Selamat Tengahari Tuan/Puan, Saya ingin meminta bantuan dan nasihat Tuan/Puan untuk semak penterjemahan saya daripada Bahasa English kepada Bahasa Malaysia. Tujuan penterjemahan ini adalah untuk iklan surat khabar. Maklum balas daripada Tuan/Puan amat dihargai. Terima kasih! | Sila lihat Lampiran. | Tatabahasa | 07.10.2013 |
ejaan tengahari pelu ditulis jauh atau rapat? | Ejaan tengah hari ditulis dua perkataan. Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layarihttp://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 20.03.2010 |
Selamat Tengahari, Saya Sarah dari Tropical Marine Science Institute, Singapura. Saya perlukan sebuah buku cetakan Dr. Lokman Shamsudin pada tahun 1990. Tajuk buku ialah 'Diatom Marin di Perairan Malaysia'. Saya tidak dapat cari buku ini di online bookstore. Jadi, saya ingin tahu kalau DBP masih mencetak buku ini, dan berapa harga buku ini. Terima kasih. Sarah | Salam sejahtera Puan Sarah, Buku Diatom Marin di Perairan Malaysia sudah dihapus kira dan tidak dicetak ulang. Buku tersebut boleh dipertimbangkan untuk dicetak ulang sekiranya terdapat banyak permintaan daripada pembaca. Walau bagaimanapun, buku tersebut ada dalam simpanan Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, untuk pinjaman. | Lain-lain | 10.02.2010 |
MENYEMAK EJAAN UNTUK TENGAHARI. ADAKAH EJAAN TENGAH HARI ATAU TENGAHARI? SILA BANTU SECEPATNYA. TERIMA KASIH | Ejaan tengah hari ditulis dua perkataan. | Tatabahasa | 10.07.2009 |
BERTANYA TENTANG PENGGUNAAN WAKTU PETANG DAN TENGAHARI, BILA KAH MULA DIGUNAKAN? 1 PETANG ATAU 1 TENGAHARI. | Tempoh masa yang digunakan adalah seperti yang berikut : 1.00 am-11.59 am = pagi; 12.00pm-1.59 pm = tengah hari; 2.00pm - 6.59 pm = petang | Lain-lain | 01.09.2008 |
Assalammualaikum dan Selamat Tengahari, Saya ingin mengajukan satu soalan. Dalam penulisan buku untuk penggunaan simbol ukuran sentimeter yang manakah digunakan ketika ini.samaada sm or cm?ini untuk buku penerbitan dalam bahasa melayu.Bolehkah saya menggunakan cm kerana jika dilihat sekarang ini kebanyakkan buku menggunakan cm berbanding sm.Oleh itu, saya ingin meminta pandangan pihak DBP dalam penggunaan simbol ini. sekian terima kasih. Sekian terima kasih. | Dalam bentuk ejaan penuh ialah sentimeter, manakala kependekannya ialah cm. | Tatabahasa | 06.05.2011 |
Apakah ejaan yang betul? 12.00 tengahari; atau 12.00 tengah hari. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah tengah hari. Tengah hari dieja terpisah. | Tatabahasa | 15.10.2012 |
Apakah ejaan yang betul untuk perkataan tengahari dan adakah perkataan di sisi perlu didekatkan atau dijauhkan? | Ejaan yang betul ialah tengah hari. | Ejaan | 22.03.2007 |
Jika perkataan ucaptama dan ucap utama diterima dalam bahasa Melayu, mengapa perkataan tengah hari ( tengahari ), pasar raya ( pasaraya ), kereta api ( keretapi ), alat tulis ( alatulis ), dan lain-lain tidak diterima, sedangkan berlaku proses akronim yang mantap dan diterima umum ? | Perkataan tengah hari, pasar raya, kereta api, alat tulis merupakan kata majmuk, iaitu perkataan yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72. | Tatabahasa | 03.02.2010 |
Kemusykilan: Ayat berbunyi - Hujan lebat telah turun lewat pagi semalam. Persoalannya: Apakah maksud LEWAT PAGI dalam konteks soalan tersebut? - manakah maksud yang yang sesuai: a. Tengahari b. Awal malam c. Awal pagi | Antara maksud lewat ialah larut, walau bagaimanpun tidak ada maklumat yang tepat untuk lewat pagi dalam pangkalan data kami. Tengah hari ialah lebih kurang pukul 12 pada siang hari. Awal ialah permulaan, ini bermakna awal pagi dan awal malam ialah permulaan kedua-dua waktu tersebut. | Makna | 19.10.2011 |