Ben Li (mandi sungai). Adakah mandi sungai betul? | Mandi sungai ialah bahasa percakapan. Frasa yang betul ialah mandi di sungai seperti ayat Ali mandi di sungai. | Tatabahasa | 30.07.2015 |
apakah perbezaan di antara mengharungi sungai dan menyeberangi sungai? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. perkataan "menyeberangi" bermaksud 1. pergi ke seberang sana sungai, jalan, dll, melintasi, mengharungi: dgn apa hendak diseberangi lautan? 2. ki me-nempuh (melalui, merasai) kesusahan dll: tiga kali kita ~ hidup, apabila ketiga kalinya telah diseberangi dgn selamat, bahagialah kita; Manakala perkataan "mengharungi" pula bermaksud 1. berjalan menyeberangi air (semak, sungai, dll), meranduk: takut ~ air yg deras; budak itu sedang ~ sungai; ~ belukar berjalan melalui belukar; 2. menempuh, melayari (lautan dll): sedang kami ~ lautan India, angin turun dgn hebatnya; kegagahan wau ~ angkasa; 3. ki menghadapi (mengalami) kesusahan (kesukaran dsb): kejayaan dicapai setelah ~ berbagai-bagai kesulitan; | Istilah | 08.04.2013 |
Tuan, ayat di bawah yang manakah betul? 1. Penerjunan Sungai Miluo oleh Chu Yuan menyedihkan rakyat-rakyat negara Chu. 2. Penerjunan Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo menyedihkan rakyat-rakyat negara Chu. Perkataan "penerjunan" bermaksud hal atau perbuatan terjun, menerjuni atau menerjunkan. Dalam ayat (1), perkataan "penerjunan" bermaksud hal menerjuni. Jadi, frasa "penerjunan Sungai Miluo oleh Chu Yuan" atau frasa "penerjunan Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo" lebih tepat? Pada pandangan saya, frasa "penerjunan Sungai Miluo oleh Chu Yuan" lebih betul kerana frasa ini bermakna "hal menerjuni Sungai Miluo oleh Chu Yuan" atau "hal terjun ke dalam Sungai Miluo oleh Chu Yuan". Jika dikatakan frasa "penerjunan Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo", frasa ini bermaksud "hal menerjuni Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo" atau "hal terjun ke dalam Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo". Maksud frasa ini salah sepenuhnya. Frasa "penerjunan Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo" juga boleh bermaksud "hal menerjunkan Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo" atau "hal membuat Chu Yuan terjun ke dalam Sungai Miluo". Chu Yuan sendiri yang terjun ke dalam Sungai Miluo, bukan ada orang yang mungkin menolaknya menyebabkannya terjun ke dalam Sungai Miluo (menerjunkan Chu Yuan). | Kedua-dua ayat itu betul kerana penerjunan boleh bermaksud perbuatan (hal) terjun seperti dalam ayat pertama; menerjuni; atau menerjunkan seperti dalam ayat kedua. Ayat ini kedua ini diterima jika maksud yang hendak disampaikan ialah perbuatan menerjunkan Chu Yuan ke dalam sungai (betul berdasarkan konteks ayat). | Tatabahasa | 22.12.2014 |
Menyeberangi sungai atau menyeberang sungai yg btl ? Tq | Menyeberangi sungai yang betul. | Lain-lain | 18.07.2019 |
sebatang sungai atau sebuah sungai | Penjodoh bilangan yang sesuai untuk sungai ialah sebatang. | Tatabahasa | 28.08.2010 |
Tuan, Saya memohon pencerahan frasa yang betul sama ada MENELUSURI sungai atau MENYELUSURI sungai? Sekian, terima kasih. | Menelusuri sungai. | Ejaan | 27.10.2014 |
Cikgu, ayat "Dia menerjunkan anjingnya ke dalam sungai" bermaksud dia menyuruh anjingnya terjun ke dalam sungai atau bermaksud dia membiarkan anjingnya terjun ke dalam sungai sedangkan dia tidak mempedulikan anjingnya? | "Dia menerjunkan anjingnya ke dalam sungai" bermaksud dengan sengaja menyebabkan anjingnya terjun sama ada dengan menyuruh atau menolak anjingnya sehingga terjun ke sungai. | Lain-lain | 23.12.2014 |
