Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj in actual fact, sebenarnya: while the King was ill, the Queen was the ~ ruler of the country, ketika Raja itu gering, Permaisuri bagindalah sebenarnya pemerintah negara itu; what he said was a ~ lie, yg dikatakannya sebenarnya adalah bohong. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata virtual


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. VIRTUAL NATIONAL ROBOTICS COMPETITION 2. ONLINE NATIONAL ROBOTICS COMPETITION 3. VIRTUAL NATIONAL ROBOTICS OPEN COMPETITION senarai di atas merupakan nama pertandingan. saya ingin mohon bantuan untuk menterjemahkan kepada bahasa melayu terima kasih atas bantuan.Cadangan terjemahan bagi frasa tersebut seperti yang  berikut:
1. VIRTUAL NATIONAL ROBOTICS COMPETITION - PERTANDINGAN ROBOTIK MAYA KEBANGSAAN 

 2. ONLINE NATIONAL ROBOTICS COMPETITION - PERTANDINGAN ROBOTIK DALAM TALIAN KEBANGSAAN 

 3. VIRTUAL NATIONAL ROBOTICS OPEN COMPETITION - PERTANDINGAN TERBUKA ROBOTIK MAYA KEBANGSAAN 
Makna26.08.2020
makna perkataan - VIRTUAL STUDIOPadanan bahasa Melayu bagi istilah virtual studio ialah studio maya. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah01.02.2023
Saya ingin menterjemahkan "Immersive Virtual Simulator" ke dalam Bahasa Melayu. Minta khidmat nasihat bagi istilah yang paling sesuai. Terima kasih.Terjemahan langsung bagi Immersive Virtual Simulator ialah “Simulator Maya Terendam”.  Mohon tuan memberikan konteks penggunaan agar kami boleh mencadangkan  istilah yang paling sesuai.Istilah05.05.2014
Salam sejahtera saya sedang menjalankan penyelidikan berkaitan pembelajaran teradun. terdapat 3 soalan berkaitan terjemahan istilah iaitu 1. apakah terjemahan bagi enriched-virtual model? 2. apakah terjemahan bagi flipped learning? 3. apakah terjemahan bagi flipped classroom?Cadangan terjemahan bagi perkataan yang diberikan ialah:
1. enriched-virtual model - model maya diperkaya
(mohon berikan contoh dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan dalam bahasa Melayu yang lebih baik dan betul)
2. flipped learning - pembelajaran balikan
3. flipped classroom - kelas balikan
Makna01.04.2022
Augmented Reality(AR) - VIRTUAL STUDIOPadanan bahasa Melayu bagi istilah augmented reality (AR) ialah realiti terimbuh (AR).Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah17.01.2023
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1.Three Car Monorail Train 2.Virtual Silent Track Monorail Train 3.Diesel Cog Locomotive 4. Flywheel Railcars 5.Shunting Vehicles 6.Articulated Railway Passenger Car Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1.Three Car Monorail Train – Tren Monorel Tiga Gerabak

2.Virtual Silent Track Monorail Train – Tren Monorel Trek Senyap Maya

3.Diesel Cog Locomotive – Lokomotif Roda Gigi Diesel

4. Flywheel Railcars – Relkar Roda Tenaga

 5.Shunting Vehicles – Kenderaan Pirau

6.Articulated Railway Passenger Car – Gerabak Penumpang Kereta Api Bersendi

Istilah17.05.2016
Istilah sesuai bagi Unified memory. Penjelasan dalam bahasa Inggeris is a virtual address space that can be shared between the operating system and applications.Padanan bahasa Melayu bagi istilah unified memory ialah memori terpadu. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah17.01.2024
Di sini kami lampirkan iklan Telekom Malaysia Berhad dalam bahasa Malaysia untuk kelulusan pihak puan , Untuk makluman puan , “Biz App Store” adalah nama kedai virtual yang di kendali oleh TM untuk penjualan applikasi –aplikasi untuk penyelesaian perniagaan , Nama “ Biz App Store” akan di “trademark” untuk pengunaan dalam iklan – iklan komersial tempatan Kerjasama Puan amat dihargai. Terima Kasih. Kind Regards; Hairruddin Hamdan (Dean /Din) Account Manager Dentsu Utama Sdn Bhd M : O12 492 1901 Faxs: 03 2096 2313Sekiranya "Biz App Store" telah mendapat  "trademark",  pihak tuan tidak perlu menterjemahkannya kepada bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kami akan menyemak teks lain dlam iklan tersebut yang menggunakan bahasa Melayu. Iklan yang dihantar akan kami faks kepada tuan.Lain-lain08.05.2012
Salam sejahtera, Adakah huruf besar diperlukan utk frasa yg berikut:- 1) suhu bumi @ suhu Bumi 2) permukaan bumi @ permukaan Bumi 3) keadaan bumi yang panas @ keadaan Bumi yang panas 4) kerak bumi @ kerak Bumi 5) lapisan bumi @ lapisan Bumi Apakah terjemahan yang gramatis bagi virtual learning environment (VLE)? Sekian, terime kasih.Dalam konteks yang diberikan, perkataan "bumi" dieja dengan huruf kecil.  1) suhu bumi 2) permukaan bumi 3) keadaan bumi yang panas  4) kerak bumi  5) lapisan bumi. 
Padanan bahasa Melayu untuk "virtual learning environment (VLE)" ialah persekitaran pembelajaran maya. 

Ejaan23.02.2016
Assalammulaikum Apakah perkataan Bahasa Melayu yang sesuai untuk Virtualization http://en.wikipedia.org/wiki/VirtualizationUntuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "virtualization" dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "virtual" yang padanan bahasa Melayunya ialah maya. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "virtualization" ialah pemayaan.Istilah20.02.2013
12

Kembali ke atas