Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt mengusik(-usik): I ~ted him about the way he talked, saya mengusiknya ttg cara dia bercakap. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n (colloq) stupid person, (orang yg) bodoh; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata twit


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Mengenai terjemahan perkataan "retweet" kepada bahasa Melayu, adakah istilah "ulang kicau" diterima pakai?Menurut data kami, padanan yang sesuai ialah twit semula.Lain-lain12.05.2019
Salam Merdeka, 1. Terjemahan 'Tweet Up Merdeka' dalam bahasa Melayu, apa? 2. Terjemahan 'flyover' dalam bahasa Melayu, apa? Terima kasih.1. Untuk makluman puan, belum ada istilah khusus untuk "Tweet Up". Walau bagaimanapun, dalam konteks frasa yang diberikan, cadangan kami ialah Jom Twit Merdeka atau Ayuh Twit Merdeka

2. Istilah bahasa Melayu untuk "flyover" ialah jejambat.
Istilah04.09.2012
Apakah maksud bagi perkataan "retweet" dalam konteks penulisan am.Tuan/puan boleh mencari maksud “retweet” dalam kamus bahasa Inggeris (Oxford, Collins, dan lain-lain). Padanan bahasa Melayu untuk retweet ialah twit semula.  Istilah13.02.2019
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk 1. "Facebook post"(noun/kata nama) 2. Tweet(noun/kata nama) 3. Tweet(verb/kata kerja) 4. facebook highlights(noun/kata nama) 5. instagram story (noun/kata nama)Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah Facebook post ialah hantaran Facebook, tweet
ialah twit, tweeting ialah mentwit, Facebook highlights ialah sorotan Facebook dan Instagram story ialah cerita Instagram. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah03.09.2022
Adakah terdapat istilah 'ciapan'? Kerana rujukan kepada akhbar dan artikel memetik perkataan ciapan yang membawa erti 'posting' di media sosial. Adapun dapatan lain bagi maksud 'posting' dapat dilihat hantaran media sosial. Terima kasih.

Perkataan “ciapan” bermaksud bunyi yang dikeluarkan oleh anak ayam, burung dan sebagainya. (Kamus Dewan Perdana). Perkataan yang merujuk kepada posting di media sosial ialah “hantaran” atau “twit” (khusus untuk aplikasi Twitter).

Lain-lain04.10.2022

Kembali ke atas