Apakah maksud istilah "ditandatangan timbal" dari sudut bahasa? Saya merujuk ayat dalam perkara (v) Perintah Am Bab F- "Panel Doktor" bermakna seseorang doktor prevet yang diluluskan oleh Kerajaan untuk menjadi ahli Panel Doktor bagi tujuan mengeluarkan Sijil Sakit (seperti yang ditafsirkan dalam Bab C) yang tidak perlu ditandatangan timbal oleh seseorang pegawai perubatan sebelum boleh diterima oleh Ketua Jabatan. Dalam Akta 278 dan Akta A735 (kedua-dua akta telah jumud) istilah "ditandatangan timbal" telah diterjemahkan sebagai "countersigned" dalam Bahasa Inggeris. Mohon penjelasan lanjut. | Dalam Kamus Pelajar, perkataan timbal;bertimbal bermaksud dari kedua-dua belah pihak; saling (melakukan sesuatu). Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, countersigned diterjemahkan sebagai ditandatangani balas. Tuan boleh rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=countersign&d=69812&#LIHATSINI. | Makna | 16.01.2019 |
Apa maksudnya "timbal balik" dan "transparensi ilmu" dalam pembentuk istilah? | Dalam Pedoman Pembentukan Istilah Bahasa Melayu terbitan DBP, tidak terdapat istilah "timbal balik" dan "transparensi ilmu". Sila rujuk pedoman tersebut atau hubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi DBP mendapatkan maklumat lanjut. | Istilah | 02.01.2017 |
perkataan timbal balik adakah satu perkataan atau dua perkataan. jika diletakkan imbuhan me...bagaimanakah ejaannya.. jika diletakkan imbuhan di... bagaimanakah ejaannya | Perkataan timbal balik ditulis dalam dua perkataan. Dengan imbuhan me..., menjadi menimbal balik manakala dengan imbuhan di... menjadi ditimbal balik. | Ejaan | 24.11.2008 |
Bolehkah rangkai kata "reciprocal arrangement" digantikan dengan rangkai kata "perkiraan timbal balik"? Rangkai kata di atas digunakan dalam konteks cukai di mana dua orang akan membuat peraturan yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Sekian, terima kasih. | Rangkai kata perkiraan timbal balik boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu bagi rangkai kata reciprocal arrangement dalam bahasa Inggeris. | Istilah | 18.11.2008 |
Apakah istilah sesuai bagi "cross practice" seperti dalam konteks berikut: "Cross practice of medicine where a homeopath or an ayurved practitioner uses allopathic drug and vice versa." Terima kasih. | Istilah cross practice masih belum ada dalam pangkalan data kami, terjemahan yang sesuai bagi konteks ayat yang diberikan Kaedah latihan perubatan bagi ahli homeopati atau pengamal Ayurveda adalah dengan menggunakan kaedah timbal balas dan alopati. Terima kasih | Istilah | 14.10.2018 |
Assalamualaikum tuan, Pertanyaan saya ialah : 1. Apakah maksud rangkai kata MENYITA KETIRISAN dan mohon tuan berikan satu contoh ayat tentangnya. 2. Apakah makna kata KOLERASI? Mohon tuan berikan contoh ayat. TERIMA KASIH. | Ketirisan bermaksud kebocoran seperti ketirisan atap rumah, ketirisan rahsia. Namun rangkai kata menyita ketirisan tidak sesuai digandingkan kerana menyita bermaksud merampas (mengambil/menahan). Perkataan kolerasi tiada dlm sumber yang ada korelasi bermaksud hubungan atau kaitan secara timbal balik, hubung kait. | Makna | 24.07.2007 |
Merujuk kepada maklum balas pihak tuan bertarikh 4 Oktober 2017, bersama-sama ini disertakan cadangan dalam Bahasa Melayu bagi istilah Bahasa Inggeris yang berikut untuk perhatian tuan selanjutnya. i) suppressor variable : pemboleh ubah penekan (dalam konteks statistik, pemboleh ubah ini berfungsi untuk menekan (suppress) varians yang tidak berkaitan dalam pemboleh ubah tidak bersandar. Hasilnya, suatu perhubungan sifar atau menghampiri sifar dapat dilihat antara pemboleh ubah penekan dengan pemboleh ubah bersandar. Selain itu, pemboleh ubah penekan turut mempunyai hubungan linear dengan satu atau lebih pemboleh ubah tidak bersandar. Pemboleh ubah penekan ini turut tergolong dalam kelompok pemboleh ubah tidak bersandar dalam model regresi linear pelbagai. ii) reciprocal suppression : tekanan timbal-balik iii) inconsistent mediation : pengantaraan tidak konsisten iv) bias-corrected confidence interval : selang keyakinan pesongan-dibetulkan v) negative suppression: tekanan negatif Adalah diharapkan agar pihak tuan dapat membantu dalam terjemahan istilah tersebut. Bantuan dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. | Disampaikan maklumat yang dilampirkan untuk makluman dan perhatian tuan selanjutnya. Terima kasih. | Istilah | 06.10.2017 |
Apakah proses pembentukan istilah 'muat naik' dan 'muat turun' dalam bahasa Melayu untuk padanan upload dan download? | ntuk makluman, pembakuan bahasa Melayu bermaksud prosespenyeragaman sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Prosespembentukan kata atau pinjaman ini dibuat mengikut rumus yang ada dalam tatabahasa bahasa Melayu dan pedoman pembentukan istilah. Salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu adalah melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah behasa Melayu bermakna mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Kaedah ini digunakan apabila; 1. Istilahasing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik antara istilah asing dengan istilahMelayu dalam konteks keperluan pemindahan ilmu pengetahuan. 2. Istilahasing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca Malaysia kerana memberi ciri transparensi teks. 3. Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya. 4. Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.10.2018 |
