ialah be.ra.tur. 2. Beratur sama maksudnya dengan tersusun. | Tatabahasa | 11.10.2012 |
Assalamualaikum. Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan 'private' dalam ayat ini: 'Your calls stay private with end-to-end encryption'. Adakah terjemahan ini betul: 'Panggilan anda kekal tertutup dengan penyulitan menyeluruh'. Terima kasih. | Perkataan "private" dalam ayat yang dikemukakan sesuai diterjemahkan sebagai "sulit". | Makna | 27.08.2019 |
Apakah istilah yang sesuai bagi "service apartment"? Contoh konteks: "A service apartment is a fully furnished apartment available for short-term or long-term stay, providing hotel-like amenities such as room service, house keeping, a fitness center, and a laundry room." | Menurut data kami, padanan yang sesuai ialah pangsapuri servis atau apartmen servis. | Lain-lain | 14.10.2018 |
Salam sejahtera ! Mohon tistilah bahasa Melayu bagi perkataan berikut yang sering digunakan dalam pembelajaran abad ke-21 1. Round table 2.Think-pair-share 3.hot seat 4.role-play 5.gallery walk 6. three stray, one stay Trima kasih. | Padanan bagi istilah berkenaan adalah sepeti yang berikut: 1. round table = meja bulat 2. think-pair-share = fikir-pasang-kongsi 3. hot seat = kerusi panas 4. role-play = main peranan 5. gallery walk = jalan galeri 6. three stray, one stay = satu tetap tiga lilau
| Istilah | 27.12.2017 |
Kepada Tuan/Puan yang dihormati, Saya ingin tanya, " Kita perlu bersenam untuk menjaga kesihatan. Tambahan pula, kita harus mengambil makanan yang seimbang Dan berkhasiat." Penggunaan penanda wacana"Tambahan pula" dalam perenggan ini betul stay salah. Sebab ada pihak yang kata bahawa "Tambahan pula" tidak boleh digunakan sebagai permulaan dalam sesuatu ayat. | Tambahan pula bermaksud lebih-lebih lagi dan tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat yang berikut. Ayat pertama dan kedua bersifat setara dan lazimnya kata sendi nama dan atau serta digunakan dalam konteks yang berikut, seperti "Kita perlu bersenam dan mengambil makanan yang seimbang serta berkhasiat untuk menjaga kesihatan". | Tatabahasa | 28.10.2022 |
Mengikut saranan nasihat yang terdahulu, "untuk" boleh digunakan pada pangkal ayat, tapi semua contoh yang diberikan sama iaitu "Untuk makluman…" Bagi terjemahan ayat bahasa Inggeris di bawah, bolehkah "untuk" digunakan di pangkal ayat atau ayat tersebut perlu diubah susunannya? To stay aloft and travel long distances, he must learn to ride the wind. Terjemahan yang sesuai: 1) Kondor perlu belajar meluncur angin untuk kekal terapung dan mengembara jauh. 2) Untuk kekal terapung dan mengembara jauh, kondor perlu belajar meluncur angin. Adakah ayat (2) salah dari segi tatabahasa? Terima kasih. | 1. Kondor perlu belajar meluncur angin untuk kekal terapung dan mengembara jauh. 2. Untuk kekal terapung dan mengembara jauh, kondor perlu belajar meluncur angin. Kedua-dua ayat ini betul, ayat pertama susunan biasa dan ayat kedua susunan songsang. Perkataan "untuk" pada pangkal ayat, lazimnya digunakan dalam susunan songsang. | Tatabahasa | 02.02.2022 |
Encik, Mengapakah soalan yang saya kemukakan kepada pihak DBP tidak mendapat jawapan yang konkrit? Misalnya dua soalan saya yang terakhir: Encik, Adakah penggunaan perkataan 'memandang' dalam ayat yang berikut betul? * Banyak orang sedang memandang kemalangan yang ngeri itu. Jika salah, apakah perkataan yang sesuai digunakan? Terima kasih. Dalam ayat yang diberikan, perkataan yang lebih sesuai ialah "menyaksikan". (Pihak encik tidak menjawab sama ada penggunaan 'memandang' dalam ayat saya betul atau sebaliknya) Dalam soalan terakhir saya, pihak encik memberikan maksud 'stayback' ialah berada. Bukankah perkataan 'stay' barulah bermaksud berada. Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, memandang mempunyai 4 takrifan, iaitu : 1. menggunakan mata utk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua; 3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, memikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai. Berdasarkan contoh ayat yang saudara berikan, perkataan yang tepat dan sesuai ialah menyaksikan kerana maksud menyaksikan ialah 1. melihat (menghadiri dll) sbg saksi, melihat (menghadiri dll) sendiri: mereka berkahwin dgn disaksikan oleh ibu bapa mereka; 2. melihat (sendiri): orang yg datang utk ~ permainan itu makin bertambah; konsep inilah yg telah diterapkan, dan akibatnya masih dapat disaksikan hingga ke masa kini. Untuk makluman saudara, sesuatu perkataan yang hendak digunakan perlu juga melihat bidang dan konteks ayat . Begitu juga dengan perkataan stay back, padanan yang sesuai untuk contoh ayat yang saudara berikan ialah berada. Stay mempunyai pelbagai maksud. Sila rujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 15.01.2010 |