Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata way forward


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan bahasa Melayu untuk butang "rewind", " "forward" "fast forward", "fast rewind", "stop" dan "pause" yang terdapat pada alat kawalan jauh? Mohon pencerahan

Kami mencadangkan padanan perkataan bahasa Melayu seperti berikut:

 

1. rewind: putar semula

2. forward: mara

3. fast forward: mara laju

4. fast rewind:  putar semula laju

5. stop: henti 

6. pause: jeda

Istilah18.08.2021
Mohon tuan beri pendapat tentang penterjemahan bagi perkataan "forward" dalam ayat berikut: 1) Forward call to another number. (Majukan panggilan ke nombor lain.) 2) Forward message to email. (Majukan mesej ke email. ATAU Kirim semula mesej ke email.) Konteksnya berkenaan dengan aplikasi mudah alih yang membolehkan pengguna saling membuat panggilan serta menghantar mesej.Terjemahan forward call dan forward message belum ada dalam sumber rujukan kami. Kami mencadangkan forward call to another number ialah majukan panggilan ke nombor lain atau seterusnya dan  forward message to e-mail ialah memanjangkan mesej ke e-mel.
Makna22.09.2016
Tuan, Saya ingin bertanya apakah istilah Bahasa Melayu yang sesuai untuk "forward asset purchase". Forward asset purchase: A financial term. It refers to purchase of assets (e.g. bonds) of which the settlement date is a future date. Sekian. Terima kasih.Terjemahan forward asset purchase belum ada dalam sumber rujukan kami. Kami mencadangkan belian aset ke hadapan sebagai padanan terjemahan frasa tersebut. Penyemakan dan penterjemahan19.09.2010
apakah perkataan atau ayat dalam bahasa melayu yang sesuai untuk perkataan Inggeri "Going forward". Contoh ayat: "Going forward, we foresee that the competition would be on attractive packages with good Internet access" terima kasihUntuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "going forward". Setelah membuat rujukan kami mendapati perkataan ini ialah "jargon" dalam bidang perniagaan yang bermaksud "in the future", "from now on" atau "as we proceed into the future". Berdasarkan maksud dalam bahasa Inggeris tersebut, perkataan tersebut mungkin boleh diterjemahkan kepada "pada masa depan."Penyemakan dan penterjemahan13.06.2013
Apakah terjemahan yang tepat bagi "forward an email"? Terima kasih.Forward an email boleh diterjemahkan kepada "memanjangkan e-mel".Penyemakan dan penterjemahan28.08.2015
Apakah perkataan yang tepat bagi "Way Forward" dalam bahasa MelayuPerkataan ''way forward'' merupakan frasa umum. Lazimnya digunakan untuk perancangan masa depan yang dijangka cemerlang. Sila berikan ayat penuh untuk pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu yang bersesuaian berdasarkan konteks tersebut. Lain-lain21.12.2020
Bagi istilah 'Pay it forward' adakah ia diterjemahkan sebagai 'Bayar ke hadapan/depan'? Jika tidak, apakah penterjemahan yang betul?Istilah "Pay it forward" dalam bahasa Inggeris tiada kaitan dengan sistem pembayaran.  Ia bermaksud apabila orang berbuat baik atau berbudi kepada kita, kita akan membalas atau meneruskan dengan berbuat baik atau berbudi kepada orang lain pula.  Istilah25.12.2020
Salam sejahtera Tuan/Puan. Minta nasihat untuk terjemahan yang sesuai bagi frasa "forward-backward translation" (bidang sains sosial). Sebagai contoh dalam ayat: "The forward-backward method begins with a version of the question set in the language in which it was originally developed, for example, English. " Terima kasih.

Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks ilmiah. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Lain-lain22.10.2022
Tajuk: Implementation and forward strategic planning after nanjing (Nanjing adalah tempat di mana conference dijalankan). Terjemahan yang mana lebih tepat? "Perlaksanaan dan perancangan strategik ke hadapan selepas Nanjing" atau "Perlaksanaan dan perancangan strategik selepas Nanjing di masa hadapan"Implementation and forward strategic planning after Nanjing boleh diterjemahkan kepada "Perlaksanaan dan perancangan strategik masa hadapan selepas Nanjing" sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaannya.
Penyemakan dan penterjemahan26.12.2019
Satu seksyen dalam laporan projek perlu ditulis tajuk seksyen itu ialah "A Way Forward". apakah terjemahan yang sesuai dalam Bahasa Melayu. Terima kasihCadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa a way forward ialah cara terkedepan.Penyemakan dan penterjemahan26.01.2024
123

Kembali ke atas