Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tia.da] | تياد

Definisi : 1. tidak ada: rumah itu berkunci sahaja kerana ~ orang yg mendiaminya; 2. tidak: ~ pernah kudengar; ~ berapa tidak terlalu (banyak, besar, dll); ~ dua hanya satunya, tiada taranya atau ban­dingannya; dgn ~ tanpa; tiadakan tiada akan, tidak akan: jika tuan hamba manusia ~ kata-kata ini keluar drpd mulut tuan hamba; meniada 1. menjadi tidak ada; 2. enggan menurut, mengatakan tidak; meniadakan 1. = mempertiadakan meng-anggap (mengatakan dll) tidak ada atau tidak mungkin, mengingkari, memungkiri: kita tidak boleh ~ atau menganggap sepi masalah-masalah ini; menentang ajaran-ajaran agama Islam samalah spt ~ Tuhan; 2. menjadikan tidak ada, menghapuskan, menghilangkan, meluputkan: sudahlah dgn takdir Allah, yg ada ditiadakan dan yg tiada diadakan; kerana kekurangan guru bebe­rapa mata pelajaran terpaksa ditiadakan tahun ini; 3. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan (kuasanya, haknya, dll); 4. mengabaikan, memperkecil: ~ kebolehan orang lain; peniadaan perihal meniadakan (meng­hapuskan, membatalkan, dll); ketiadaan 1. perihal tidak ada (sesuatu): ~ vitamin yg perlu dlm makanan boleh men­datangkan berbagai-bagai jenis penyakit; sukar bagi ahli-ahli sejarah mengkaji sejarah lama kerana ~ kesan-kesan yg bertulis; 2. perihal tidak mempunyai sesuatu, kepicikan (wang): menghadapi berbagai-bagai kesulitan kerana ~ wang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tia.da] | تياد

Definisi : 1 tidak ada: Bapanya ~ di rumah. Orang itu ~ di sini. 2 tidak: Dia ~ mengerti. meniadakan 1 menganggap atau menyifatkan tidak ada. 2 menjadikan tiada; menghilangkan; menghapuskan. ketiadaan 1 keadaan atau hal tidak ada sesuatu atau seseorang; ~nya membuat kami tertanya-tanya. 2 mengalami atau menderita tiadanya sesuatu; kekurangan: Mereka menanggung berbagai-bagai kesusahan kerana ~ wang. peniadaan perbuatan atau hal meniadakan; penghapusan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiada
Kata Terbitan : meniadakan, peniadaan, ketiadaan,

Puisi
 

Hendak makan pinang tiada,
     Pinang ada di atas meja;
Ke sana tiada di sini tiada,
     Baru kutahu hatiku hampa.


Lihat selanjutnya...(121)
Peribahasa

Ibarat ayam: tiada mengais tiada makan.

Bermaksud :

Sangat miskin.

 

Lihat selanjutnya...(292)

65

Make bricks without straw

Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya.

Seperti hendak menepung tiada berberas

We wanted to shoot the scene in a big mansion that depicted the colonial era, but we were not being given the right props such as old furniture to recreate the air of the past. How could we ever produce a good film? This is a case of make bricks without

Kita hendak merakamkan satu babak di dalam sebuah rumah agam yang menggambarkan zaman penjajah tetapi kami tidak dibekalkan alatan yang sesuai seperti perabot lama untuk menghidupkan kembali suasana zaman silam itu. Bagaimanakah dapat kami hasilkan filem yang baik? Inilah yang dikatakan seperti hendak menepung tiada berberas.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(50)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah peribahasa sinonim bagi peribahasa "tiada ubat yang tiada penawarnya"?Tidak wujud peribahasa "tiada ubat yang tiada penawarnya" peribahasa yang ada ialah  “tiada penyakit yang tiada penawarnya” .Lain-lain08.06.2017
Maaf, saya ingin bertanya mengenai perkataan denggi. Contoh ayat: Tiada Aedes tiada Denggi. Adakah betul ejaan "Aedes" dan "Denggi" di dalam slogan tersebut? Mohon penceraha pihak DBP. Terima kasih.Cadangan jawapan yang betul ialah Tiada aedes tiada denggi. Aedes atau denggi ialah kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil.Ejaan02.09.2020
-TIADATIADALain-lain18.12.2017
TIADA VISUAL IKLAN PAPAN TANDA BERWARNA YANG TELAH DISAHKAN KELULUSAN OLEH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA. SILA MOHON PENGESAHAN BAHASA SECARA DALAM TALIAN (MAKLUM BALAS DARI DBKL). PIHAK KAMI MOHON JASA BAIK PIHAK DBP UNTUK MEMERIKSA, MENGESAHKAN DAN MEMBERI KELULUSAN KEATAS PAPAN TANDA MILIK SYARIKAT KAMI UNTUK PROSES PERMOHONAN ELESEN DBKL

1.    Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

 

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

 

Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. 

 

Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.

Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi 0321479100 atau 0321479200

Lain-lain22.07.2024
Tiada maklumat tesaurus untuk kata durasi tetapi mengapa ada istilah itu digunakan dalam istilah bahasa melayu. mengapa tak selaras untuk setiap produk PRPM? soalan saya, wujud atau tidak istilah Durasi? terima kasih tuan,
Mengikut Kamus Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, "durasi" bermaksud tempoh masa berlangsung sesuatu program, persembahan, filem dan sebagainya. Contoh ayat: "Mulai tahun hadapan, durasi program itu akan ditambah dari 15 minit menjadi setengah jam."
Makna12.07.2022
tiada soalan

Sila kemukakan pertanyaan tuan dengan jelas supaya kami dapat memberikan bantuan.

Lain-lain30.03.2021
Tiada lampiran dalam e-mel pihak tuan/puan. Tq.

Untuk makluman, kesesuaian perkataan kasar dan kesat digunakan berdasarkan maksud konteks ayat yang hendak disampaikan. Jika perkataan kesat dan kasar membawa maksud tidak halus atau tidak licin, kedua-duanya boleh digunakan bersilih ganti. Contoh: Permukaan jalan raya yang kasar atau Permukaan jalan raya yang kesat. Contoh lain: Kulitnya kesat atau Kulitnya kasar. Walau bagaimanapun, jika membawa maksud yang berbeza, tidak boleh digunakan. Contoh: Jahitan tangannya kasar. Perkataan kasar dalam ayat tersebut tidak boleh digantikan dengan perkataan kesat.

Tatabahasa28.03.2019
TIADASila kemuakan soalan tuan dengan jelas.Lain-lain04.12.2017
TIADA TANDINGAN DALAM HARGASoalan/pertanyaan  yang dikemukakan kurang jelas.   Lain-lain23.06.2017
TIADA SOALAN. SEDANG MENDAFTAR.MaklumLain-lain28.05.2017
12345678910...

Kembali ke atas