Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akronim bagi taman asuhan kanak-kanak (iaitu tempat jagaan atau asuhan kanak-kanak kecil, terutamanya ketika ibu bapa mereka pergi bekerja dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata taska


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya penggunaan perkataan 'Taska' @ 'TASKA' bagi tujuan pembinaan rancangan maklumat kursus. 1. Bagi tajuk kursus, adakah perlu semua huruf besar iaitu akronim atau huruf pertama sahaja yang besar. 2. Bagi sinopsis kursus, adakah betul ayat dibawah? Pelajar akan menjalani latihan praktikum di pusat asuhan kanak-kanak yang berdaftar Sekian. Terima kasih

taska merupakan akronim bagi taman asuhan kanak-kanak (iaitu tempat jagaan atau asuhan kanak-kanak kecil, terutamanya ketika ibu bapa mereka pergi bekerja dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat).

1.    Kedua-dua perkataan Taska atau TASKA boleh digunakan.

2.    Ayat yang betul: Pelajar akan menjalani latihan praktikal di taman asuhan kanak-kanak yang berdaftar.

Lain-lain08.08.2019
Salam, saya nak tanya lagi. Ejaan taska sebenarnya bagaimana? perlu semua huruf besar atau huruf besar pada huruf awal sahaja? TASKA atau Taska?Ejaan yang betul ialah "taska".Ejaan07.07.2015
minta pembetulan karangan surat ini. Tuan, PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA Adalah dengan hormatnya saya menarik perhatian perkara diatas. 2. Merujuk kepada surat tuan bertarikh pada 21 September 2010 dlm PKMD. Pk. 01/800/02/2/Jilid 14 memaklumkan untuk mendaftarkan TASKA. 3. Sukacita saya maklumkan seperti berikut :- 3.1. Surat tuan, Kepada Pengarah, Jabatan Perancang Bandaraya, Majlis Bandaraya Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2/ sehingga kehari ini belum lagi mendapat jawabpan. Walau bagaimana pun pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah pun menghantar pegawai membuat lawatan serta meninjau kedudukan TASKA tersebut pada 22 September 2010. 3.2. Surat tuan, Kepada Pegawai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2 sehingga kehari ini belum lagi mendapat sebarang jawabpan. 4. Dengan ini saya akan membuat permohonan pendaftaran TASKA tersebut setelah mendapat maklum balas serta kelulusan daripada semua jabatan yang berkaitan dengan kadar yang segera. Sekian, terima kasih. Saya yang benar,

Encik Abdul Rahim,

Tuan,

PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA

Dengan segala hormatnya surat tuan bertarikh  21 September 2010 dlm PKMD. Pk. 01/800/02/2/Jilid 14, memaklumkan untuk mendaftarkan TASKA dirujuk.

2.     Sukacita saya maklumkan seperti yang berikut :-  

                     2.1   Surat tuan, Kepada Pengarah, Jabatan Perancang Bandaraya, Majlis Bandaraya Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2/ sehingga kehari ini belum lagi mendapat jawapan.

                     2.2    Surat tuan, Kepada Pegawai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2 sehingga kehari ini belum lagi mendapat sebarang jawapan

3.   Walau bagaimana pun pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah pun menghantar pegawai membuat lawatan serta meninjau kedudukan TASKA tersebut pada 22 September 2010

4.    Untuk makluman tuan saya akan membuat permohonan pendaftaran TASKA tersebut setelah mendapat maklum balas serta kelulusan daripada semua jabatan yang berkaitan dengan kadar yang segera.

 Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,

.

 

