Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.tar] | تاتر

Definisi : menatar mengajar (membimbing, memberikan kursus, dll) utk meningkatkan lagi kemampuan (pengetahuan, kecekapan, dll);penataran proses (usaha, kegiatan, dsb) menatar: kursus ~ hendaklah diadakan dr semasa ke semasa; penatar orang yg menatar, pembimbing (pengajar dsb) dlm penataran; petatar orang yg mengikuti atau menjalani kursus penataran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.tar] | تاتر

Definisi : Mn; menatar membidik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.tar] | تاتر

Definisi : ; menatar meningkatkan mu­tu dr segi pengetahuan; kemampuan dsb: Jabatan itu akan ~ para pekerjanya secara berperingkat-peringkat. pena­tar­an peningkatan mutu (penge­tahuan, kemampuan dsb); pen­didikan (kursus, latihan dll) utk meningkatkan penge­tahuan atau ke­mampuan seseorang dlm sesuatu bi­dang: ~ leksikografi penataran utk meningkatkan pengetahuan ttg penyusunan kamus dan hal-hal yg berkaitan dgn kamus. penatar orang yg menatar; pembimbing. petatar orang yg ditatar; orang yg menjalani penataran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tatar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud perkataan PENATARANPenataran bermaksud proses (usaha, kegiatan dan sebagainya) menatar. Kata akar penataran ialah tatar / menatar bermaksud mengajar (membimbing, memberikan kursus, dan lain-lain) untuk meningkatkan lagi kemampuan (pengetahuan, kecekapan, dan lain-lain).Makna22.11.2012
Saya ingin bertanya maksud PENATARAN BAHASA MELAYUPenataran bermaksud proses (usaha, kegiatan dan sebagainya) menatar. Kata akar penataran ialah tatar / menatar bermaksud mengajar (membimbing, memberikan kursus, dan lain-lain) untuk meningkatkan lagi kemampuan (pengetahuan, kecekapan, dan lain-lain). Dalam hal ini, penataran bahasa Melayu bermaksud kursus atau bimbingan yang diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan bahasa Melayu.Makna10.02.2009

Kembali ke atas