Sikap saling tolong-menolong....betulkah? Atau saling menolong?? | Frasa yang betul ialah ‘tolong-menolong’ atau ‘saling menolong’. ‘Tolong-menolong’ ialah perbuatan bersalingan, maka tidak perlu lagi perkataan saling. | Tatabahasa | 13.05.2014 |
apakah perbezaan antara tolong-bertolong, tolong-menolong, bertolong-tolong dengan bertolong-tolongan? | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan tolong-bertolong, tolong-menolong, bertolong-tolong dan bertolong-tolongan mempunyai maksud yang sama, iaitu saling menolong (memberikan bantuan dalam bentuk tenaga, wang, kepakaran dan sebagainya). | Lain-lain | 02.10.2021 |
Salam. Ingin bertanya, adakah perkataan “saling” tidak boleh digunakan bersama “tolong-menolong” ? | Saling bermaksud sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh dua pihak secara berbalas-balasan. Oleh itu, frasa yang betul ialah "tolong-menolong" atau "saling menolong" | Tatabahasa | 13.07.2023 |
Apakah perbezaan antara tolong-bertolong, tolong-menolong, bertolong-tolong dengan bertolong-tolongan dari segi penggunaan?Contoh:Kita seyogianya bertolong-tolongan supaya kemelut ini dapat ditangani.Ayat ini betul? | Ayat di atas betul. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan tolong-bertolong, tolong-menolong, bertolong-tolong dan bertolong-tolongan mempunyai maksud yang sama, iaitu saling menolong (memberikan bantuan dalam bentuk tenaga, wang, kepakaran dan sebagainya). Oleh itu, perkataan-perkataan ini boleh digunakan mengikut konteks ayat yang bersesuaian dengan maknanya. | Makna | 04.10.2021 |
Cara menulis persoalan dalam sastera. Adakah selepas perkataan persoalan dimulakan dengan kata nama/ kata terbitan. Contoh, persoalan kegigihan bekerja. Kegigihan ialah kata nama terbitan. Boleh tidak selepas persoalan dimulakan dengan kata kerja atau kata tugas. Contoh, persoalan tolong-menolong dalam masyarakat. Tolong-menolong ialah kata kerja. Persoalan tidak menghargai masa. Tidak ialah kata nafi. | Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Mohon berikan soalan yang lebih mudah difahami supaya pihak kami boleh memberikan bantuan. Walau bagaimanapun, berikut diberikan contoh ayat yang tepat berkenaan penggunaan perkataan persoalan yang bermaksud sesuatu yang dipersoalkan atau masalah. Contoh dalam ayat: Semakin hari "persoalan" wanita semakan menjadi bertambah menarik. | Tatabahasa | 03.05.2020 |
Kalian mestilah sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain, kerana hubungan adik-beradik seperti walaupun berbeza pangkat dan darjat. Apakah peribahasa yang sesuai? Bagai aur dengan tebing atau aur dicencang tiada putus? | Cadangan jawapan yang sesuai ialah "Air dicencang tiada putus" yang membawa maksud dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan. | Lain-lain | 07.12.2021 |
Selamat petang, cikgu. Nak tanya apakah perbezaan antara empat perkataan ini? 1tolong-bertolong 2tolong-menolong 3bertolong-tolong 4bertolong-tolongan | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan tolong-bertolong, tolong-menolong, bertolong-tolong dan bertolong-tolongan mempunyai maksud yang sama, iaitu saling menolong (memberikan bantuan dalam bentuk tenaga, wang, kepakaran dan sebagainya). Oleh itu, perkataan-perkataan ini boleh digunakan mengikut konteks ayat yang bersesuaian dengan maknanya. | Makna | 04.10.2021 |
Penyemakan bahasa atau ejaan yang betul. 1. Khairul mendermakan organisasi kebajikkan itu. 2. Imran menikmati goreng pisang di waktu petang. 3. Pelbagai isu-isu penduduk telah mereka bincangkan. 4. Maryam memperolehi markah tertinggi sekali dalam kelas tersebut. 5. Kerja-kerja pedalaman parit telah dilaksanakan oleh saya atas arahan ayah. 6. Telor rebus itu dimakan oleh saya. 7. Penduduk Kampung Sentosa saling tolong-menolong dalam program gotong royong. 8. Permohonan kemasukkan pelajar ke sekolah tersebut boleh dilakukan secara atas talian. 9. Para pengundi-pengundi telah bersedia mengundi pada pilihanraya yang akan datang. 10. Kapal mewah milik jutawan itu baharu bergerak menuju Selat Melaka. | 1. Khairul memberikan derma kepada organisasi kebajikan itu. 2. Imran menikmati pisang goreng pada waktu petang. 3. Pelbagai isu berkaitan penduduk telah mereka bincangkan. 4. Maryam memperoleh markah tertinggi dalam kelas tersebut. 5. Kerja-kerja pendalaman parit telah saya laksanakan atas arahan ayah. 6. Telur rebus itu saya makan. 7. Penduduk Kampung Sentosa saling tolong-menolong dalam program gotong-royong. 8. Permohonan kemasukan pelajar ke sekolah tersebut boleh dilakukan secara dalam talian. 9. Para pengundi telah bersedia untuk mengundi pada pilihan raya yang akan datang. 10. Kapal mewah milik jutawan itu baharu bergerak menuju ke Selat Melaka. | Tatabahasa | 27.07.2021 |
Salam. 1. Adakah "sesuatu" dan "seseorang" juga tergolong dalam ka5a ganda separa? 2. Adakah kata ganda separa hanya merujuk kepada kata nama sahaja? TERIMA KASIH. | Perkataan "sesuatu" dan "seseorang" tidak tergolong dalam kata ganda separa. Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan. Selain penggandaan separa kata tunggal yang lazimnya merupakan kata nama seperti: laki --> lelaki pohon --> pepohon ada juga pengganda separa daripada kata berimbuhan yang terdiri daripada kata kerja: berlari-lari dimarah-marah mencari-cari tolong-menolong Untuk mendapatkan maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 77 dan 137. | Tatabahasa | 07.04.2015 |
ibarat melukut di tepi gantang ialah peribahasa atau simile? peribahasa seperti aur dengan tebing hanya boleh digunakan utk hub kekeluargaan sahaja ke? cth :Dengan bekerjasama bagai aur dengan tebing antara polis dan masyarakat, kemalangan dapat dikurangkan. betul ke? | Peribahasa seperti aur dengan tebing bukan sahaja untuk hubungan kekeluargaan tetapi boleh digunakan seperti contoh yang diberikan, iaitu yang membawa maksud sikap tolong-menolong antara satu sama lain. Seperti melukut di tepi gantang ialah peribahasa dan yang lengkapnya "Seperti melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi', bermaksud tidak berharga dalam masyarakat; tidak dapat menolong dan sebagainya. | Lain-lain | 25.03.2010 |