Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah ejaan yang betul, tanggungjawab atau tanggung jawab?Ejaan yang betul ialah tanggungjawab.Ejaan28.11.2014
hubungkait:sepatutnya hubung kait ke (2 patah perkataan)rekabentuk : reka bentuk tanggungjawab: tanggung-jawab? betul keEjaan yang betul:1. hubung kait 2. reka bentuk 3. tanggungjawabEjaan22.11.2002
Saya ingin mendaptkan kepastian perkataan Kefungsian wujud atau tidak. Saya terbaca tema seperti ini "tanggung jawab dan kefungsian guru cemerlang"Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, hanya terdapat kata 'fungsian' yang bermaksud dilihat dari segi fungsi.Ejaan11.08.2008
Bagaimana nak dapatkan panduan pd 2 perkataan yg membawa 2 maksud tetapi ejaannya di jarak @ rapat. Contoh, tanggung jawab, tengah hari dllLazimnya kata majmuk dieja sebagai dua perkataan kecuali beberapa perkataan yang telah mantap yang dieja sebagai satu perkataan. Hal ini ada dinyatakan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 55. Puan juga boleh merujuk laman web DBP dan klik pada Lembar Bahasa 2002-2003 di bahagian bawah sebelah kiri.Tatabahasa17.12.2010
kENAPA TERDAPATKESALAHAN BAHASA DALAM PAPAN TANDA?Untuk pengetahuan saudara untuk paparan awam (seperti iklan pada papan tanda) tanggung jawab terletak pada PBT kerana mereka mempunyai undang-undang kecil yang mengawal masalah penggunaan bahasa pada papan tanda di kawasan mereka. DBP hanya, sehingga soalan ini dijawab, hanya boleh menegur, memberi nasihat dan mencadangkan bahasa yang sesuai untuk digunakan. Begitu juga dengan iklan dalam akhbar, DBP hanya menjalankan tanggungjawab memantau dan menegur kesalahan bahasa yang digunakan dalam akhbar.Tatabahasa13.03.2013
1. bagaimanakah penulisan kata majmuk tanggung jawab apabila ditambah dengan imbuhan ber-. bertanggungjawab atau bertanggung jawab. 2. apakah makna jargon? bolehkah pihak tuan menberikan contoh untuk perkataan jargon ini? 3. yang manakah betul, kata-kata aluan atau kata alu-aluan? 4. adakah perkataan kompelin diterima dalam bahasa melayu? atau kita sepatuttnya guna perkataan aduan? 5. sebagai kata sapaan atau rujukan dalam ucapan, yang manakah betul tuan-tuan dan puan-puan atau tuan dan puan sahaja. 6. cara penulisan yang manakah betul Yang di-Pertuan Agong, Yang di Pertuan Agong, Yang diPertuan Agong atau Yang Di Pertuan Agong? terima kasih.

1. Ejaan yang betul ialah bertanggungjawab. 

2. Jargon ialah istilah linguistik merujuk bentuk ungkapan yang dipadatkan atau diringkaskan, yang biasanya tidak lengkap dari segi tatabahasa dan digunakan dalam pertuturan bahasa basahan atau jargon khusus, misalnya BERHENTI dan BERI LALUAN pada papan tanda jalan raya. 

3. Yang betul ialah Kata alu-aluan. 

4. Tidak diterima, perkataan yang betul untuk maksud tersebut ialah aduan.

5. Yang biasa digunakan dalam ucapan ialah tuan-tuan dan puan-puan.

6. Yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong.

Tatabahasa08.10.2009
saya ingin bertanya, jika membuat sesuatu iklan dalam akhbar seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia, adakah iklan-iklan tersebut dirujuk kepada dewan bahasa dan pustaka Malaysia? Bagaimana pula dengan undang-undang iklan?Penyiaran iklan dalam akhbar tidak merujuk pihak DBP, lazimnya dikawal oleh pihak akhbar berkenaan. Untuk pengetahuan saudara untuk paparan awam (seperti iklan pada papan tanda) tanggung jawab terletak pada PBT kerana mereka mempunyai undang-undang kecil yang mengawal masalah penggunaan bahasa pada papan tanda di kawasan mereka. DBP hanya, sehingga soalan ini dijawab, hanya boleh menegur, memberi nasihat dan mencadangkan bahasa yang sesuai untuk digunakan. Begitu juga dengan iklan dalam akhbar, DBP hanya menjalankan tanggungjawab memantau dan menegur kesalahan bahasa yang digunakan dalam akhbar.Lain-lain05.06.2010
Kenapakah masa kini sudah banyak terdapat iklan-iklan besar samada disepanjang lebuhraya atau dipersimpangan jalan di bandaraya ditulis hanya dalam Bahasa Inggeris? Tanggong jawab siapakah memantau atau menegur perbuatan ini? Adakah DBP, PBT atau kerajaan negeri.? contoh iklan Ambank. Mana letaknya martabat bahasa Kebangsaan kita? Sekian harap maklum dan terima kasih.Sdr Mat2162, terima kasih atas keprihatinan sdr. untuk pengetahuan sdr. tanggung jawab ini terletak pada PBT kerana mereka mempunyai undang-undang kecil yang mengawal masalah penggunaan bahasa pada papan tanda di kawasan mereka. DBP hanya, sehingga soalan ini dijawab, hanya boleh menegur, memberi nasihat dan mencadangkan bahasa yang sesuai untuk digunakan. Walau bagaimanapun rasa cintakan bahasa itu sepatutnya ada pada setiap warga Malaysia dan seharusnya perkara seperti ini tidak sepatutnya terjadi kerana dalam perlembagaan telah termaktub bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara dan penggunaannya hendaklah diutamakan . Terima kasih.Tatabahasa04.12.2007
1. kesedaran mengamalkan makanan sihat memang telah ada tetapi belum memuaskan, kebanyakkannya hanya mula menjaga atau mengubah tabiat makan bila telah menghidap penyakit walaupun ramai tahu mencegah adalah ubat yang paling baik sekali. 2. di zaman ini, adalah sangat sukar sekali untuk seseorang itu merealisasikan sesuatu maklumat. apa yang di klasifikasikan sulit dan rahsia, boleh menjadi pengetahuan umum dan mudah sekali menyebar ke pelusuk dunia. cuma hanya dalam sekelip mata sahaja. 3. adalah menjadi tanggung-jawab syarikat otomatif mempastikan keadaan kenderaan sentiasa berada ditahap terbaik sekali. sebelum dibenarkan bergerak di jalanraya dimana ini wajar menjadi pra-syarat utama sebelum kereta tersebut terjual. 4. akibat penceraian menyebabkan anak-anak akan menjadi liar atau sebaliknya menjadi pendiam dan pendendam, sebagai akibat perbuatan bapa yang kerap melepaskan ketik puas hati kepada anak-anak dengan memukul, menumbuk dan menendang dengan tujuan untuk menghilangkan fikiran terhadap kes penceraan itu. 5. mereka perlu mengenal pasti halangan-halangan yang mungkin mereka menghadapi supaya pencapaian yang mereka perolehi itu lebih baik.Sila jelaskan soalan saudara.Lain-lain08.12.2011

Kembali ke atas