Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.su.rat] | ترسورت

Definisi : 1. telah ditulis, tertulis, tercatat: pembaca tidak tahu akan maksud yg ~ itu; 2. telah ditakdirkan: kalau gerak takdir telah ~, entah hilang anakanda di laut lepas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.su.rat] | ترسورت

Definisi : 1 telah ditulis atau disuratkan; tertulis: Kita hendaklah memahami apa-apa yg ~ dlm surat perjanjian itu. 2 sudah ditakdirkan: Sudah ~ agaknya bahawa engkau akan menjadi pembesar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
surat (kata nama)
Bersinonim dengan warkah, watikah;,
Kata Terbitan : tersurat, persuratan,

Puisi
 

Hari Ahad malam minggu,
     Sayang encik Syawal menganyamlah pagar;
Sudah tersurat ke perut ibu,
     Berjanji awal tidak bertukar.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
makna isi tersirat dan tersurat dalam teks sastera.

tersurat 1. telah ditulis, tertulis, tercatat:

 tersirat 2. ki terkandung atau tersembunyi (di dalam sesuatu):

Berdasarkan makna di atas, dalam sesebuah karya sastera sama ada puisi, cerpen, novel dan drama terdapat isi tersurat dan isi tersirat. Isi tersurat ialah makna yang secara umum dapat difahami oleh semua orang atau pembaca sesebuah karya sastera. Isi tersirat pula makna lain yang mungkin ingin disampaikan oleh pengarang sesebuah karya sastera. Makna tersirat ini perlu dikaji dan diteliti berdasarkan pemikiran yang terdapat dalam sesebuah karya sastera. Contoh karya yang padat dengan isi tersirat ialah puisi kerana sesebuah puisi yang ditulis oleh seseorang penyair biasanya mempunyai makna lain selain makna yang tersurat.  

Lain-lain21.10.2009
apakah maksud tersurat dan tersirat di sebalik slogan 'belia benci dadah'? perlukan jawapan segera..Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada maklumat berkaitan slogan 'Belia benci dadah'. Sila rujuk agensi yang menggunakan slogan tersebut dalam kempen/promosi kegiatan yang dianjurkan.Lain-lain13.02.2011
apakah yang dimaksudkan slogan sebagai mesej yang tersurat dan tersirat?Slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan atau panduan sesuatu pertubuhan, kempen dan sebagainya. Slogan mestilah jelas dan mudah difahami dan lazimnya membawa maksud yang tersurat sahaja.  Makna13.01.2011
pada pandangan pihak DBP, apakah maksud tersurat dan maksud tersirat slogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? perlukan jawapan segera..terima kasih.Slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri kita.  Sila rujuk laman web rasmi YAB Perdana Menteri atau Jabatan Penerangan Malaysia untuk memperoleh maklumat yang berkaitan. Lain-lain13.02.2011
Salam memperjuangkan bahasa tuan DBP. Adakah kata "terasa" dapat digunakan sebagai kata kerja aktif? Hal ini saya curigai kerana pada pengetahuan saya, segala kata kerja yang berawalan ter- yang bermaksud "telah dibuat" itu hanya digunakan dalam ayat pasif sahaja, seperti: (1) Ajaran guru itu tersurat oleh saya dalam buku nota (tersurat - kata kerja pasif = telah disuratkan); (2) Kad pengenalan terlampir oleh saya bersama surat permohonan ini (terlampir oleh saya = telah saya lampirkan). Kedua-dua ayat (1) dan (2) ini ayat pasif kerana penyambut perbuatan "ajaran guru itu" dalam ayat (1) dan "kad pengenalan" dalam ayat (2) dipangkalkan dalam ayat. Pada asalnya, ayat berbentuk (1) telah menyuratkan ajaran guru itu dan (2) telah melampirkan kad pengenalan. Jadi, adakah ayat (3) Saya terasa letih sekali betul? Saya bertanya demikian kerana dalam ayat (3), kata "terasa" digunakan sebagai kata kerja aktif. Saya mengatakan bahawa ayat (3) ayat aktif kerana pelaku "saya" didepankan dalam ayat. Untuk pendapat saya yang lanjut, sila tuan rujuk WordPad terlampir oleh saya.DBP berpegang pada buku Tatabahasa Dewan (Sila rujuk muka surat 170 -174). Sekiranya puan mempunyai pandangan atau pendapat lain tentang jenis kata kerja berawalan "teR-', sila kemukakan  kepada penulis buku tersebut atau kepada pakar bahasa yang lain.Tatabahasa02.12.2016
apakah maksud mahupun? kd edisi4 mengatakan mahupun maksud dia walaupun? Persoalan ialah perkara sampingan di samping tema sama ada tersurat mahupun yang tersirat. penggunaan 'mahupun' dlm ayat di atas betul ke?

Mahupun bermaksud meskipun, walaupun, ataupun. Oleh itu, penggunaan mahupun dalam ayat tersebut betul.

Lain-lain31.05.2010
Saya mahu bertanya dan mahu kepastian. Adakah penulisan "Tetapi" & "Dan" dalam tajuk bab seperti di bawah betul/diterima? Sama Tetapi Tak Serupa Yang Tersurat Dan Yang Tersirat Jika salah, bagaimanakah bentuk penulisannya yang betul dalam tajuk bab? Sekian, terima kasih.Pihak DBP tidak dapat memberikan jawapan kerana kami tidak mengetahui penggunaan konteks ayat tersebut. Sila kemukakan dengan lebih jelas supaya kami dapat memberikan cadangan.Lain-lain24.11.2015
Adakah "tetapi" serta "dan" termasuk dalam kategori kata hubung yang mesti ditulis dalam bentuk huruf kecil apabila digunakan dalam tajuk karangan, bab atau tajuk buku? Contoh; 1) Serupa tetapi Tidak Sama; 2) Yang Tersurat dan Yang TersiratUntuk makluman, "dan" merupakan kata sendi. Sehubungan dengan itu, jika dalam tajuk perlu digunakan huruf kecil. Manakala, tetapi pula ialah kata hubung yang berfungsi menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Ini bermakna jika mengikut hukum tatabahasa yang betul, tetapi tidak boleh digunakan dalam tajuk.Tatabahasa03.12.2015
Apakah maksud denotasi dan konotasi serta perbezaannya?Denotasi ialah makna eksplisit sesuatu perkataan, lwn konotasi; 2. hubungan semantik antara satuan bahasa dgn benda (simbol dll). Konotasi pula ialah asosiasi atau idea yg dimaksud­kan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yg tersurat: erti istilah perlulah tepat dan tidak boleh mempunyai ~ buruk; berkonotasi mempunyai konotasi, ada konotasinya.Tatabahasa04.04.2010
perbezaan antara denotatif dan konotatifDenotatif ialah istilah linguistik yang berkaitan dengan de­no­­­tasi (makna eksplisit sesuatu perkataan), manakala konotatif pula berkaitan dengan atau mempunyai konotasi (asosiasi atau idea yang dimaksud­kan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yang tersurat).Makna11.08.2010
12

Kembali ke atas