Says terjumpa rangkaian kata 'bidang tujahan pertahanan dan keselamatan' dalam majalah Dewan Masyarakat edisi Julai 2015 di muka Surat 11. Setelah merujuk kamus dewan saya dapati ada ketidaksesuaian penggunaan perkataan ' tujahan'. Apakah sebenarnya maksud perkataan ini? Terima kasih. | Bidang tujahan ialah bidang kepakaran utama atau bidang pengkhususan. Kata bahasa Inggeris yang sama erti ialah "niche" atau dalam konteks semasa selalu dituliskan sebagai "niche area". | Penyemakan dan penterjemahan | 14.07.2015 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai daftar kata berikut untuk diterjemahkan ke dalam Bahawa Malaysia: 1. Managerialist contoh ayat: Selain itu, perdebatan tentang pengurusan kes secara amnya dalam bidang kerja sosial berpegang kepada ideologi managerialist 2. Sanction Contoh Ayat: Rajah 2.6. menerangkan Model Praktis Profesion Kerja Sosial. Siporin (1975) mendefinisikan praktis kerja sosial sebagai kumpulan nilai, tujuan, persetujuan(sanction), pengetahuan dan kaedah. 3. Burnout Contoh Ayat: Pekerja kes kanak-kanak memang mengalami tekanan dan burnout akibat pertambahan kes kanak-kanak berdasarkan hasil kajian penyelidik terdahulu 4. Deinstitutionalize 5. Residual Approach 6. Egalitarian 7. Niche Sekian, terima kasih atas kerjasama dan bantuan. SOPIAN 0194892464 | Cadangan terjemahan kami adalah seperti yang berikut: 1. managerialist - tatacara pengurusan. 2. sanction - isbat. 3. burnout - tekanan luar biasa. 4. Deinstitutionalize - pembebasan. 5. residual approach - *konsep perkataan ini tidak dijelaskan. Cadangan umum kami ialah pendekatan sisa/baki. 6. egalitarian - egalitarian. 7. niche - tujahan. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.11.2015 |