| Salam sejahtera. Adakah terdapat terjemahan khusus bagi istilah 'Trigger Warning'? | Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: trigger warning - amaran cetus; amaran pencetus Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu | Lain-lain | 23.08.2021 |
| Bagaimanakah dapat kita ungkapkan 'triggered' dalam Bahasa Melayu, lingo yang bermaksud 'menjadi marah'? Contoh ayat: "Relax, why so triggered?" | Mengikut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan "trigger" membawa maksud "mencetuskan". Perkataan ini boleh digunakan mengikut konteks dan situasi yang sesuai, salah satunya ialah "menjadi marah". | Tatabahasa | 11.01.2019 |
| 1) Dia membatalkan hasratnya untuk menunaikan 'Solat Subuh' atau 'solat Subuh' di masjid. 2) Saya ingin bertanya makna 'triggered' bagi dua konteks ayat ini. "Abang ingatkan adik 'triggered' pasal Mak Long dera kita dulu" dan "Adik dah lama lupa tentang Mak Long melainkan tiba-tiba adik kena pukul balik. Tu mungkin boleh jadi PTSD adik 'triggered' semula.” | 1. Waktu solat merupakan kata nama am dan dieja dengan huruf kecil sekiranya bukan pada permulaan ayat. Contohnya solat subuh, solat zuhur, solat asar, solat maghrib dan solat isyak. 2. Mengikut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan "trigger" membawa maksud "mencetuskan". Perkataan ini boleh digunakan mengikut konteks dan situasi yang sesuai, salah satunya ialah "menjadi marah". | Tatabahasa | 08.12.2020 |