Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt mengemaskinikan: it’s time to ~ our working methods, sudah tiba masanya utk mengemaskinikan cara kerja kita; all the machinery needs to be ~d, kesemua mesin itu perlu dikemaskinikan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. act, instance of updating, pengemaskinian: our whole computer system needs an ~, keseluruhan sistem komputer kita perlu pengemaskinian; 2. report giving latest information etc, laporan kemas kini: we are preparing an ~ on last year’s figures, kami sedang menyediakan laporan kemas kini ttg perangkaan tahun lepas; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata update


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat petang. Saya mempunyai beberapa soalan yang hendak ditanya. 1) Bagaimanakah cara untuk menterjemah frasa 'a falling stone' ke dalam Bahasa Melayu? 'Batu yang berjatuh'? 2) Apakah perkataan yang seerti dengan perkataan bahasa Inggeris 'update' dan 'update' dalam konteks-konteks seperti: * I need to update the firmware. * I need to upgrade my hardware. 3) Apakah perbezaan 'penukaran' dengan 'pertukaran'? 4) "Meja ini diperbuat daripada kayu" atau "Meja ini dibuat daripada kayu"? 5) Apakah nama rasmi bahasa kebangsaan kita untuk kegunaan formal? 'Bahasa Melayu' atau 'Bahasa Malaysia'? Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan saya ini. Saya benar-benar menghargainya."1. Batu yang jatuh 2. update - kemas kini 3. Berdasrkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pertukaran bermaksud perihal bertukar (mempertukar­kan), pergantian, perubahan, perbuatan, dsb bertukar-tukar (pendapat dsb). Penukaran bermaksud perihal menukarkan (mengu­bah­kan, memindahkan, menggantikan, dll), pemindahan, penggantian, pengubahan 4. Kedua-dua ayat adalah betul. 5. Nama rasmi bahasa kebangsaan kita ialah bahasa Melayu.Makna16.07.2013
TERJEMAHAN Bidang: Teknologi Maklumat Perkataan Inggeris: Update Terjemahan asas: kemas kini S1: Jika padanan kata kerja untuk "to update" ialah "mengemaskinikan", "dikemaskinikan", atau "dikemas kini", apakah padanan kata nama dalam B Melayu? S2: Saya pernah terjumpa kata "pengemaskinian". Harap jelaskan adakah ia KK atau KN? TKPengemaskinian ialah Kata Nama kerana perkataan tersebut menerangkan perihal atau proses mengemas kini sesuatu.Tatabahasa02.02.2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah padanan terjemahan "kemas kini secara langsung" sesuai bagi "live update"? Terima kasih.Padanan terjemahan bahasa Melayu untuk “live update” ialah “siaran langsung” bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.

Makna15.09.2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah padanan terjemahan Bahasa Melayu yang sesuai bagi frasa bahasa Inggeris live update? Terima kasih.

Cadangan padanan terjemahan dalam bahasa Melayu yang boleh digunakan mengikut konsep dan konteks ayat yang sesuai bagi “live update” ialah siaran langsung.

Penyemakan dan penterjemahan17.07.2023
Apakah terma yang sesuai bagi menggantikan istilah 'technology update'? Terma tersebut digunakan dalam seminar rasmi yang menyampaikan maklumat tentang produk teknologi termasuk perkembangan ICT yang terkini.Jika merujuk situasi seperti yang dinyatakan, kami cadangkan frasa 'kemas kini teknologi' digunakan, manakala jika merujuk produk frasa 'teknologi terkini' lebih sesuai digunakan.Istilah20.03.2012
Salam sejahtera, Bilakah keluar result IV Perancang Bahasa ya? Mohon update terkini. TkSalam sejahtera, keputusan temu duga jawatan Perancang Bahasa Gred S41 Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Dimaklumkan bahawa keputusan temu duga jawatan Perancang Bahasa Gred S41 masih diperingkat kelulusan Pihak Berkuasa Melantik dan keputusan sama ada calon temu duga berjaya atau simpanan atau tidak berjaya akan dimaklumkan dalam tempoh 2 minggu selepas mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Melantik. Keputusan temu duga juga akan dimaklumkan melalui e-mel puan. Sekian, terima kasih.Lain-lain01.07.2021
Abu Aiman Jun 4th, 7:29am Bagaimana saya boleh menjadi sahabat anda supaya boleh mendapat 'update' tetkini?Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Jun 4th, 8:46am Terima kasih kerana bersahabat dgn FB DBP. Mudah sahaja untuk mengikuti program terkini DBP. Antaranya kerap membuka FB DBP dan melayari laman sesawang www.dbp.gov.my. Melalui pembacaan yang aktif kedua-dua laman sesawang tersebut pasti anda mengetahui kegiatan terkini DBP. Sekiranya tuan berminat jemputlah hadir kegiatan kami seperti yang tertera pada poster-poster yang diposkan di dinding facebook. Segala perbelanjaan adalah di bawah tanggungan sendiri. Moga ini membantu.Lain-lain04.06.2014
Mohon menterjemahkan ayat di bawah. Terima kasih We will follow up your email once we have received an update.Untuk makluman tuan/puan, kami hanya membuat pengesahan bahasa Melayu. Tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-9226 2506 atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-4145 1800 untuk hal yang berkaitan dengan terjemahan. Namun begitu, jika tuan/puan memberikan terjemahan dalam bahasa Melayu, kami boleh menyemahnya. Sekian. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan17.03.2017
Angel Ng 11.08 PAGI Angel Ng Hi, I ade membuat permohonan utk iklan, agak berape lama utk dapat update ye?Selamat Sejahtera. Proses permohonan iklan mengambil masa 3 hari waktu bekerja (selepas bayaran dibuat).Lain-lain05.09.2017
Assalammualaikum, Saya ingin bertanya sekiranya terjemahan "sekitar tahun tersebut" sesuai untuk "around the year"? Sekiranya tidak sesuai, mohon cadangan pihak DBP. Terima kasih. Contoh ayat: update the information around the year.Padanan yang sesuai untuk ayat yang dinyatakan ialah Mengemas kini maklumat sepanjang tahun.Tatabahasa28.02.2019
12

Kembali ke atas