Lain-lain01.10.2010
Saya Muhamad Faizal Bin Zalip dari syarikat Crestar Education (M) SDN BHD. Syarikat saya menjalankan perniagaan taska dan tadika di bawah nama perniagaan 'Kinderland'. Saya telah pun menghantar permohonan iklan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa. Maklumbalas telah diterima dan mencadangkan saya untuk meletakkan nama 'Taska' pada sebelah kiri nama Kinderland pada papan iklan bangunan. Sekiranya syarikat saya juga menjalankan urusan perniagaan tadika di dalam bangunan yang sama, adakah saya perlu meletakkan perkataan 'tadika' bersama dengan 'taska' pada papan iklan bangunan? Sebagai contoh, "Taska . Tadika' (pada sebelah kiri atas nama Kinderland). Illustari adalah seperti dilampiran. Sekiranya salah, mohon nasihat dari pihak Tuan/Puan. Sekian, Terima kasih. FaizalKami mencadangkan keterangan yang paling sesuai ialah "Tadika dan Pusat Asuhan", jika kedua-dua aktiviti, iaitu pendidikan (tadika) dan pusat asuhan/jagaan dilaksanakan dalam satu premis.Tatabahasa10.09.2015
assalammualaikom,saya dari taska emak..permohonan saya tidak diluluskan,boleh encik/puan terangkan kenapa permohonan saya tidak lulus?sebab saya tidak paham ape masallah permohonan saya ini....tolong jelaskan dengan lebih terperinciJika permasalahan berkaitan dengan kesalahan bahasa, sila hubungi Bahagian Penguatkuasaan melalui talian 03-21479108/9109/9110Lain-lain16.01.2017
Bolehkah saya menggunakan perkataan NURSERI SAWIT bagi menggantikan perkataan TAPAK SEMAIAN SAWIT? Adakah perkataan dan ejaan NURSERI boleh digunapakai?

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, nurseri bermaksud 1. tempat anak-anak pokok disemai atau ditanam utk dijual dsb; 2. bp taska. Oleh itu, nurseri boleh diguna pakai untuk tapak semaian.

Lain-lain11.03.2010
Saya ingin tahu adakah perkataan/istilah "tapak semaian" boleh ditukar / digantikan dengan "nurseri". Adakah DBP mengiktiraf "nurseri" boleh digunapakai?

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, nurseri bermaksud 1. tempat anak-anak pokok disemai atau ditanam utk dijual dsb; 2. bp taska. Oleh itu, nurseri boleh diguna pakai untuk tapak semaian.

Lain-lain10.03.2010
Assalamualaikum tuan/puan. Saya, Ras Addina ingin meminta penjelasan daripada pihak tuan/puan berhubung permohonan saya yang tidak diluluskan oleh KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA. Besarlah harapan saya agar pihak tuan/puan dapat memberikan penjelasan kepada persoalan saya dengan kadar segera agar saya dapat melakukan perubahan dan melengkapkan permohonan lesen perniagaan taska. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat saya hargai. Sekian, terima kasih.


Sila klik pada nombor pendaftaran iklan tersebut dan tuan/puan akan lihat komen/pindaan pegawai kami di bahagian bawah. Terima kasih.
Lain-lain07.02.2017
Adakah penggunaan 'dos' dalam ayat ini betul? Juga, jika terdapat kesalahan tatabahasa yang lain, harap dapat dibetulkan. Terima kasih. Selain daripada mempertingkat kempen-kempen kesedaran melalui kursus, seminar dan media massa, para ibu bapa harus diberikan suntikan kesedaran dengan dos yang tinggi kerana mengikut dapatan kajian, tahap kesedaran mereka mengenai kepentingan menghantar anak-anak mereka ke taska yang berdaftar adalah sangat rendahPenggunaan perkataan dos dan suntikan tidak perlu dalam ayat ini. Mesej kesedaran perlu disampaikan dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami.Tatabahasa05.04.2011
salam...saya ada buat permohonan KPBDBP..status keputusan semakan iklan syarikat kami adalah tidak lulus.. Tolong beri penjelasan balik kenapa harus ditukar nama Tadika kami?? ini sejarah Pengesahan No pendaftaran..37212/2015 ini komen yang kami terima oleh pihak tuan - Tarikh Mula Proses Permohonan : 21/09/2015 10:13 - Tarikh Pengesahan : 21/09/2015 11:16 - Status Permohonan : TIDAK LULUS - Pindaan/Komen : Sila pinda seperti yang berikut: 1. TCB PRESCHOOL & CHILDCARE kepada PRASEKOLAH DAN TASKA ***ini nama Tadika Kami...kenapa harus ditukar???Permohonan tuan yang telah dibuat pembetulan telah diproses dan diluluskan. Sila kembali ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain21.09.2015

Kembali ke atas