Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.te.ra] | ترترا

Definisi : 1. sudah ditera (dicap), tercap, tercatat, tercetak: spt yg ~ dlm rajah 22; 2. tersebut: asal ~ dlm hadis yg sahih, mereka terimalah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.te.ra] | ترترا

Definisi : sudah diterakan atau dicapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tera (kata nama)
Bersinonim dengan cap, mohor, segel, meterai;,
Kata Terbitan : menera, tertera,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera... Saya berasa hairan dan musykil tentang beberapa perkara. Lain yang tertera dalam Kamus Dewan, lain pula yang tertera dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Yang berikut ialah senarai jawapan yang saya terima daripada pihak DBP 1) Memperakui = mengesahkan 2) Memperakukan = menyetujui serta menyokong 3) Memperhamba = memperlakukan sebagai hamba 4) Memperhambakan = menjadikan diri sendiri atau seseorang lain sebagai hamba kepada 5) Menghambakan (diri) = menjadikan hamba 6) Menghambai = mengabdi (kepada) 7) Mempersenjatai = melengkapi dengan senjata 8) Mempersenjatakan = tidak wujud, perkataan yang betul ialah bersenjatakan 9) Menghujani = 1. mendatangkan (melepaskan) dengan banyak-banyak (peluru dan lain-lain) dan 2. mendatangi sesuatu dengan banyak-banyak 10) Menghujankan = 1. menurunkan hujan pada, membasahkan seseorang atau sesuatu dalam hujan dan 2. (maksud kiasan) menjatuhkan atau melepaskan (bom, soalan, dll) banyak-banyak 11) Segala sama maksudnya dengan semua, sekelian, seluruh dan segenap. Namun sekiranya merujuk kepada Tatabahasa Dewan 1) perkataan memperakui dianggap sebagai salah 2) memperakukan ialah certify = mengesahkan mana satu yang betul? Adakah maksud memperkawani ialah berkawan dengan? Adakah istilah memperkawankan wujud? manakah yang harus saya ikuti? Kamus Dewan ataupun Tatabahasa Dewan?Pertanyaan saudara akan kami rujuk kepada panel buku Tatabahasa Dewan. Cadangan kami dalam hal pengajaran, silalah merujuk Tatabahasa Dewan dan Kamus Pelajar kerana Kamus Dewan ialah kamus umum yang merakamkan segala bentuk kata yang terdapat dalam kalangan masyarakat. Kamus Dewan penting untuk mengetahui makna kata yang terakam. Jawapan pertanyaan saudara akan di-e-melkan kepada tuan dengan kadar segera.Tatabahasa04.10.2012
“Sembahyanglah kalian sebelum kalian disembahyangkan”,suatu peringatan tertera di hadapan masjid. munsyi, adakah ayat ini gramatis? pendapat saya ialah “Bersembahyanglah kalian sebelum kalian disembahyangi”,suatu peringatan tertera di hadapan masjid. TQUngkapan "Bersembahyanglah kalian sebelum kalian disembahyangi" adalah gramatis namun ungkapan "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa07.02.2012
Tuan, Ejaan TULEN tertera dalam Kamus Dewan. Cuma saya ingin tahu adakah ejaan tersebut termasuk dalam pola ejaan huruf vokal yang termasuk dalam 18 pola. Kenapa tidak dieja TULIN yang mengikut pola u-i. Terima kasih

Kata 'tulen' berasal daripada bahasa Indonesia. Sama seperti 'perabot', 'tulen' juga terkecuali daripada pola keselarasan vokal dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu.

 

 

