Selamat pagi. 1. Terdapat lambang bunga raya pada wang syiling. 2. Lambang bunga raya terdapat pada wang syiling. Mana satu ayat adalah betul? Terima kasih. | Kedua-dua ayat ini betul. Cuma istilah yang kerap digunakan untuk merujuk wang syiling ialah duit syiling. | Tatabahasa | 12.08.2015 |
Saya mencari satu istilah glass syiling tetapi boleh tuan dapatkan istilah dengan benar mengenai glass syiling. Sebab saya tengah buat paperwork gender dan glass syiling dalam masyarakat | Sila nyatakan dalam konteks/bidang apakah istilah ini digunakan bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam perkara ini. | Istilah | 13.12.2010 |
a) Terdapat lambang bunga raya pada wang syiling. b) Lambang bunga raya terdapat pada wang syiling. Soalan saya , ayat manakah yang betul? | Kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan. Akan tetapi, ayat "Terdapat lambang bunga raya pada wang syiling" merupakan ayat songsang. | Tatabahasa | 23.08.2015 |
Memperkecil/Memperkecil-kecilkan nilai duit syiling. | Memperkecil nilai duit syiling. | Tatabahasa | 16.08.2013 |
Bolehkah perkataan "koin" digunakan untuk merujuk kepada "wang syiling"? Terima kasih. | Tidak boleh. Perkataan koin tidak merujuk kepada wang syiling. | Lain-lain | 07.01.2014 |
Salam, saya ingin bertanya tentang ayat ini, adakah ia "sebuah atau sekeping untuk syiling? Terima kasih | Penjodoh bilangan yang sesuai ialah "sekeping syiling". | Tatabahasa | 31.05.2015 |
Adakah ayat ini betul? Penempaan duit syiling diperbuat di Shah Alam di Selangor manakala wang kertas dicetak di luar negara. | Ayat yang betul ialah Duit syiling ditempa di Shah Alam, Selangor manakala wang kertas dicetak di luar negara. | Tatabahasa | 15.09.2014 |
Salam sejahtera! Dalam soalan lazim dbp, pihak tuan mengklasifikan 'syampu' sebagai kosonan bergabung dan 'syiling' sebagai digraf, dimana kedua-duanya mempunyai 'sy'.Apakah perbezaan antara kedua-dua perkataan ini? Terima kasih. | Huruf "sy" dalam ejaan syampu dan syiling termasuk dalam kumpulan digraf sama seperti huruf "ng" dan "ny". Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 20.06.2013 |
Bolehkah berikan penjodoh bilangan yang sesuai untuk jodoh, tetikus, syiling,dan tahi? Sila jelaskan. Terima Kasih! | Tidak semua kata memerlukan penjodoh bilangan seperti kata jodoh, ada perkataan hanya perlu diberikan unit sahaja seperti satu tetikus, dua tetikus. Bagi kata syiling penjodoh bilangan yang sesuai ialah keping - penjodoh bilangan bagi sesuatu yang pipih dan nipis (seperti kad, kertas, papan, dan sebagainya), dan penjodoh bilangan tahi ialah ketul - penjodoh bilangan untuk benda yang berbuku-buku. | Tatabahasa | 14.03.2010 |
Apakaha pemenggalan suku kata perkataan: 1) syak 2) syampu 3) syabas 4) syarahan 5) syiling 6) syarikat 7) syer 8) khabar 9) khazanah 10) ghairah 11) klinik | Apakaha pemenggalan suku kata perkataan: 1) syak - 1 suku kata (tiada pemenggalan) 2) syampu - 2 suku kata [syam + pu] 3) syabas - 2 suku kata [sya + bas] 4) syarahan - 3 suku kata [sya + rah +an] 5) syiling - 2 suku kata [syi + ling] 6) syarikat - 3 suku kata [sya + ri +kat] 7) syer - 1 suku kata (tiada pemenggalan) 8) khabar - 2 suku kata [kha + bar] 9) khazanah - 3 suku kata [kha + za + nah] 10) ghairah - 2 suka kata [ghai + rah] 11) klinik - 2 suku kata [kli + nik] | Tatabahasa | 07.06.2017 |