maksud komunikasi non verbal dan komunikasi verbal? | Komunikasi verbal : komunikasi secara lisan (bercakap, berdialog, berbual, dsb.) Komunikasi non-verbal: komunikasi bukan secara lisan, bukan ujaran (bahasa isyarat, bahasa tubuh, kontak mata, penggunaan objek, dsb.) | Makna | 20.08.2009 |
penggunaan bahasa verbal dalam sajak | Penyair A. Ghafar Ibrahim atau AGI telah memperkenalkan konsep tri-v, iaitu Verbal-Vokal-Visual. Bahasa verbal ialah isi/tema/persoalan sesebuah sajak. | Lain-lain | 06.08.2007 |
Apakah kaitan semiotik dalam kaedah verbal dan non verbal? | Saudara Liana, Untuk mendapatkan jawapan kepada pertanyaan seperti ini, saudara perlu membuat rujukan dan penyelidikan di perpustakaan atau merujuk makalah ilmiah yang disiarkan dalam akhbar,majalah atau jurnal berkaitan. | Lain-lain | 06.08.2009 |
jenis-jenis bahasa verbal | Menurut Kamus Dewan, verbal dikaitkan sebagai secara lisan-Contoh ayat: Ramai yg menguasai bahasa isyarat dan dapat berinteraksi dgn baik walaupun tidak banyak interaksi. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan jenis-jenis bahasa verbal, saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP dan membuat rujukan pada buku-buku atau majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 08.08.2007 |
contoh-contoh sajak yang menggunakan bahasa verbal dan nam-nama buku yang boleh digunakan sebagai rujukan | Secara umum, semua puisi menggunakan bahasa verbal. A. Ghafar Ibrahim telah memperkenalkan konsep puisi tri-v, iaitu akronim daripada vokal, verbal dan visualn. Saudari boleh membuat rujukan awal di majalah Dewan Sastera, Januari 2006 atau datang ke Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) DBP, KL. | Lain-lain | 12.08.2007 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya jika frasa ini "Tanda-tanda bukan verbal sakit gigi" boleh diubah untuk pembaca umum. Adakah boleh ditulis begini, "Tanda sakit gigi bukan lisan"? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 2496, verbal bermaksud arahan, perjanjian dan sebagainya secara lisan, bukan dalam bentuk bertulis. Verbal juga berkaitan dengan kata atau penggunaan kata-kata: hubung kait penggunaan bahasa verbal dan bukan verbal dalam pelbagai bidang ilmu. Oleh yang demikian, ayat yang sesuai untuk pemahaman masyarakat umum ialah "Tanda sakit gigi bukan secara lisan". Walau bagaimanapun, sila berikan ayat penuh pada masa-masa yang akan datang bagi memudahkan pihak kami memberikan jawapan yang lebih tepat. | Lain-lain | 27.03.2024 |
tuan, apakah terjemahan perkataan berikut: 1. verbal bully 2. cyberbullying 3. analytical thinking | Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "verbal bullying" dan "cyberbullying" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah buli lisan dan buli siber. Istilah bahasa Melayu untuk "analytical thinking" ialah pemikiran analitis. | Istilah | 01.05.2014 |
Adakah bahasa Melayu dan Inggeris menggunakan bentuk ayat verbal? Kerana berdasarkan pemerhatian saya, semua ayat bahasa Inggeris dan Melayu hanya menggunakan ayat nominal. Hanya bahasa Arab menggunakan kedua-dua model ayat | Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan, tiada bentuk ayat verbal dan ayat nominal digunakan dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 11.02.2021 |
Betulkah penggunaan dari segi dalam ayat berikut. Kesantunan verbal bermaksud kesantunan dari segi lisan. Tolong jelaskan. | Penggunaan dari segi dalam ayat berikut adalah betul. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. | Tatabahasa | 02.10.2019 |
Salam sejahtera. Boleh saya dapatkan makna istilah yang sesuai untuk perkataan "thinking aloud" dalam bahasa melayu. untuk makluman, perkataan ini merujuk kepada konteks memaklumkan apa yang difikirkan secara verbal apabila melakukan aktiviti tertentu. sekian terima kasih.Harap mendapat pencerahan. | Untuk makluman puan, perkataan thinking aloud merupakan kata umum dan tidak diberikan padanan khusus dalam bahasa Melayu. Cadangan kami bagi terjemahan perkataan tersebut ialah fikir ujar. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.05.2018 |