Salam sejahtera. Merujuk pada frasa berikut: sesudu gula, atau tiga suap nasi, se (satu) dan tiga merupakan kata bilangan, manakala gula dan nasi merupakan kata nama. Adakah suap dan sudu diklasifikasikan sebagai penjodoh bilangan? Terima kasih atas bantuan anda. (djohan A Rahman) | Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya. Oleh itu, kata nama tunggal suap dan sudu merupakan penjodoh bilangan bagi contoh yang diberikan. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2008) halaman 106. | Tatabahasa | 26.06.2024 |
Apakah perkataan yan sesuai bagi menggantikan perkataan di mana dalam soalan ini. 'Amplifier Kendalian (op-amp) ialah litar panduan yang mempunyai amplifier bergandaan tinggi dimana suap balik digunakan untuk mengawal ciri-ciri sambutan keseluruhannya." | Amplifier Kendalian (op-amp) ialah litar panduan yang mempunyai amplifier bergandaan tinggi dan suap balik digunakan untuk mengawal ciri-ciri sambutan keseluruhannya. | Tatabahasa | 28.09.2022 |
Saya ingin tahu erti sebenarn apakah maksud lencana SAYA ANTI RASUAH sepertimana yang di pakai oleh Pegawai dan anggota PDRM. | Rasuah bermaksud perbuatan yang salah di sisi undang-undang seperti menerima atau memberikan wang suap(pecah amanah, menggelapkan wang dll.) Anti- ialah awalan yang bermaksud bertentangan dengan, melawan,menentang. Antirasuah bermaksud tidak menerima atau mengamalkan perbuatan menerima rasuah. Sdr. boleh menghubungi Polis Diraja Malaysia. | Lain-lain | 01.10.2007 |
s | Salam sejahtera, Tuan, 1. Sila kemukakan soalan anda dengan jelas ATAU Sila kemukakan soalan anda secara jelas. Gunakan Bahasa Melayu dengan betul ATAU Gunakan Bahasa Melayu secara betul. Semua ayat ini betul. 2. Sila ambil tindakan tegas terhadap mereka yang makan suap ATAU Sila ambil tindakan tegas ke atas mereka yang makan suap. Ayat yang betul: Sila ambil tindakan tegas terhadap mereka yang makan suap. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 02.11.2017 |
Bolehkah saya bertanya, dari manakah asal usul istilah 'Tumbuk rusuk', dan mengapakah maksudnya 'memberi atau menerima rasuah'? | “Tumbuk rusuk” ialah bahasa kiasan yang membawa maksud perbuatan rasuah, sogok, makan suap. | Makna | 14.01.2015 |
Berikut adalah beberapa soalan berdasarkan konteks IT: 1) Apakah istilah BM yang sesua untuk "solution aggregator" (seperti Microsoft Solution Aggregato)? Patutkah saya guna penggabung penyelesaian, agregator penyelesaian, atau ??? 2) Apakah istilah yang sesuai untuk Edge Computing dan Enterprise Computing? Betulkah kalau saya guna Pengkomputeran Pinggiran dan Pengkomputeran Perusahaan? Adakah istilah yang lebih tepat? 3) Apa pula istilah BM untuk "edge-to-enterprise solution"? Ayat lengkap: We are now better abled to deliver edge-to-enterprise solutions that drive digital transformation across every industry. 4) Dalam contoh ayat BI di atas, adakah betul terjemahan "across every industry" = "di setiap industri"? 5) Betulkah kalau saya terjemahkan "billions of connected things" (dalam konteks Microsoft Internet of Things) sebagai "berbilion benda-benda yang berhubung"? 6) Apakah istilah BM yang sesuai untuk feedback loops, seperti dlm contoh ayat "Microsot IoT systems of intelligence enables these feedback loops". Betulkah kalau saya terjemahkan seperti berikut: "Sistem kepintaran Microsoft IoT membolehkan gelung maklum balas ini terbentuk." 7) Dalam contoh ayat di atas, adakah perkataan gelung atau kitaran lebih sesuai? Terima kasih! | 1) Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk bagi istilah yang diberikan. Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah: solution aggregator - penggabungan penyelesaian Edge Computing - pengkomputeran pinggir Enterprise Computing - pengkomputeran perusahaan. edge-to-enterprise solution - Penyelesaian Perusahaan Pinggir across every industry - Melangkaui setiap Industri billions of connected things - Berbilion benda yang berkait feedback loops - gelung maklum balas balas atau gelung suap balik Untuk pertanyaan istilah yang lebih terperinci, tuan/ puan boleh berhubung dengan bahagian Peristilahan. Jawapan kemungkinan mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel. Untuk makluman, DBP tidak membuat kerja-kerja penterjemahan. Untuk soalan terjemahan akan datang saudara boleh bertanya kepada Persatuan Penterjemah Malaysia (03-21442506/21424381) atau kepada ITBM, iaitu Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, (03-41451800)
| Makna | 23.10.2017 |