Adakah benar tokoh bahasa Melayu hari ini telah banyak menginggeriskan bahasa Melayu dan banyak mengambil perkataan serta istilah saduran dan pinjaman dalam bahasa Inggeris. Benarkah bagi apa-apa perkataan atau istilah saduran dan pinjaman daripada bahasa Inggeris yang ada akhiran ''tion'' maka perkataan atau istilah yang dimelayukan akan berakhiran dengan ''si''. Mengapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan bahasa Melayu itu sendiri banyak dan kaya dengan perkataan, istilah,perbendaharaan kata serta kosa kata yang boleh dipilih, direka, diperbaharui dan digubal.Saya sebagai dan selaku pencinta bahasa Melayu sungguh kecewa dan mohon penjelasan yang sewajarnya dari pihak DBP.Perkara sebegini perlu dipandang sungguh-sungguh oleh tokoh-tokoh bahasa yang bijak pandai lagi dihormati. Saya juga mohon supaya mengurangkan perkataan, kosa kata serta istilah saduran dan pinjaman bahasa Inggeris dan Eropah. Pada pandangan saya, bahasa Melayu akan lebih berdiri megah dengan perkataan , kosa kata, perbendaharaan kata dan istilahnya sendiri tanpa banyak pinjaman. Masyarakat juga lebih memahami serta dapat mengerti dalam melontarkan dan mengucapkan kata-kata. | Untuk makluman, salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu adalah melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah behasa Melayu bermakna mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Kaedah ini digunakan apabila; 1. Istilah asing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik antara istilah asing dengan istilah Melayu dalam konteks keperluan pemindahan ilmu pengetahuan. 2. Istilah asing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca Malaysia kerana memberi ciri transparensi teks. 3. Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya. 4. Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya. 5. Istilah asing yang akan diserap lebih sesuai dan tepat kerana tidak mengandungi konotasi buruk. Akiran "-tion" pada istilah bahasa Inggeris boleh dipadankan menjadi "-si" dan "-syen". Contohnya: tradition- tradisi, variation - variasi, convention - konvensyen, convocation - konvokesyen. Untuk maklumat lanjut tentang perkara di atas, sila rujuk buku "Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Edisi Baharu" terbitan DBP. | Istilah | 20.01.2014 |
Saya menggunakan telefon pintar dengan sistem Android 2.3 Merujuk kpd kenyataan di dalam akaun Facebook rasmi DBP di alamat versi telefon: https://m.facebook.com/photo.php?fbid=636992936371678&id=109573169113660&set=a.110964238974553.11894.109573169113660&_rdr#637101786360793 bolehkah jelaskan mengapa: - 'analisa' salah tetapi 'analisis' betul? bukankah 'analisa' ialah kata kerja manakala 'analisis' ialah kata nama? - 'silaturrahim' salah tetapi 'silaturahim' betul? perkataan tersebut dipinjam dari perkataan bahasa Arab dengan saddah/ "rr" bukan? Hilang keaslian bahasa & salah ?? - 'kuey teow' salah manakala 'kuetiau' betul? bukankah 'kuey teow' lebih senang difahami berbanding dieja 'kuetiau'?? - 'catit' salah manakala 'catat' betul? bukankah 'catit' ialah perkataan di dalam dialek tertentu yang sepatutnya diterima? perkataan lain seperti perkataan 'gerek' patut diterima juga. jenuh nak ingat perkataan lama dan baru, saya jadi semakin keliru dengan DBP sekarang... lagi satu, perkataan 'selfie' diterima ke dalam bahasa Inggeris, saya cadangkan DBP fikirkan perkataan bahasa Malaysia untuk istilah ini secepat mungkin, takkanlah nak pinjam dari bahasa Inggeris juga, bukan? Saya cadangkan 'gamdiri' daripada 'gambar sendiri' | Untuk makluman, pembakuan bahasa Melayu bermaksud proses penyeragaman sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Proses pembentukan kata atau pinjaman ini dibuat mengikut rumus yang ada dalam tatabahasa bahasa Melayu dan pedoman pembentukan istilah. Salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu adalah melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah behasa Melayu bermakna mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Kaedah ini digunakan apabila; 1. Istilah asing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik antara istilah asing dengan istilah Melayu dalam konteks keperluan pemindahan ilmu pengetahuan. 2. Istilah asing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca Malaysia kerana memberi ciri transparensi teks. 3. Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya. 4. Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya. Untuk makluman tuan juga, ejaan kata pinjaman bahasa Arab yang tidak ada dalam bahasa Melayu disesuaikan bentuk visualnya dalam bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, ejaan yang betul ialah analisis, catat, silaturahim dan kuetiau. Perkataan gerek membawa beberapa makna, sila klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=gerek. Melalui carian di internet perkataan selfie hanya ditemukan dalam Kamus Oxford versi dalam talian. Perkataan selfie belum ada dalam data kami, oleh itu penggunaannya dalam tulisan perlu diitalikkan. | Tatabahasa | 17.04.2014 |