Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ up, a. (imper), (used as an invitation to enter a circus, show, etc) mari: ~ up, ~ up ladies and gentlemen!, mari, mari, tuan-tuan dan puan-puan!; b. approach, /mendekati, menghampiri/: he ~ed up to me and asked me the time, dia mendekati saya utk bertanyakan waktu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ over, (colloq) a. treat very badly, memijak kepala: he allows his wife to ~ all over him, dia membiarkan isterinya memijak kepalanya; b. win easily, menewaskan [sso] dgn mudah: the home team ~ed over the opposition, pasukan tuan rumah menewaskan pihak lawan dgn mudah; c. win unopposed, menang tanpa bertanding; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ out on so., desert so., meninggalkan sso: he ~ed out on his wife and family, dia meninggalkan isteri dan keluarganya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ out, a. go away, pergi: he picked up his hat and ~ed out, dia mengambil topinya lalu pergi; b. leave suddenly and disapprovingly, meninggalkan [sst] dgn marah: he ~ed out of the meeting, dia meninggalkan mesyuarat itu dgn marah; c. go on strike, mogok: the workers ~ed out over the unsatisfactory working conditions, pekerja-pekerja itu mogok krn keadaan bekerja yg tdk memuaskan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ off, a. go away, berjalan pergi: when I reprimanded him he ~ed off without a word, apabila saya memarahinya, dia berjalan pergi tanpa sepatah kata pun; b. get rid of (st) by walking, berjalan-jalan utk menghilangkan [sst]: he tried to ~ off his frustration, dia mencuba berjalan-jalan utk menghilangkan rasa kecewanya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ into, a. meet with unwittingly, termasuk dlm: the suspect ~ed right into the police trap, orang yg disyaki itu terus masuk ke dlm perangkap polis; b. obtain easily, (colloq) mendapat [sst] dgn senang: she ~ed into the job without much ado, dia mendapat kerja itu dgn senang tanpa bersusah-payah; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ in on so., tiba-tiba masuk: he ~ed in on us while we were having dinner, dia tiba-tiba masuk semasa kami sedang makan malam; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ in, masuk: there’s no need to knock. Just ~ in, tdk perlu ketuk. Masuk sajalah; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ /away, off/ with, (colloq) a. win easily, menang: she ~ed away with the first prize, dia menang hadiah pertama; b. steal and take away, mengebas: the maid ~ed off with the jewellery, pembantu rumah itu mengebas barang-barang kemas; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : c. emerge safely from (st) terselamat: he alone ~ed away from the terrible accident unhurt, hanya dia seorang sahaja yg terselamat dlm kemalangan itu tanpa mengalami kecederaan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : b. abandon, meninggalkan [sst] dgn begitu sahaja: you can’t just ~ away from this problem. What will happen to your children?, kamu tdk boleh meninggalkan masalah ini begitu sahaja. Apa yg akan terjadi kpd anak-anak kamu?; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ away from, a. beat easily, mengalahkan: he ~ed away from all the other competitors, dia mengalahkan semua pesaing yg lain; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ away, pergi: don’t ~ away while I am still talking, jangan pergi semasa saya sedang bercakap; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ so. off his /feet, legs/, membawa sso berjalan sehingga lembik lutut: the guide ~ed us off our feet when he took us on a tour of the historic city, pemandu pelancong itu membawa kami berjalan sehingga lembik lutut melawat bandar bersejarah itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ the streets, be a prostitute, menjadi pelacur, melacur: a woman who once ~ed the streets, perempuan yg pernah menjadi pelacur; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ the boards, berlakon, menjadi pelakon: he ~ed the boards at an early age and still loves the theatre, dia berlakon sejak muda lagi dan masih meminati teater; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. accompany (so.) by walking, /mengiring, menemani/ sso: I’ll ~ you to the car, saya akan mengiring kamu ke kereta; he ~ed me home, dia menemani saya pulang ke rumah; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. travel on foot, berjalan: they ~ed two miles in half an hour, mereka berjalan sejauh dua batu dlm masa setengah jam; he spent the morning ~ing the streets, trying to find accommodation, dia menghabiskan waktu pagi berjalan di jalan itu mencuba mencari tempat penginapan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi move on foot, berjalan (kaki): the baby is learning to ~, bayi itu sedang belajar berjalan; he ~s for exercise, dia berjalan utk bersenam; shall we drive or ~?, kita hendak menaiki kereta atau berjalan kaki?; he has sprained his ankle and is unable to ~, pergelangan kakinya terseliuh dan dia tdk dapat berjalan; he ~s with a limp, dia berjalan tempang; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ of life, /lapisan, golongan/ masyarakat: people from every ~ of life came to the assembly, manusia dr setiap lapisan masyarakat datang ke perhimpunan