perbezaan-"terdedah kepada' dan 'terdedah pada' | Frasa yang betul ialah terdedah kepada. | Tatabahasa | 30.01.2010 |
Yang mana betul? "Terdedah pada habuk" atau "Terdedah kepada habuk" Terima kasih. | Kata sendi nama yang betul ialah "kepada" (Terdedah kepada habuk) | Tatabahasa | 10.08.2016 |
1)Makna-meragau ikan -terhimbau -conggoh 2)Yang manakah betul 'terdedah kepada' atau 'terdedah pada' | 1. Kata terbitan yang betul ialah terimbau bermaksud terpanggil, perkataan conggoh tidak ada dalam sumber rujukan kami yang ada conggok bermaksud tegak (dengan kepala tidak tunduk), begitu juga perkataan meragau ikan tidak ada dalam sumber rujukan kami, sila hubungi kami semula dan nyatakan konsep serta contoh penggunaannya. 2. Frasa yang betul ialah "terdedah kepada". | Tatabahasa | 28.01.2010 |
Abang Rosdi memastikan anak-anaknya tidak terdedah .......... bahaya dadah apa jawapan yang tepat daripada atau kepada? | Abang Rosdi memastikan anak-anaknya tidak terdedah kepada bahaya dadah. kepada - kata sendi nama di hadapan kata nama yang menyatakan sasaran merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. | Tatabahasa | 27.06.2011 |
makna terbuka | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, terbuka ialah tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan); 3. terkembang, terbentang (layar, payung); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan), tersedia: peluang pekerjaan terbuka luas kepada anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia), terdedah, terbongkar: rahsianya telah terbuka; 6. tidak terhad (tersekat) kepada orang tertentu sahaja. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=terbuka untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 07.03.2013 |
Kanak-kanak yang bermastautin di dalam bandar sentiasa terdedah kepada alam siber dan permainan komputer. ayat ini betul? | Frasa yang gramatis dengan konteks ayat tersebut ialah "di bandar". | Tatabahasa | 04.08.2013 |
Keropok di atas meja itu sudah lemau kerana terdedah kepada udara. pola ayat ialah? FN + KAdjektif atau FKerja? kata' lemau' ialah kata adjektif atau kerja? tq | Encik Yu, Perkataan 'lemau' ialah kata kata adjektif. Oleh itu, pola ayat ialah FN + FA. | Tatabahasa | 14.06.2010 |
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Golongan berpendapatan rendah selalunya (berdaya) hidup dalam kesengsaraan. (b) Beribu-ribu rakyat Malaysia (terdedah) menyaksikan perbarisan pada Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka. (c) Bulan (mengambang) pada hari ke-15 mengikut calendar Cina setiap bulan. (d) Setiap hari, ibu menggunakan (bulan) untuk menanak nasi. (e) Markah peperiksaannya telah (timbul) kerana dia rajin belajar. (f) Sampah-sarap (ditimbul) sebelum dibuang. (g) Sudahlah saya (terbilang) apa yang akan dilakukan oleh Kok Leong. (h) Hidup Man Chong sekeluarga (longgar) sejak kakaknya berkahwin dengan seorang jutawan. (i) Pembalakan yang (longgar) itu telah mengakibatkan pencemaran alam sekitar. | Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula. | Lain-lain | 08.12.2015 |
1. Apakah simpulan bahasa yang sesuai untuk pakaian iaitu menjolok mata atau mencolok mata? 2. Adakah kedua-duanya boleh digunakan untuk maksud perempuan yang menggunakan pakaian yang terdedah? | Menjolok mata antara maksudnya ialah memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya); manakala mencolok mata merupakan kata kiasan yang bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Kedua-dua makna tersebut boleh menjadi jawapan tetapi kita menerima pakai kata kiasan (mencolok mata) untuk menggambarkan perbuatan yang boleh menimbulkan rasa meluat kepada yang melihatnya sebagai jawapan yang paling tepat. | Tatabahasa | 03.08.2012 |
Salam Sejahtera, Bolehkah pihak khidmat nasihat DBP memberikan contoh bagi ayat yang mengandungi kata sendi nama 'kepada' yang merujuk kepada unsur mujarad. Sekian. | Pastikanlah anak-anak anda tidak terdedah kepada bahaya dadah. | Lain-lain | 06.10.2015 |