adakah dbp boleh memberikan tajaan/sumbangan bagi program pelajar universiti? | Tuan/Puan boleh cuba menghantar surat kepada Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur untuk bertanyakan hal ini. Walau bagaimanapun DBP tidak menawarkan Derma Siswa kepada pelajar bidang undang-undang. | Lain-lain | 23.06.2016 |
Tuan/Puan, Saya ingin memohon tajaan naskhah majalah terbitan DBP. Sebagai contoh Dewan Siswa,Dewan Masyarakat, dan sebagainya. Untuk pengetahuan pihak tuan,saya telah dipilih untuk menjalani program Fulbright Foreign Language Teaching Assistant di Northern Illinois University, dan saya akan menjadi tutor Bahasa Melayu kepada sekumpulan pelajar yang membuat kajian dalam Bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, saya amatlah berbesar hati jika pihak DBP boleh membantu dalam memberikan sumbangan beberapa naskah majalah dan lain-lain rujukan yang dirasakan sesuai. Saya akan menghantar butiran lengkap mengenai program yang saya akan sertai jika pihak DBP sudi menghulurkan bantuan. Saya dahului dengan ucapan terima kasih | Tahniah kerana sdr. terpilih menjalani program Fulbright Foreign Language di Amerika Syarikat. Untuk rekod, silalah tulis surat permohonan rasmi kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur bagi mendapatkan bahan rujukan dalam pengajaran Bahasa Melayu di Amerika Syarikat. | Lain-lain | 19.03.2008 |
Adakad DBP menyediakan ape-ape penajaan untuk pelajar terutamanya mahasiswa.Saya dari Akademi Pengajian Melayu UM,memohon jasa baik dbp untuk mendapatkan sedikit tajaan daripada pihak tuan untuk menampung perbelanjaan Projek Fakulti kami...dan Apakah prosedur yang perlu kami lakukan? | Terima kasih soalan yang dikemukakan. DBP amat menyokong usaha-usaha pihak luar (NGO, Sekolah, Pelajar dsb.) untuk bersama-sama memartabatkan bahasa Melayu. Tajaan DBP berbentuk buku pelbagai tajuk dan bidang mengikut program yang dianjurkan. Kami cadangkan tuan menghantar surat permohonan kepada Pengarah Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur. Surat permohonan penting bagi kami meneliti dengan lebih terperinci program yang dianjurkan oleh tuan. Terima kasih | Lain-lain | 29.07.2008 |
Assalamualaikum. sy Nor Idayu merupakan pelajar Universiti Putra Malaysia di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya sedang membuat kajian tentang sensemaking guru perakaunan. Tajuk kajian adalah: Meneroka sensemaking guru Perakaunan tentang pengajaran dan pembelajaran atas talian. Akan tetapi, untuk term 'sensemaking' di dalam tajuk, saya mempunyai kesukaran untuk mencari term yang sesuai digunakan di dalam bahasa melayu. Saya berharap, pihak DBP dapat membantu saya dalam menggunaan istilah yang betul dan sesuai. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan “sensemaking” ialah “kepekaan deria” dan “pengamatan rasa”. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.06.2020 |
Assalamualaikum Tuan/Puan, Sebagai introduksi, nama saya Mohd Ayub bin Ladin. Saya seorang pelajar tajaan MARA ke Universiti Stevens di York Baru, Amerika Syarikat. Mohd Ayub ingin tanya DBP kenapa tidak ada perkataan Bahasa Melayu untuk 'United Kingdom'. Sebagai rujukan, bahasa kita sudah pun ada perkataan untuk Amerika Syarikat, Perancis, Sepanyol, Mesir dll. Bahasa kita dah semakin matang dan lengkap. Adalah agak memalukan bahawa kita masih menggunakan bahasa penjajah untuk negara UK. Mohd Ayub telahpun berbincang isu ini dengan kawan-kawan. Kita cadangkan nama 'Tanah Bersepadu' adalah translasi yang berpatutan. Sekian, Mohd Ayub bin Ladin. | Untuk makluman, nama negara dan ibu kota telah dibincangkan dalam Sidang Ke-31 Majlis Bahasa Brunei Darussalam- Indonesia-Malaysia pada tahun 1992. Antara keputusannya ialah: Nama-nama negara dan ibu kota yang telah lazim digunakan dalam versi bahasa Inggeris Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hendaklah dikekalkan walaupun negara berkenaan mempunyai versi bahasanya sendiri. Nama negara dan ibu kota yang telah biasa dikenali dengan nama bahasa Melayu dikekalkan untuk penggunaan dalam konteks kebangsaan. Berdasarkan maklumat di atas, United Kingdom dikekalkan ejaan versi bahasa Inggeris dan Amerika Syarikat, Perancis, Sepanyol dan Mesir diterima kerana telah biasa dikenali dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 04.02.2011 |
saya tidak tahu bagaimana hendak menghasilkan satu "resume" untuk saya sambung belajar ke IPTA dan mendapatkan tajaan biasiswa dari syarikat korporat sebagai contoh petronas dan MISC. saya juga memerlukan contoh "resume" seperti ini.... segera..... tolong. | Format menyediakan resume ada berbagai-bagai dan formatnya bergantung kepada tujuan dan siapakah penerimanya. Pada umumnya, format resume adalah seperti berikut : i. Nama ii. Pengalaman : persatuan, kerjaya, karya, luar negara iii. Pendidikan iv. Bahasa v. Kegiatan vi. Alamat vii. Profil : anugerah, sumbangan. | Lain-lain | 17.03.2008 |
Rahmat Ramli RAB 12.24 PTG Rahmat Ramli salam tuan, mohonlah/usahakanlah agar pengambilan munsyi dewan pada tahun ini mendapat tajaan daripada kpm mahupun agensi luar, selayaknya munsyi dewan mendapat penghargaan kerana merekalah merupakan salah satu komponen yang memperjuang bahasa melayu kita.. | Terima kasih atas cadangan yang tuan berikan. Kami akan kemukakan cadangan ini kepada bahagian yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. | Lain-lain | 30.08.2017 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera.saya akan membuat pertandingan pidato dan debat antara anak negeri di universiti pendidikan sultan idris.bolehkah kami meminta sedikit tajaan dari Pihak DBP | Sila buat permohonan secara rasmi kepada Tuan Haji Razali Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 07.11.2015 |
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA Subject : PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS PERINGKAT KOMUNITI DI MALAYSIA – SATU CADANGAN PEMOHONAN SUMBER KEWANGAN SOKONGAN Attachment : 130627MALDEWANBAHASAGERANKOMUNITI.doc | Untuk makluman tuan, untuk memohon tajaan daripada DBP dalam program kebahasaan sila kemukakan surat permohonan berserta kertas cadangan pelaksanaan program kepada Puan Rossilawaty Sheriff, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel rosila@dbp.gov.my. | Lain-lain | 27.06.2013 |
fungsi penajaan sukan | Penajaan sukan bermaksud perbuatan atau hal menaja aktiviti yang berkaitan dengan sukan seperti yang lazim dilakukan oleh syarikat-syarikat besar dalam negara. Hasil daripada penajaan ini dapat memberikan impak kepadakedua-dua belah pihak, pihak penaja secara tidak langsung dapat mempromosikan jenama, produk dan sebagainya, manakala pihak yang mendapat tajaan mendapat manfaat dan mengurangkan kos dalam pengendalian sukan tersebut. Untuk maklumat lanjut yang berkaitan denan fungsi tajaan ini sila rujuk makalah yang berkaitan dalam majalah atau akhbar-akhbar utama. | Lain-lain | 04.02.2010 |