Assalam wbt & salam sejahtera tuan / puan, Mohon pencerahan, adakah ayat "tindak / maklum balas" digunakan atau perlu "tindak balas / maklum balas?" Misalnya penggunaan ayat: "Sekian, semoga mendapat tindak / maklum balas" atau "Sekian, semoga mendapat tindak balas / maklum balas"? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, maklum balas bermaksud maklumat yang diterima kembali sebagai menjawab pertanyaan (soal selidik dan sebagainya atau sebagai reaksi dan sebagainya sesuatu tindakan). Tindak balas pula bermaksud tindakan yang diakibatkan oleh suatu tindakan lain. | Tatabahasa | 29.11.2017 |
interaksi | Menurut Kamus Dewan perkataan interaksi ialah tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak: kaunseling ialah satu proses yg melibatkan ~ antara seorang kaunselor dgn kliennya; komunikasi massa sering diertikan sbg proses perhubungan atau ~ antara individu dlm sesuatu kelompok masyarakat; | Lain-lain | 05.08.2007 |
harap anak-anak sekalian jangan bermain di sini , ada kesalahan tak ?tq | Kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan hadir sekali sahaja dalam suatu ayat, seperti Jangan buang sampah di sini dan Harap jelaskan hutangmu secepat mungkin. Ayat tersebut boleh dibetulkan menjadi Harap anak-anak sekalian tidak bermain di sini atau Jangan bermain di sini. | Tatabahasa | 06.07.2012 |
ejaan agen /ejen? | Kedua-dua ejaan betul tetapi membawa maksud yang berlainan. Agen bermaksud sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas dan ejen bermaksud orang (syarikat dsb) yang menjalankan perniagaan untuk orang lain. | Makna | 24.06.2011 |
bolehkan saya dapatkan informasi tentang penggunaan 'tolong' dan 'sila'. | Kata tolong dan sila tergolong dalam kumpulan kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan,larangan,silaan, atau permintaan. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 256. | Tatabahasa | 21.03.2008 |
Saya ingin membuat semakan bagi perkara-perkara berikut: 1. Ejaan maklumbalas atau maklum balas soal selidik 2. istilah faculty developer dan antecedent dalam Bahasa Malaysia 3. ejaan tindakbalas atau tindak balas | 1. Ejaan yang betul ialah maklum balas. 2. Sila nyatakan dalam bidang apa dan konteks penggunaan istilah ini dengan lebih terperinci bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam mencari padanannya dalam bahasa Melayu. 3. Ejaan yang betul ialah tindak balas | Istilah | 20.03.2010 |
1.Apakah perbezaan antara 'tolong' dan 'sila'? 2.Apakah perbezaan antara ' harap' dan ' sila'? Terima kasih | Kata tolong, sila dan harap tergolong dalam kumpulan kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan,larangan,silaan, atau permintaan. Tidak ada tingkat penggunaan stiap kata tersebut, tetapi kelazimannya untuk berlembut dalam perintah atau arahan perkataan sila yang digunakan. Untuk maklumat lanjut, rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 256. | Tatabahasa | 18.04.2012 |
Why is there a whooshing sound when you place a cup over your ear? apakah perkataan whooshing dalam bahasa melayu | Tiada terjemahan bagi perkataan whooshing. Whoosing itu sendiri bermaksud tindak balas kita untuk menekankan suatu perkara atau tindakan spontan apabila kita berhadapan dgn sesuatu perkara. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.12.2017 |
Apakah perbezaan penggunaan "Sila" dan "Tolong"? Terima kasih. | Kata tolong dan sila tergolong dalam kumpulan kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan, atau permintaan. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 256. | Tatabahasa | 19.05.2010 |
Salam, saya ingin meminta pencerahan tentang perkataan 'riak'. 'Riak' mempunyai banyak maksud. Namun, saya keliru untuk mengambil makna yang mana satu di antara banyak makna tersebut. Saya lihat hampir kesemua maknanya bersangkutan dengan gerakan/reaksi/tindak balas sesuatu. Tiada satu pun yang merujuk perasaan diri. 'Riak' yang saya maksudkan ialah sifat yang angkuh, sombong, bongkak dan bangga diri. Sekian, terima kasih. | Wa alaikumussalam. Riak yang puan maksudkan itu ialah perkataan riyak yang berasal daripada bahasa Arab. Sila lihat maksud riyak dalam Kamus Dewan Edisi Keempat hlm. 1337. | Makna | 11.09.2014 |