Apakah istilah yang tepat bagi Bahasa Melayu untuk perkataan trip? Saya sudah merujuk Kamus Dewan dan trip dinyatakan sbg trip juga atau perjalanan. Bukankah lawatan lebih tepat? Terima kasih. | Istilah bahasa Melayu untuk trip ialah perjalanan. Lawatan ialah padanan istilah bahasa Melayu untuk tour, travel dan visit. | Istilah | 02.07.2011 |
Apakah terjemahan terbaik bagi 'business trip' atau working trip ? Semakan di DBP hanya memberi terjemahan untuk perkataan tersebut secara berasingan. Logiknya terjemahannya adalah "Perjalanan Perniagaan" atau "Perjalanan bekerja" Bolehkah kita samakan ia dengan "business visit" iaitu "lawatan bekerja"? | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "business trip" atau "working trip". Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah lawatan kerja. | Istilah | 04.04.2013 |
Apakah erti "road trip" dalam bahasa Melayu? Sekiranya saya menggunakan padanan "perjalanan", maknanya seperti tidak tepat terutamanya dalam konteks "We are going on a road trip". Harap saudara dapat membantu. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "road trip' ialah kembara jalan raya. | Istilah | 23.08.2016 |
Apakah istilah yang paling tepat untuk terjemahan 'trip making research' dalam bahasa melayu? Adakah 'kajian pembuatan perjalanan' menepati terjemahan tersebut? (Untuk makluman tuan, kajian 'trip making' adalah perbuatan melakukan perjalanan atau membincangkan tentang bagaimana individu membuat rutin perjalanan mereka setiap hari (tempat kerja, sekolah, membeli-belah dsbnya). Terima kasih. | Belum ada istilah lagi untuk "trip making research". "Kajian pembuatan perjalanan" tidak berapa sesuai kerana gabungan "pembuatan" dengan kata kerja "perjalanan" tidak gramatis. Kami cadangkan beberapa padanan yang mungkin sesuai: - kajian perjalanan - kajian rutin perjalanan - kajian kaedah perjalanan - kajian pengurusan perjalanan | Istilah | 25.04.2014 |
"Salam DBP. Apakah terjemahanyang paling tepat untuk 'trip making'?" | Kami mencadangkan frasa "trip making" diterjemahkan kepada "merancang perjalanan". | Penyemakan dan penterjemahan | 22.04.2014 |
Apakah maksud yang sesuai bagi "Road Trip"? | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "road trip' ialah kembara jalan raya. | Makna | 08.11.2016 |
Search for one way or return flights below or click here for multiple destinations: Please be aware that you have rejoined the sita pts booking engine out of sequence when we where expecting payment to be completed. Please finish entering details on the payment pages, or phone our helpdesk on "callcentre number" quoting the reference number ITD00001069. Error: Original fare was no longer available please check new price Either a home, work or mobile telephone number must be present Comments Net Search for point to point flights below by filling as many rows as you require. Click here for the standard requirements page Search for flights to build your own trip (availability led) Forgotten Password If you have forgotten your password, please key-in the information requested below to receive a reminder by email. Please key-in either your user name or the email address that you registered with and click send. | Pihak kami hanya menyediakan perkhidmatan menyemak teks terjemahan, dan bukannya menterjemah teks daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Malaysia. | Lain-lain | 20.11.2007 |