Terangkan penggunaan tanda koma sebelum atau selepas perkataan kecuali. | Tanda koma (,) digunakan: (a) sebagai unsur pemisah. (b) sebagai unsur yang mengapit keterangan subjek, predikat atau objek. Contohnya: (i) Duit syiling itu jatuh, dan sebelum sempat dipungutnya, bergolek laju ke dalam lubang. (ii) Pagi tadi, sebelum datang ke sini, saya singgah sebentar di pejabat. (iii) Lima belas orang, termasuk dua orang wanita, telah menyertai bengkel itu. (c) mewujudkan ada perkataan yang telah dihilangkan. Contohnya: Saya mahu kopi. Dia, teh tarik. | Lain-lain | 08.02.2019 |
Terangkan proses-proses berkhatan. | Maklumat tentang berkhatan termasuklah kebaikan berkhatan dan proses berkhatan tidak ada dalam pangkalan data kami. Jika tuan betul-betul berminat untuk mengetahuinya, sila rujuk artikel tentang berkhatan, contoh capaiannya kami paparkan di sini, http://www.hmetro.com.my/node/15981.
| Lain-lain | 05.11.2015 |
terangkan penggunaan dalam dan didalam. | "Di dalam" digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah danĀ di dalam dewan. "Dalam" pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. | Tatabahasa | 09.09.2013 |
terangkan perbezaan pengunaan kata 'tentang', 'mengenai' , 'terhadap' | Saudara, Kata sendi nama tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum atau mujarad.Kata nama atau frasa nama yang mengikutinya menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Kata sendi nama tentang boleh bertukar ganti dengan mengenai. Kata sendi nama terhadap biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. | Tatabahasa | 02.08.2010 |
terangkan asal usul,ciri-ciri,dan fungsi bahasa melayu dengan lebih jelas dan lengkap. | Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian yang rapi serta di luar skop khidmat nasihat bahasa. Sila rujuk makalah/kertas kerja/buku yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat tersebut. | Lain-lain | 27.07.2010 |
Terangkan maksud perkataan berikut dan penggunaannya: a) perkataan taboo (kata larangan) b) pidgin c) kreol d) kolokial e) bahasa rojak | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tabu dalam bahasa Melayu bermaksud 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan?. Bahasa pijin:bahasa yg terdiri drpd campuran unsur dua atau lebih bahasa lain yg digunakan apabila penutur yg berlainan bahasa berkomunikasi antara satu dgn yg lain. Bahasa kolokial: bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku): perkataan kau orang itu adalah frasa ~. Bahasa rojak: bahasa yg bercampur aduk kata-kata yg digunakan oleh penuturnya (mis seketika perkataan Melayu dan seketika perkataan Inggeris). Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. | Makna | 04.07.2010 |
Terangkan penggunaan kata adalah dan ialah | Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah" menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh penggunaan "ialah" i. Anak ialah anugerah Allah ii. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan. Contoh penggunaan "adalah" i. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta. ii. Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hal. 263. | Tatabahasa | 22.02.2010 |
TERANGKAN TENTANG KEINDAHAN BAHASA DALAM PERIBAHASA MELAYU? | Peribahasa merupakan salah satu cabang sastera lama yang tak lapuk di hujan dan tak lekang di panas. Setiap peribahasa terdiri daripada bait-bait kata yang mengandungi makna tersirat yang menggambarkan betapa luasnya renungan, fikiran danpengalaman hidup penyusunnya. Perkara ini memerlukan penelitian dan kajian yang perinci. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku yang berkaitan serta kertas-kertas kerja yang dibentangkan dalam pelbagai seminar. | Lain-lain | 25.03.2009 |
TERANGKAN SEJARAH PERIBAHASA MELAYU? | Sepanjang yang diketahui, peribahasa berasal daripada tiga sumber. Sumber pertama ialah rakyat jelata yang mencipta peribahasa melalui pengalaman hidupnya, sumber kedua ialah orang-orang arif bijaksana, yang mengeluarkan ungkapan kata-kata hasil daripada renungannya, dan sumber ketiga ialah kitab suci. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang peribahasa sila rujuk buku peribahasa, contohnya Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (Abdullah Hussain). | Lain-lain | 25.03.2009 |
Terangkan maksud Masyarakat Majmuk Secara Ringkas. | Majmuk bermaksud sesuatu yg terdiri atau terbentuk drpd beberapa bahagian dsb tetapi merupakan kesatuan. Masyarakat majmuk bermaksud kepelbagaian bangsa, agama, ras, etnik yg membentu suatu komuniti atau masyarakat dalam sesebuah negara. T.kasih. | Lain-lain | 10.09.2008 |