Tuan, Betulkah frasa ini? 1. amat suka benar 2. sungguh cantik jelita 3. sangat gemar sungguh 4. terlalu bersedih 5. sangat tamah-ramah | Frasa yang betul adalah seperti yang berikut: - amat suka benar (Penerangan: amat –kata penguat bebas boleh hadir bersama dengan benar – kata penguat belakang)
- sungguh cantik/ sungguh jelita (kerana kata cantik dan jelita membawa maksud yang sama)
- gemar (gemar ialah kata kerja maka tidak boleh hadir bersama dengan kata penguat)- sila rujuk maksud gemar
- terlalu sedih (bersedih ialah kata kata kerja)
- sangat ramah ( kata ganda ‘ramah-tamah’ telah membawa maksud ‘sangat/amat/sungguh’. Jadi penggunaan kata penguat di depannya tidak perlu.)
Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 259-260. | Tatabahasa | 16.06.2014 |
Mana yang benar? 1. Saya suka makanan ini. 2. Saya suka pada makanan ini. 3. Saya suka kepada makanan ini. 4. Saya suka dengan makanan ini. | Salam sejahtera, Ayat yang betul: Saya suka makanan ini. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 04.01.2019 |
Bolehkah pihak DBP memberikan penerangan tentang penggunaan kata hubung 'atau'? 1. Bei Ling suka membaca buku atau membaca komik? 2. Bei Ling suka membaca buku atau komik? Adakah perkataan 'membaca' harus diulangi sekali lagi atau kedua-dua ayat ini adalah benar? Terima kasih. | Tuan, 1. Perkataan “atau” tergolong dalam kata hubung gabungan yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan. 2. Ayat yang betul ialah “Bei Ling suka membaca buku atau komik?”
| Tatabahasa | 28.05.2019 |
Assalamualaikum w.b.t Saya seorang pelajar dari pusat asasi UIAM. Saya ingin bertanya lagi sekali, mengapa orang Malaysia sangat suka menyingkatkan perkataan seperti sudah menjadi dah ? atau sekejap menjadi jap ? adakah kerana sifat bangsa kita malas atau sebaliknya ? Saya mohon pencerahan | Salam sejahtera, Penggunaan singkatan pada perkataan Untuk makluman anda, bagi mengetahui sama ada dakwaan bahawa masyarakat Malaysia terlalu banyak menggunakan singkatan dan penggunaan berlebihan dalam komunikasi benar-benar berlaku dalam masyarakat atau tidak, DBP berpandangan penyelidikan yang autentik dan terperinci perlu dilaksanakan. Data penyelidikan diperlukan untuk mengetahui kebenaran dakwaan ini dan bukan setakat persepsi. Penyelidikan penggunaan singkatan dalam komunikasi boleh dilaksanakan dalam dua (2) konteks, iaitu komunikasi dalam situasi rasmi dan situasi tidak rasmi. Secara umumnya, penggunaan singkatan dalam konteks rasmi mesti mematuhi pedoman penulisan singkatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu dan rujukan lain seperti Kamus Dewan dan Kamus Pelajar. Penggunaan singkatan yang tidak mengikut pedoman khususnya dalam situasi dan penggunaan rasmi memberikan kesan negatif kepada sistem bahasa Melayu yang baku. Berbeza daripada komunikasi tidak rasmi dan bahasa basahan, singkatan memang lazim. Oleh itu, gunakanlah bahasa dengan betul mengikut konteks penggunaannya. Sekian, untuk makluman.
| Lain-lain | 25.10.2020 |
Adakah ayat-ayat berikut betul dalam tatabahasa atau struktur ayat? "Ini bukan yang benar" "Dia kaya dengan perasaan" Adakah kamu menjadi besar dalam latar belakang macam ini? Dia telah memastikan produk itu boleh didapat di seluruh dunia. Dia juga ada perkara yang suka dan benci. | Ayat-ayat contoh yang diberikan betul, kecuali dua ayat. Dan ayat ini telah betulkan, iaitu: Dia telah memastikan produk itu boleh didapati di seluruh dunia. Ada perkara yang dia suka dan ada perkara yang dia benci.
