Assalaamu'alaikum WBT, Tuan, saya ada kemusykilan, mengapa "bergelak ketawa" tidak boleh digunakan sedangkan "bersuka ria" pula boleh? Apa bezanya penggunaan imbuhan ber- dalam kedua-dua perkataan? Saya mohon pencerahan. Salam hormat, terima kasih | Dalam bahasa Melayu, tidak terdapat perkataan "bergelak". Perkataan yang ada ialah "tergelak" dan "gelak ketawa". "Tergelak" ialah kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya. Contoh kata kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek ialah "terjatuh". "tersenyum" dan "terduduk" | Tatabahasa | 28.09.2014 |
apa kah singkatan untuk perkataan pengkalan, pgkl atau pkln? terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, Pengkal ialah kata arkaik (pingkal) yang tidak lagi digunakan dalam bahasa Melayu. Perkataan pingkal daripada dialek Jawa bermaksud tertawa tergelak-gelak. | Makna | 05.09.2008 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada kata kerja "gelak" boleh menerima akhiran "-an" untuk membentuk kata nama "gelakan" dan digunakan seperti dalam ayat ini: "Saya boleh mendengar tepukan dan gelakan para penonton." Terima kasih. | Kata terbitan yang ada daripada kata gelak ialah menggelakkan dan tergelak. | Tatabahasa | 30.01.2015 |
HALO,ASKUM, SY NK TANYA TENTANG MAKSUD AYAT GRAMATIS DLM CERPEN YG SESUAI DENGAN ZAMAN KINI,IAITU=TERKEKEH,SECARA BERKALA,BUNGKAM,DAN SAYA NAK TAHU PERBEZAAN AYAT GRAMATIS DAN DRAMATIS? | Waalaikumusslam wbk. Gramatis dalam cerpen bermaksud ayat yang dibina adalah berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Dalam hal ini ayat yang dibina adalah lebih menarik dibaca atau berseni. Maksud ayat: i. Terkekeh bermaksud ketawa berdekah-dekah, tergelak-gelak, terbahak-bahak. Binaan ayat dengan kata sifat ini dibenarkan dalam cerpen kerana ia jelas dan menarik. ii. Berkala (keluar, terbit, dsb) bermaksud berulang-ulang pada waktu yang tetap (mengikut jangka waktu yang tertentu). iii. Bungkam bermaksud tidak bersuara (bercakap dll), diam. Perbezaan ayat dramatis ialah ayat yang dibina oleh penulis drama mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa dan sifatnya lebih jelas, berseni dan menarik. | Lain-lain | 20.03.2008 |
Salam, saya ada satu persoalan tentang perkataan "senyum". Mohon PRPM beri tunjuk ajar. 1. Dalam bahasa Melayu (BM), wujud atau tidak perkataan ‘bersenyum’? 2. Dalam Kamus Dewan, yang ada cuma ‘tersenyum’. Akan tetapi, dalam korpus PRPM, ‘bersenyum’ didapati ada dalam BM. Jika kedua-dua bentuk ini wujud, apakah perbezaan makna antara ‘ber-‘ dan ‘ter-‘ yang digabungkan dengan ‘senyum’? 3. Adakah ‘senyum’ kata kerja tak transitif tanpa pelengkap? Sekian, terima kasih. | Dalam bahasa Melayu, tidak terdapat perkataan bersenyum. Perkataan yang ada ialah tersenyum yang bermaksud melahirkan senyum. Perkataan 'bersenyum' cuma terdapat dalam pantun Melayu lama. Tidak semua perkataan mempunyai imbuhan 'ter' dan 'ber'. Contoh perkataan lain yang tidak mempunyai imbuhan "ber" tetapi mempunyai imbuhan "ter" ialah tergelak (tidak ada bergelak), tertawa (tidak ada bertawa) dan tergendala (tidak ada bergendala). Tersenyum ialah kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya. Contoh kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek ialah terjatuh dan terduduk. | Ejaan | 16.04.2012 |