itu; the exhibition was seen by thousands from all ~s of life, pameran itu disaksikan oleh beribu-ribu orang dr semua lapisan masyarakat; at a ~, berjalan: the horse ambled along at a slow ~, kuda itu terus berjalan perlahan-lahan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 5. walking distance, langkah: we live only a short ~ from the city centre, jarak rumah kami ke pusat bandar raya cuma beberapa langkah sahaja; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. path, route for walking, lorong utk berjalan-jalan: there is a beautiful ~ by the lake, ada lorong yg indah di tepi tasik itu utk berjalan-jalan;4. manner or style of walking, /gaya, cara/ berjalan: I would recognize his ~ anywhere, di mana-mana pun, saya kenal akan gaya dia berjalan; she has a peculiar ~, cara dia berjalan pelik; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : take so., st / for a ~, membawa /sso, sst/ /berjalan-jalan, bersiar-siar/: he took the dog for a ~, dia membawa anjing itu berjalan-jalan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : go for, take, have/ a ~, pergi /berjalan-jalan, bersiar-siar/: we went for a ~ in the park, kami pergi berjalan-jalan di taman itu; let’s take a ~, mari kita pergi berjalan-jalan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. short journey on foot, berjalan-jalan, bersiar-siar; / (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. act of walking, berjalan: after running for about three minutes he slowed down to a ~, selepas berlari selama kira-kira tiga minit, dia memperlahankan lariannya dan berjalan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. take for a walk, membawa berjalan(-jalan): she ~s the dog every evening, dia membawa anjing itu berjalan-jalan setiap petang; the nurse ~ed the patient up and down the corridor, jururawat membawa pesakit itu berjalan ulang-alik di koridor; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata walk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera. Saya ingin minta bantuan pihak Tuan untuk beri terjemahan Bahasa Melayu untuk perkataan "walk-in". Ia tiada dalam pangkalan data prpm. Contohnya, "walk-in closet" atau "walk-in interview". Terima kasih.Istilah bahasa Melayu untuk "walk-in interview" ialah temu duga jumpa terus. untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu ynag khusus untuk "walk-in closet". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah bilik almari pakaian atau ruang almari pakaian.Istilah24.10.2016
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "walk-thru"? Contoh ayat: The Walk-Thru cannot be played Mohon pendapat DBP. Terima kasih.Tiada maklumat walk-thru dalam pangkalan data kami, kecuali data walk through. Untuk maklumat lanjut, sila lihat walk+through&d=346196&#LIHATSINI">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=walk+through&d=346196&#LIHATSINI.Penyemakan dan penterjemahan17.08.2017
walk in seminarseminar terbukaLain-lain28.07.2008
1)'walk-in banking' 2)'walk-in 10 minutes banking'1)urusan di bank boleh siap dalam tempoh 10 minit 2)perbankan pantas dalam masa 10 minitTatabahasa07.06.2011
Saya menghadapi masalah dengan terjemahan WALK -IN SHOWER. Adakah menggunakan BILIK MANDI PANCURAN LUAR terjemahan yang tepat atau PANCURAN KHAS ? Saya percaya Pancuran Khas adalah lebih tepat, minta bantuan pihak Tuan merujuk ayat-ayat di bawah: 1. Complete with double King size bed, walk-in shower and separate bath as well as those all important extra Mal ingredients. 2. Every suite at Hotel Skyler in Syracuse has a private bedroom, safe, iron/ironing board, iHome clock radio, walk-in shower, flat-panel TV, HDTV, and free high-speed wired and wireless internet. All suites also have a refrigerator and desk, and all are smoke-free. 3. If you want to build a custom walk-in shower with curved walls, for example, you will use a custom-floated concrete shower pan. Terima kasih.Untuk makluman puan, dalam data kami tiada padanan khusus dalam bahasa Melayu bagi perkataan "Walk In Shower". Berdasarkan carian kami, perkataan "walk in shower" boleh diterjemahkan kepada "pancuran mudah alih".Istilah17.10.2013
SIDE WALKKAKI LAIMIstilah14.01.2011
Apa perkataan yang sesuai untuk digunakan untuk 'Walk-in-wardrobe' dalam bahasa Malaysia? Walk-in-wardrobe adalah satu bilik (seperti almari) dalam rumah seseorang yang hanya digunakan untuk menyimpan koleksi pakaian.Cadangan terjemahan ialah bilik pakaian.Istilah03.04.2008
Apakah terjemahan atau istilah terbaik untuk 'gallery walk'?Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "gallery walk" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah galeri susur minda atau galeri jelajah minda.Istilah05.02.2014
Mohon dapatkan istilah bagi kata 'Gallery Walk' dalam bahas Melayu. Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "gallery walk" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah "galeri susur minda" atau "galeri jelajah minda".Penyemakan dan penterjemahan18.03.2015
Terjemahan untuk 'management by walking around'/ 'management walk about'Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "management by walking around/management walk about" . Walau bagaimanapun, istilah yang dicadangkan ialah pengurusan tinjau mesra atau pengurusan tinjau.Istilah18.02.2013
123

Kembali ke atas