Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ram.pil] | ترمڤيل

Definisi : cekap (dlm melaksanakan sesuatu, menyelesaikan masalah, dsb), mampu dan cekatan; menerampilkan menjadikan terampil: kita harus berusaha utk ~ diri terutamanya dlm bidang tugas yg kita tangani; keterampilan kecekapan, kemampuan (yg tinggi); berketerampilan berupaya menjalankan tugas dsb dgn cekap: beliau adalah antara wanita yg ~ di negara ini yg boleh dibang­gakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ram.pil] | ترمڤيل

Definisi : cekap dlm melaksanakan se­­suatu, dlm menyelesaikan masalah dsb; mampu dan cekap: Sejak pulang dr kursus itu, dia begitu ~ dlm menjalankan tugasnya. menerampilkan menjadikan terampil: Kita hendaklah berusaha utk ~ diri setiap masa. keterampilan keadaan atau sifat terampil; kecekapan; kemampuan (yg tinggi): Kursus utk meningkatan ~ dan kecekapan kakitangan juga diadakan. berketerampilan mem­punyai keterampilan; bersifat terampil: Mereka menganjurkan program utk me­lahirkan usahawan yg dinamik dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terampil (adjektif)
Bersinonim dengan cekap, cetakan, cegak, cergas, pantas, tangkas, campin;,
Kata Terbitan : keterampilan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan manakah yang tepat, trampil atau terampil? Kedua-dua ejaan ini terdapat dalam Kamus Dewan dan merujuk makna yang sama. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah terampil. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1664.Ejaan10.03.2009
ejaan terkini utk: 1. perlaksanaan 2. trampil 3. fasalitas1. Perlaksanaan = pelaksanaan
2. Trampil = terampil
3. Fasalitas = Kemudahan
Ejaan24.07.2013
saya sering menemui perkataan "KETERAMPILAN' digunakan dengan meluas di majalah fesyen, iklan, buku mengenai gaya hidup. Perkataan ini seolah-olah bermaksud penampilan menarik atau berpenampilan hebat walhal setelah merujuk Kamus Dewan, ia bermaksud kecekapan atau kemampuan yang tinggi. Bolehkah tuan jelaskan apa maksud sebenar 'KETERAMPILAN" atau "TERAMPIL"? Patutkah saya rasa keliru?Betul seperti yang saudara nyatakan terampil bermaksud cekap (dlm melaksanakan sesuatu, menyelesaikan masalah, dsb) dan keterampilan bermaksud wibawa seseorang apabila dapat melaksanakan sesuatu tugas.Tatabahasa11.10.2011
Definisi modal insan dan definisi pembangunan modal insanModal insan dalam konteks organisasi merujuk kepada staf atau pekerja didalam organisasi.Pembangunan modal insan pula merujuk kepada usaha-usaha dan tindakan/aktiviti yang dilaksanakan oleh organisasi untuk membangunkan pekerja supaya terampil dari aspek pengetahuan,kemahiran dan pembentukan sikap dalam melaksanakan tugas. Lain-lain13.02.2008

Kembali ke atas