| Tatabahasa | 08.10.2012 |
Mana satukah antara ayat-ayat di bawah yang menggunakan perkataan cocok dengan betul? a. Mereka berdua sentiasa cocok dalam membuat keputusan. b. Dia terlambat ke sekolah kerana jam locengnya tidak cocok. c. Azmi dan Daud mempunyai cocok dari segi paras rupa. | Perkataan cocok membawa pelabagai maksud iaitu; 1. sesuai benar, kena benar, sepadan 2. setuju, bersefahaman, sepakat 3. sama benar, tidak berbeza 4. tepat, betul 5. setuju di hati, suka 6. serasi. Berdasarkan makna yang tersebut kesemua penggunaan cocok dalam ayat-ayat tersebut betul; a. Mereka berdua sentiasa cocok dalam membuat keputusan. b. Dia terlambat ke sekolah kerana jam locengnya tidak cocok. c. Azmi dan Daud cocok dari segi paras rupa. | Tatabahasa | 02.09.2009 |
Encik, Adakah ayat di bawah ini betul? 1) Osman suka duduk di tepi sawah kerana dia dapat menghirup udara yang segar. 2) Kami pernah tinggal di situ pada sepuluh tahun yang lalu. 3) Menurut Ali, dia bukan berasal dari Melaka tetapi dari Pahang / Menurut Ali, dia berasal bukan dari Melaka tetapi dari Pahang. 4)Lambat benar bas itu tiba ke destinasi yang dituju. 5) Wah, comel-comelnya anak awak! / Wah, comelnya anak-anak awak! 6) Jangan petik bunga-bunga yang sedang mekar di taman. | Ayat berikut saya betulkan: 1) Osman suka duduk di tepi sawah sambil menghirup udara yang segar. 2) Kami pernah tinggal di situ sepuluh tahun yang lalu. 3) Menurut Ali, dia bukan berasal dari Melaka tetapi dari Pahang. 4) Lambat benar bas itu tiba ke destinasi yang di tuju. 5) Wah, comelnya anak-anak awak! 6) Jangan petik bunga yang sedang mekar di taman. | Tatabahasa | 21.07.2008 |
pemimpin negara yang sangat saya SANJUNG ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj PILIH perkataaan seerti bagi SANJUNG A puji B suka Cgemar D hormat terima kasih | Sanjung membawa maksud; menyanjung 1. sangat menghargai (sesuatu yg dianggap baik, berani, dll), meletak-kan pd tempat (kedudukan) yg mulia, memuji: mereka ~ tinggi kepala negara mereka; 2. = ~ hati mengambil hati, memujuk: pandai benar engkau ~ hati orang; penghulu disan-jung dgn adatnya, orang alim disanjung dgn kajinya, orang muda disanjung dgn mudanya prb a) kalau memuji orang hendak-lah dgn pujian yg kena pd tempatnya; b) mengambil hati orang hendaklah dgn perkara yg digemarinya; menyanjung-nyanjung memuji dgn berlebih-lebihan, menghormati sangat-sangat, mengangkat-angkat: hairan benar, mengapa pula majalah itu ~ namaku begitu sekali? sanjungan 1. penghormatan, pujian: dgn kemenangan itu agama Islam telah tersebar dgn pesatnya dan mendapat ~ yg tinggi; 2. suka dipuji-puji. Dalam konteks ayat tersebut perkataan hormat boleh digunakan. | Tatabahasa | 27.05.2015 |
Terima kasih atas jawapan yang diberi. Soalan di bawah disertakan dengan gambar yang dilampirkan di Lampiran Fail. Emak Khalid amat suka makan ikan air _________. A payau B tawar C manis D masam Adakah jawapan A payau betul? Perkataan ikan air payau ada tertulis di Utusan Malaysia online - "IKAN siakap putih atau nama saintifiknya Lates calcarifer dari keluarga Centropomidae merupakan spesis ikan air payau yang berupaya hidup di habitat air masin dan air tawar. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0530&sec=Agrobiz&pg=ag_04.htm#ixzz36sFL8p12 © Utusan Melayu (M) Bhd | Ya benar, jawapannya ialah air payau. Menurut istilah kimia dan istilah geologi, air payau merujuk air yang mempunyai nilai kemasinan yang berjulat dari kira-kira 0.50 hingga 17.00 bahagian per ribu, dan air yang mengandung garam kurang daripada air laut, tetapi tidak boleh diminum. | Makna | 09.07.2014 |
Salam..betul/salah ayat-ayat ini dan jelaskan. Terima kasih. 1.Antara acara yang dipertandingkan ialah mewarna dan melukis poster. 2.Apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan. 3.Ayah telah menggali di belakang rumah sebuah perigi batu. 4.Baju kurung moden yang berwarna jingga itu bagi kakak long saya. 5.Benar tepat jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu. 6.Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak atas meja Cikgu Ali. 7.Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas. 8.Guru Besar berterima kasih di atas pandangan guru-gurunya. 9.Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah." 10.Kedua pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin. 11.Kejayaan cemerlang yang diperolehi Mustafa kerana usaha gigihnya. 12.Lain-lain perkara turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu. 13.Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya sepinggan kuih seri muka. 14.Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein. 16.Pemandu muda itu menafikan dia memotong garisan berkembar. 17.Seekor lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu. 18.Semenjak dari hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini. 19.Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh. 20.Siapatah yang suka membuang sampah di kawasan ini. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: - Antara acara yang dipertandingkan termasuklah mewarna dan melukis poster.
- Apa-apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan.
- Ayah telah menggali sebuah perigi batu di belakang rumah.
- Baju kurung moden yang berwarna jingga itu untuk kak long saya.
- Jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu tepat.
- Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak di atas meja Cikgu Ali.
- Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas.
- Guru Besar berterima kasih kepada guru-gurunya atas pandangan yang diberikan.
- Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah."
- Pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin.
- Kejayaan cemerlang yang diperoleh Mustafa kerana usaha gigihnya.
- Perkara lain turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu.
- Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya dengan sepinggan kuih seri muka.
- Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein.
- Pemandu muda itu menafikan bahawa dirinya memotong garisan berkembar.
- Satu lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu.
- Semenjak hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini.
- Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh.
- Siapalah yang suka membuang sampah di kawasan ini.
| Tatabahasa | 20.01.2015 |