Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sustainability


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Apakah maksud Integrity, Trustworthy & Sustainability? 2. Adakah Integrity, Trustworthy & Sustainability boleh dijadikan sebagai tema sesuatu persidangan? 3. Yang manakah lebih sesuai untuk dijadikan sebagai tema persidangan : - Integrity, Trustworthy & Sustainability; atau - Integrity...Sustainable...Trust...Kesesuaian menentukan tema persidangan terletak pada budi bicara pihak penganjur persidangan. Mohon tuan/puan memberikan terjemahan tema persidangan dalam bahasa Melayu untuk kami semak dari segi kesesuaian penggunaannya dalam bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan06.04.2017
Assalamua'alaikum. Mohon bantuan ejaan bagi slogan ini di dalam jawi sebagai pengesahan DBP Sustainability Through Diversity"sustainability through diversity"
سستينيبيلتي ثرو دايۏرسيتي
Lain-lain12.04.2022
Dalam urusan jabatan/organisasi; istilah perkataan "precision', 'sustainability'

Cadangan padanan istilah dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

precision - kepersisan

sustainability - kelestarian

Istilah23.11.2009
Bagi sustainability membawa maksud mampan jadi adakah wujud perkataan kemampanan. Sebab bila sy membuat semakan di carian kata DPBM perkataan kemampanan tidak wujud yang wujud adalah kemapanan.Padanan bahasa Melayu bagi istilah sustainable ialah mampan, manakala istilah sustainability ialah kemampanan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang ESG.Istilah08.07.2025
Istilah DBP bagi empat perkataan berikut sustainable development, corporate sustainability, a sustainable future dan civil corporationPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk perkataan bahasa Inggeris yang diberikan adalah seperti yang berikut:

sustainable development - pembangunan mampan
corporate sustainability - kelestarian korporat 
a sustainable future - masa depan yang mampan
civil corporation - perbadanan awam
Istilah06.01.2016
Assalaamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam ramadhan Tuan/puan Apakah terjemahan yang tepat bagi istilah serta ejaan dalam tulisan jawi berikut: 1. sustainability through diversity / kelestarian melalui kepelbagaian / كلستارين ملالوءي كڤلباڬايان Sekian dan terima kasih.Cadangan terjemahan teks dalam bahasa Melayu "kelestarian melalui kepelbagaian" bagi perkataan bahasa Inggeris "sustainability through diversity" adalah betul dan ejaan Jawi yang betul ialah "كلستارين ملالوءي کڤلباݢاين".
 
Makna14.04.2022
saya ingin menterjemahkan 'food sustainability' ke bahasa melayu. Jadi adakah benar ia diterjemahkan sebagai 'kelestarian makanan'?Sila berikan konsep istilah tersebut atau contoh ayat untuk kami menentukan sama ada padanan yang dicadangkan bersesuaian atau sebaliknya.Istilah24.07.2016
Salam, Saya ingin mengetahui asal-usul perkataan "mampan" (sustainability), maknanya secara etimologi. Terima kasihMampan bermaksud mampu terus berkembang dan mencapai tahap prestasi yang baik (tentang ekonomi, pembangunan dan sebagainya). Walau bagaimanapun tidak terdapat penerangan lanjut etimologi kata tersebut dalam sumber rujukan kami.Makna20.10.2010
Assalamualaikum, mohon bantuan ejaan slogan dalam tulisan jawi sebagai pengesahan DBP Slogan : "sustainability through diversity" Tulisan Jawi:سوستاينبيلاتي ثروغ ديۏرسيتيEjaan yang betul ialah سستينيبيلتي ثرو دايۏرسيتيLain-lain29.03.2022
Assalamu'alaikum. Dalam konteks pasaran modal, yang mana satu merupakan terjemahan yang betul untuk "sustainability" - "kemampanan" atau "kelestarian"? Adakah kedua-duanya boleh saling ditukar ganti? Terima kasih.

Mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya,  manakala lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal atau tetap dan sering digunakan untuk merujuk keadaan seperti kelestarian hutan, persekitaran dan lain-lain, iaitu yang tidak berubah atau yang terpelihara seperti asal.  Oleh itu, berdasarkan huraian tersebut, penggunaan perkataan "kemampanan" atau "kelestarian"  hendaklah mengikut konteks, bidang dan wacana keseluruhan topik yang dibincangkan.

Terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan16.03.2017
12

Kembali ke atas