1(a). Hasil kraf tangan tersebut termasuklah anyaman daripada daun kelapa dan ukiran. 1(b). Hasil kraf tangan tersebut termasuklah barangan daripada daun kelapa dan ukiran. 2(a). Mereka melihat pelbagai anyaman seperti bakul, sarung ketupat dan burung hiasan. Semuanya diperbuat daripada daun kelapa. 2(b). Mereka melihat pelbagai barangan seperti bakul, sarung ketupat dan burung hiasan. Semuanya diperbuat daripada daun kelapa. Ayat yang mana satu lebih tepat? Terima kasih. | Kesemua contoh ayat adalah betul. Walau bagaimanapun untuk konteks ayat sebegini perkataan anyaman lebih tepat menggantikan barangan. | Tatabahasa | 16.02.2017 |
1.penggunaan antaranya termasuklah 2. 'antaranya termasuk lompat tinggi, lompat jauh, lumba lari dan sebagainya.' ayat ini betul atau salah?^^ | Ayat yang betul ialah antaranya termasuklah ialah lompat tinggi, lompat jauh, lumba lari dan sebagainya | Tatabahasa | 02.06.2016 |
Rangsangan: Terdapat pelbagai medium yang telah digunakan oleh manusia untuk menulis. Antaranya termasuklah batu, daun, kayu dan kulit binatang yang digunakan untuk merakamkan pelbagai peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka. Soalan: Dalam perkataan “antaranya’, -nya merujuk kepada pelbagai medium. Adakah penggunaan -nya ini gramatis? | Penggunaan "nya" dalam contoh tersebut tidak gramatis kerana "nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga. Sepatutnya ayat tersebut ditulis "Antara medium yang telah digunakan oleh manusia untuk menulis termasuklah batu, daun, kayu dan kulit binatang yang digunakan untuk merakamkan pelbagai peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka." | Tatabahasa | 16.04.2012 |
Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Dalam Pembangunan Istilah Sains dan Teknologi | Antara matlamat penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) termasuklah untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi. Oleh itu, dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu termasuklah dalam bidang sains dan teknologi ratusan istilah dibentuk dan disebarkan kepada masyarakat pengguna bahasa. | Tatabahasa | 04.04.2013 |
Adakah berkhatan sakit? | Maklumat tentang berkhatan termasuklah kebaikan berkhatan dan proses berkhatan tidak ada dalam pangkalan data kami. Jika tuan betul-betul berminat untuk mengetahuinya, sila rujuk artikel tentang berkhatan, contoh capaiannya kami paparkan di sini, http://www.hmetro.com.my/node/15981. | Lain-lain | 05.11.2015 |
"Antara guru yang hadir dalam bengkel itu termasuklah guru sejarah, guru kesusasteraan Melayu dan guru bahasa Melayu." Adakah "guru sejarah", "guru kesusasteraan Melayu" dan "guru bahasa Melayu" nama khas dan huruf pertama setiap perkataan perlu menggunakan huruf besar? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah guru Sejarah, guru Bahasa Melayu dan guru Kesusasteraan Melayu. | Ejaan | 15.08.2011 |
Terangkan proses-proses berkhatan. | Maklumat tentang berkhatan termasuklah kebaikan berkhatan dan proses berkhatan tidak ada dalam pangkalan data kami. Jika tuan betul-betul berminat untuk mengetahuinya, sila rujuk artikel tentang berkhatan, contoh capaiannya kami paparkan di sini, http://www.hmetro.com.my/node/15981.
| Lain-lain | 05.11.2015 |
Mengapakah orang Islam berkhatan? | Maklumat tentang berkhatan termasuklah kebaikan berkhatan dan proses berkhatan tidak ada dalam pangkalan data kami. Jika tuan betul-betul berminat untuk mengetahuinya, sila rujuk artikel tentang berkhatan, contoh capaiannya kami paparkan di sini, http://www.hmetro.com.my/node/15981. | Lain-lain | 05.11.2015 |
PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM PEMBANGUNAN ISTILAH SAINS DAN TEKNOLOGI | Antara matlamat penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagaimana yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) termasuklah untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi. Oleh itu, dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu termasuklah dalam bidang sains dan teknologi ratusan istilah dibentuk dan disebarkan kepada masyarakat pengguna bahasa. Untuk maklumat lanjut saudara boleh merujuk buku atau makalah yang berkaiatan dengan tajuk untuk memudahkan saudara menyiapkan tugasan tersebut. Sila layari laman web kami, tuliskan tajuk yang berkaitan dengan tugasan dan klik domain Buku atau Artikel untuk mendapatkan senarai berkenaan. Saudara juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan. | Lain-lain | 11.04.2013 |
Apakah maksud perkataan otai? Selalu sangat saya mendengar orang menyebutnya termasuklah dalam majlis-majlis ilmiah. Terima kasih. | Otai ialah bahasa percakapan yang bermaksud "orang lama" dalam sesuatu bidang. | Tatabahasa | 15.09.2015 |