dalam buku antologi harga remaja tingkatan empat. sebuah antologi cerpen bertajuk "sungai ceper". ceper pula merujuk dulang kecil mengikut kamus dewan. masalahnya ialah sebutan tersebut iaitu e pepet @ e taling kerana dalam antologi ini ceper merujuk nama sebuah sungai iaitu sungai ceper..mohon jawapan daripada pihak DBp untuk mengelakkan pelajar keliru. | Salam sejahtera. Bagi soalan yang diajukan oleh saudara, pihak kami telah menghubungi penulis buku tersebut. Penulis menjelaskan bahawa perkataan ceper bermaksud dulang seperti yang tercatat dalam Kamus Dewan. | Lain-lain | 30.01.2010 |
Program pengindahan Sungai Klang dan Sungai Gombak anjuran Jabatan Parit dan Saliran yang diberi nama "River of Live" seolah-olah satu lagi usaha menidakkan kepentingan bahasa Melayu. Paling mengecewakan, ia turut berlaku di jabatan kerajaan. Bagaimana harus DBP bertindak? | Kami berterima kasih kepada tuan atas maklumat yang disampaikan. DBP akan memantau penggunaan bahasa yang digunakan dalam paparan awam termasuklah kempen kerajaan. DBP akan menghantar surat teguran kepada pihak berkenaan kerana DBP tidak ada kuasa menghukum pihak yang melakukan kesalahan atau tidak memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaa. | Lain-lain | 24.05.2012 |
Salam Sejahtera. Mohon penjelasan Tuan/Puan berkenaan dengan kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat-ayat berikut. Difokuskan kepada pemilihan kata yang digunakan sama ada sesuai atau salah. (Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif dan Kata Sendi) 1. Sungai merupakan sumber semula jadi dalam ia mempunyai banyak ekosistem contohnya ikan, udang, tumbuhan dan lain-lain. 2. Jika pada suatu hari air sungai tidak lagi ada, hari itulah kematian masyarakat. 3. Kepentingan sungai kepada masyarakat mempunyai beberapa utama iaitu sebagai sumber air kepada kita. 4. Air sungai berasal dari air hujan yang mengalir ke gunung dan lalu ke tanah selepas itu air akan menjadi sedap dan bersih dan lalu ke sungai. 5. Sungai yang bersih dan besar akan mempunyai banyak ekosistem yang besar dan mempunyai banyak ikan, udang dan lain-lain. 6. Protein dapat memulihkan organ otak tisu yang rosak. 7. Sungai adalah penting untuk manusia kerana ia merupakan sumber air dan membekalkan protein, 8. Kita harus bersama-sama menjaga kebersihan sungai supaya kita dapat menggunakannya selama-lamanya. Ayat ini merupakan tulisan karangan pelajar sekolah menengah berkaitan tajuk kepentingan sungai. Mohon penjelasan tentang kesalahan bahasanya. Terima kasih. | Bentuk ayat yang betul ialah: 1. Sungai merupakan sumber semula jadi yang mempunyai pelbagai hidupan seperti ikan, udang, tumbuhan dan lain-lain. 2. Jika pada suatu hari air sungai tidak lagi ada, itulah hari penamat bagi manusia. 3. Antara kepentingan sungai kepada masyarakat termasuklah sebagai sumber air kepada kita. 4. Air sungai berasal dari air hujan yang mengalir dari gunung ke tanah selepas itu dan sungai. 5. Sungai yang bersih dan besar mempunyai pelbagai hidupan seperti ikan, udang dan lain-lain. 6. Protein dapat memulihkan organ otak tisu yang rosak. (semak kesahan fakta ini) 7. Sungai adalah penting untuk manusia kerana ia merupakan sumber air dan membekalkan sumber protein. 8. Kita harus bersama-sama menjaga kebersihan sungai supaya kita dapat menggunakannya selama-lamanya. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan untuk menyemak penggunaan kata dan ketepatan ayat yang dibina. | Lain-lain | 27.11.2017 |