Dalam penulisan laporan, isu/perkara yang dilaporkan biasanya akan disokong dengan maklumat lanjut dalam jadual. Saya ingin tanya, mana yang betul atau lebih sesuai? 1. Butiran terperinci seperti dalam jadual berikut: 2. Butiran terperinci seperti di jadual berikut: 3. Butiran terperinci seperti di dalam jadual berikut: 4. Butiran terperinci adalah seperti dalam jadual berikut: 5. Butiran terperinci adalah seperti di jadual berikut: 6. Butiran terperinci adalah seperti di dalam jadual berikut: | Jawapan yang sesuai ialah 1. Butiran terperinci seperti dalam jadual berikut: | Tatabahasa | 08.04.2015 |
salam, yang manakah benar " menerangkan secara terperinci" atau " menerangkan dengan terperinci"? | Kedua-dua frasa tersebut betul. | Tatabahasa | 06.03.2012 |
berikan maksud secara terperinci bahasa itu bersifat dinamis? | Maklumat terperinci tentang tajuk "bahasa itu bersifat dinamik" tidak ada dalam pangkalan data kami. Maklumat terperinci hanya diperoleh melalui pembacaan yang banyak dan kajian yang mendalam tentang tajuk tersebut. Bagi membantu saudara mencari maklumat yang diperlukan, beberapa artikel/buku kami cadangkan, iaitu: Bahasa tidak dinamis akan pupus, Johan Jaffar, Utusan Malaysia, 12/08/2004; Fungsi Dinamik Bahasa Melayu, Asiah Idris, Jurnal Dewan Bahasa, Mei 1995 dan Peranan bahasa Melayu dalam pembinaan tamadun tinggi, Abd. Rahman Yaakub, 2004. | Lain-lain | 09.07.2011 |
Soalan terperinci saya - Mengenai istilah penggunaan perkataan TRET iaitu rata-rata pengkaji menggunakan istilah Personaliti TRET atau dalam bahasa inggeris Personality Traits. Justeru, saya memohon jasa baik pihak tuan untuk membantu saya samada perkataan tersebut boleh digunapakai atau tidak. Terima kasih | Perkataan "Traits" dalam bahasa Inggeris boleh diterjemahkan kepada "ciri" dalam bahasa Melayu. | Istilah | 29.08.2019 |
MAKSUD TERPERINCI TENTANG 'TEKANAN KERJA' | Tekanan kerja membawa kesan positif dan juga negatif. Tekanan kerja yang sedikit perlu untuk meningkatkanproduktiviti. Manakala tekanan kerja yang berlebihan boleh mendatangkan kesan negatif. Suasana di tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental termasuklah perhubungan sesama rakan sekerja dan perhubungan dengan majikan. Untuk maksud yang perinci sila rujuk buku/makalah yang berkaitan. | Lain-lain | 20.01.2009 |
Mohon penjelasan terperinci berkenaan ejaan 'kau'. Ketika mana ia perlu dieja jauh/dekat? Lebih baik lagi jika Tuan/Puan dapat jelaskan apa itu perkataan aktif/pasif. | 1. Kata ganti nama diri kedua "kau" (kependekan engkau) dieja dekat atau bersambung dengan kata kerja transitif dalam ayat pasif contohnya, "kauambil, kaumakan. 2. Kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran -kan dan -I. Kata kerja transitif yang wujud dalam ayat pasif pula ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. | Lain-lain | 07.02.2018 |
Apakah maksud terperinci dan perbezaan maksud di antara: 1.Pekeliling Kerajaan (PKPA) 2.Surat Pekeliling Kerajaan 3.Surat edaran 4.garis panduan | Pekeliling kerajaan dan surat pekeliling ialah perkara yang sama, iaitu surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum. Surat edaran ialah surat yang diedarkan untuk pengtahuan umum seperti yang lazimdiedarkan dalam sesebuah organisasi. Garis panduan ialah panduan atau petunjuk-petunjuk yang perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dan sebagainya) yang boleh dijadikan panduan atau pegangan. | Makna | 31.12.2012 |
huraikan secara terperinci apakah yang dimaksudkan dengan drama-drama absurd beserta contoh-contohnya... | Drama absurd secara amnya ialah persembahan sama ada drama atau teater yang menggabungkan antara realiti dan bukan reliti (khayalan), contohnya teater Jangan Bunuh Rama-rama dan Tiang Seri Tegak Berlima. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan. | Makna | 18.01.2011 |
Bolehkah penjelasan terperinci diberikan ke atas maksud Peranakan, Nyonya dan Baba serta sejauh manakah masyarakat Peranakan ini wujud dalam masyarakat majmuk Malaysia? Apakah ciri-ciri khusus yang ada pada masyarakat ini berbanding dengan masyarakat Melayu dan Cina? Maklumat lain yang berkaitan termasuk jika terdapat sebarang artikel yang pernah diterbitkan oleh DBP mengenai masyarakat Peranakan adalah dialu-alukan. | Saudara boleh membuat rujukan melalui Pustaka Digital dalam Laman DBP, atau merujuk makalah tentang perkara ini dalam majalah dan akhbar tempatan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau di perpustakaan awam. | Lain-lain | 19.08.2010 |
Jelaskan secara terperinci perbezaan penggunaan perkataan baru ddan baharu | Baru dan baharu kedua-duanya membawa makna yang sama dan baru serta baharu dianggap varian dalam bahasa Melayu. Untuk lebih mudah difahami kata new diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagai baru dan baharu (cth: edisi baru, edisi baharu), kata just diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai baru (cth: dia baru sampai). | Tatabahasa | 24.05.2010 |