Mohon membantu menterjemahkan istilah "reversible USB". Reversible USB ialah sejenis USB baru yang kepalanya boleh dipalamkan tak kira sebelah atas atau bawah. Adakah "USB boleh balik" sesuai digunakan? | Saudara, cadangan kami "reversible USB" ialah USB boleh balik. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.09.2015 |
Selamat sejahtera, Manakah terjemahan yang sesuai digunakan bagi 'USB hub'? a) Hab USB b) Hub USB c) Lain-lain? Sila berikan pendapat anda. Terima kasih. | Padanan USB hub ialah hab USB. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.05.2015 |
salam, apakah padanan terjemahan untuk "usb stick"? terima kasih | Untuk makluman istilah "USB stick" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, konsep istilah ini adalah sama dengan "USB drive" atau "pen drive'. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pemacu USB. | Istilah | 01.02.2013 |
saya nak tahu terjemahan perkataan "usb flash drive:dalam bahasa melayu..terima kasih | Istilah bahasa Melayu untuk "usb flash drive" ialah pemacu kilat usb. | Istilah | 01.04.2013 |
Salam. Boleh saya tahu saranan terjemahan untuk frasa "Retractable USB" dalam bidang automotif? Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "retractable USB" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk "retractable' ialah boleh tarik, boleh lipat atau boleh retrak. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah USB boleh tarik atau USB boleh retrak. | Istilah | 02.05.2013 |
Salam 1Malaysia, Tuan, 1. 'Pendrive' atau 'Thumbdrive' dalam bahasa Melayu, apa? 2. 'online' merujuk kepada atas talian atau dalam talian? Terima kasih. | 1.Berdasarkan Kamus Teknologi Maklumat (Perkakasan), pemacu pena (pendrive) dan pemacu jari(thumbdrive) adalah sama. Huraian yang diberikan adalah seperti yang berikut: Pemacu berasaskan ingatan kilat yang diintegrasikan dengan antara muka USB. Pemacu ini biasanya kecil seperti pena atau jari, ringan dan mudah bawa. Kapasiti pemacu ini bermula dengan 8 MB pada tahun 1998 dan pada tahun 2006 berkapasiti 64 GB. Pemacu ini biasanya disambung pada komputer melalui port USB. Pemacu ini diperkenalkan pada tahun 1998 oleh Dov Moran. 2. Istilah bahasa Melayu yang betul untuk "online" ialah dalam talian. | Istilah | 03.04.2012 |