Tatabahasa07.04.2011
Apakah maksud 'ketaksiman' sebagaimana tertera di halaman 39 Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga? Perkataan tersebut terkandung dalam ayat yang berbunyi "Kata beliau digunakan dalam sebutan ketaksiman".Perkataan ketaksiman sepatutunya dieja ketakseman, iatu daripada perkataan taksem yang mengikut Kamus Besar bahasa Indonesia bermaksud 1. unit gramatikal terkecil dari seleksi 2. urutan,tekanan,titi nada, modifikasi fonetik. Mohan maaf atas kesilapan menaip.Tatabahasa04.03.2008
Assalamualaikum. Saya keliru tentang definisi perkataan yang tertera antara PRPM dan Kamus Dewan di bawah. Pada pengetahuan saya yang masih cetek ilmu tatabahasa ini, makna perkataan tersebut ada yang membawa maksud positif dan negatif. Harap dapat memberi penjelasan jitu memandangkan definisi daripada PRPM merupakan penjelasan makna yang terkini. Menurut PRPM: APAKAH BEZA PERKATAAN KOLABORASI DAN KOLABORATIF Kolaborasi ialah kata nama yang bermaksud kerjasama dan kolaboratif ialah kata adjektif yang bermaksud usaha sama. (25.11.2015) apakah perbezaan maksud istilah kolaborasi dengan kolaboratif. Perkataan manakah yang paling sesuai digunakan dalam makna kerjasama Kolaborasi ialah kata nama yang bermaksud kerjasama dan kolaboratif ialah kata adjektif yang bermaksud usaha sama.(18.04.2013). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: kolaborasi:- Subahat (kerjasama) dgn musuh atau orang jahat, subahat dlm perbuatan jenayah dsb kolaboratif erat (dr segi kerjasama antara dua pihak ataupun lebih): perhubungan antara kerajaan yg paling ~ sifatnya.Kolaborasi bermaksud subahat (kerjasama) dengan musuh atau orang jahat. Dalam beberapa bidang istilah, seperti Sains Politik, kolaborasi diberi maksud yang setara dengan kerjasama (sebagai varian). Kamus Inggeris Melayu-Dewan juga menakrifkan collaboration kepada dua, iaitu working together dan cooperation with enemy. Oleh sebab maksud kerjasama (working together) juga kini banyak digunakan dalam wacana, kami menerima penggunaan perkataan kolaborasi bagi maksud yang setara dengan kerjasama. Kolaboratif bermaksud erat (dari segi kerjasama antara dua pihak ataupun lebih).  Kolaboratif ialah kata adjektif yang bermaksud usaha sama.Istilah05.03.2016
maaf bertanya, saya dah tersilap buat permohonan... seperti yg tertera pada lampiran, nama syarikat, adalah nama saya. perlu atau tidak untuk saya buat permohonan baru? tolong balas secepat mungkin yea/ terima aksihPada peringkat DBP puan tidak perlu mendapatkan pengesahan sekali lagi kerana tiada perubahan pada visual papan. Namun bergantung kepada PBT yang puan hantar sama ada sijil ini boleh digunakan atau tidak.Lain-lain30.01.2014
Assalam, Saya ingin mendapat khidmat nasihat bagaimana menulis nama syarikat seperti tertera di dalam bahasa jawi: Carigali Hess Operating Company Sdn Bhd Terima kasih.Ejaan Carigali Hess Operating Company Sdn Bhd dalam tulisan Jawi ialah

 چاريݢالي هيس اوڤرتيڠ کمڤني سنديرين برحد

Ejaan23.04.2015
Pihak Tuan , Minta tolong mengesahkan dan MEMBETULKAN Ayat bahasa Melayu yang tertera dalam iklan saya. Saya perlu sertakan kepada MPAJ untuk tujuan pengiklanan Saya perlukan minggu depan hari Khamis,24 APRIL 2014Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama saudara perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain18.04.2014
Salam sejahtera, Sehubungan dengan penjelasan pihak tuan berhubung dengan perkara yang tertera di bawah, yakni "berdasarkan laman ini, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kepada+seseorang , tiada ditulis ayat "belajar kepada seseorang" dan menuntut ilmu kepada seseorang" sebagaimana yang didakwa oleh saudara. Sendi nama yang sesuai untuk ayat tersebut ialah "daripada" --> Belajar daripada seseorang. Menuntu ilmu daripada seseorang" sila rujuki laman ini http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=berguru. Sekian.Penggunaan kata yang betul dalam kedua-dua frasa tersebut ialah daripada, "belajar daripada seseorang" dan "menuntut ilmu daripada seseorang". Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca, manakala kata sendi nama kepada hadir di hadapan kata nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa16.04.2014
salam, bolehkah perkataan "tersergamlah" digunakan dalam ayat? dalam kamus dewan cuma tertera "tersergam" sahaja.Perkataan "tersergamlah" adalah betul dan boleh digunakan. Untuk makluman, kata penegas"-lah" ialah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Partikel "-lah" digunakan untuk menegaskan frasa predikat atau bahagiannya.Tatabahasa14.09.2012
1234567

Kembali ke atas