1. Adakah perkataan SUAI itu kata akar? Apakah definisinya? (sebab dalam kamus dewan saya jumpa istilah ubah suai, suai kenal dan tali suai) 2. Adakah perkataan SESUAI itu, kata SUAI yang menerima imbuhan SE - 3. Mana satu yang betul dalam membina ayat, (a) SUAIKAN gambar A dan gambar B, atau (b) SESUAIKAN gambar A dan gambar B. 4. Atau lebih baik digunakan PADANKAN (match) terima kasih. | 1. Perkataan suai ialah kata akar, manakala perkataan suai kenal, ubah suai dan tali suai ialah kata majmuk (kata yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih tetapi membawa satu makna). 2. Awalan se + suai membentuk kata terbitan sesuai. 3. SESUAIKAN/PADANKAN gambar A dengan gambar B. - kedua-duanya betul | Tatabahasa | 25.11.2011 |
salam..saya hendak tahu terjemahan untuk Pre-Renovation Promotion. Yang mana betul, Praubahsuaian/Pra-ubah suai/Praubah suai? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah "praubah suai". | Penyemakan dan penterjemahan | 04.08.2015 |
suai padan atau suai-padan?yang mana satu ejaan yang betul? | Ejaan yang betul ialah suai padan. | Ejaan | 22.05.2013 |
adakah wujud istilah suai manfaat? apakah yang dimaksudkan dengan suai manfaat? jika wujud bagaimana ejaan yang tepat, sama ada "suaimanfaat"atau "suai manfaat"? | Padanan bagi istilah expedient dalam bahasa Melayu ialah suai manfaat. Takrifan untuk istilah ini dalam bidang sejarah ialah sifat sesuatu rencana atau rancangan atau gagasan yang tepat, sesuai dan bermanfaat untuk dilaksanakan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. | Istilah | 27.02.2025 |
Yang manakah betul? 1. Suai Kenal atau Suai kenal? 2. Mereka Bentuk atau Mereka bentuk? 3. Urus Setia atau Urus setia? | Kata majmuk dieja dengan huruf kecil. Jika di pangkal ayat, huruf pertama hendaklah dieja dengan huruf besar. | Ejaan | 10.12.2013 |
Mohon penjelasan lebih lanjut: Contoh: Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal. Tapi kalau dalam brosur dan digunakan sebagai sub topik: Sesi Suai Kenal Begitu juga dengan Urus Setia/Urus setia Dalam ayat: En. Mazlan yang bertindak sebagai urus setia... Sub topik dalam brosur: Urus Setia Seminar Terima kasih. | Penjelasan yang diberikan oleh puan adalah betul. Sekiranya dalam penulisan ayat, suai kenal ditulis dengan huruf kecil seperti ayat "Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal" manakala "Sesi Suai Kenal" boleh digunakan bagi subtopik atau tajuk dalam penulisan. | Tatabahasa | 12.12.2013 |
Saya telah merujuk kepada Koleksi Lembar Bahasa 2000-2001 dan 2007. Ada beberapa kekeliruan: 1. cap (tera/cetak) - cap (apa kesalahan ejaan tersebut? Adakah istilah cop yang dimaksudkan?) 2. istirehat - isytirahat. Istilah mana yang tepat? Isytirahat atau istirahat? 3. diubah suai - diubahsuai. Mengikut buku Tatabahasa dewan, kata majmuk berpasangan yang ditambah imbuhan apitan sahaja akan ditulis rapat, contoh ubah suai menjadi diubah suai sepatut masih ditulis terpisah tetapi dalam senarai Koleksi Lembar Bahasa tercatat sebagai yang betul ialah diubahsuai ? 4. Bandar raya - Bandar raya. Apa kesalahan ejaannya? Ada beberapa istilah yang betul tetapi dicatatkan salah ejaannya. 5. Definasi - Fefinisi. Adakah ini kesalahan menaip? 6. Cendekiawan atau cedekiawan? 7. Apa perkaitan renik (rendah) dengan ruang niaga? Terima kasih | Penggunaan kata/ejaan yang betul ialah cap, istirahat, ubah suai, diubah suai, bandar raya, definisi, cendekiawan, renek dan ruang niaga. Untuk maklumat lanjut rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan di ruangan Carian Spesifik taipkan perkataan yang hendak dicari. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Ejaan | 11.12.2011 |
perkataan 'diubah suai' atau 'diubahsuai' terima kasih | Ejaan yang betul ialah diubah suai. | Ejaan | 10.02.2009 |
Dewan Bahasa dan Pustaka, anda telah membuat satu kesalahan dalam laman sosial Facebook anda. Anda mengatakan bahawa bentuk "diubahsuai" adalah betul dan bentuk "diubah suai" salah. Sepatutnya bentuk yang dieja terpisah, iaitu "diubah suai" betul kerana kata majmuk yang menerima imbuhan yang terdiri daripada awalan sahaja masih dieja terpisah. Dalam perihal ini, kata majmuk "ubah suai" menerima awalan pasif di-, jadi sepatutnya dieja terpisah, iaitu "diubah suai". Tolong betulkan kesalahan ini. Terima kasih DBP! | Terima kasih atas maklumat yang tuan berikan, hal ini akan dipanjangkan kepada pentadbir Facebook berkenaan. | Lain-lain | 18.08.2014 |
Mengapakah 'suai kenal' perlu dijarakkan penggunaannya, manakala kata ' ubahsuai' perlu dicantumkan penggunaan. Saya masih musykil dengan kata majmuk sedemikian. | Ejaan yang betul ialah ubah suai (dua perkataan) | Ejaan | 07.04.2017 |