Tajuk kajian dalam bahasa inggeris adalah: "TRANSLATION AND VALIDATION OF TEAMWORK SURVEY QUESTIONNAIRE (TSQ) FOR MALAYSIAN HEALTHCARE SERVICES" dan telah ditukarkan ke bahasa melayu dengan tajuk: BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN TRANSLASI DAN PENGESAHAHSAHIHAN ALAT TINJAUAN KERJA BERPASUKAN UNTUK PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN MALAYSIA soalan saya: Adakah penggunaan VALIDATION kepada PENGESAHSAHIHAN itu tepat atau penggunaan KESAHIHAN lebih tepat dalam konteks tajuk di atas? Terima kasih. | Terjemahan untuk "VALIDATION" dicadangkan "PENGESAHSAHIHAN". Cadangan terjemahan tajuk kajian tersebut ialah TERJEMAHAN DAN PENGESAHSAHIHAN TINJAUAN BORANG SOAL SELIDIK KERJA BERPASUKAN BAGI PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN MALAYSIA. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.08.2015 |
Salam Tuan/Puan, Saya ingin bertanya, Soalan perihal sektor Semikondutor, Untuk nama-nama terma, Custom Layout, Physical Design, Design & Verification, Post-Silicon Validation, Field Programmable Gate Array (FPGA) Emulation & Prototyping, Computer-Aided Design, Design Automation, Packaging & Testing, Embedded System, Integrated Circuit (IC), Circuit Design apakah terjemahan rasmi dalam Bahasa Melayu kepada nama-nama terma yang saya senaraikan tadi? Saya dahulukan dengan jutaan terima kasih atas kesudian menerima & menjawab soalan saya Tuan/Puan :) | Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan khidmat penterjemahan. Bagi mendapatkan khidmat penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.08.2024 |
assalam, saya lampirkan soalan . terima kasih | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah dalam lampiran adalah seperti yang berikut: 1. decentralized - terpencar/tak terpusat 2. validation - kesahihan 3. verification - pengesahan 4. modular - modular 5. mock application - permohonan contoh 6. decode - tafsir kod 7. representation - perwakilan Padanan istilah-istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 23.11.2024 |