Salam, saya ada kemusykilan berkenaan sapaan hormat misalnya yang berusaha, yang dihormati dan sebagainya. Sekiranya majlis diadakan di sekolah, siapakah yang sepatutnya digunakan yang berusaha dan yang dihormati. Bagaimanakah penggunaanya, Yang berusaha Tuan Pengetua Sekolah ABC, Encik Ahmad atau Yang berusaha Encik Ahmad, Pengetua Sekolah .... Setiap sapaan seharusnya diikuti dengan nama atau jawatan. Sekian terima kasih | Rujukan kehormat Yang Dihormati digunakan kepada orang-orang yang dihir,ati seperti guru, ketua kampung, penghulu, pemimpin kecil parti dsbnya. Ynag Berusaha ditujukan kepada pegawai kerjaan yang kanan tetapi tidak mempunyai apa-apa gelaran, sama ada gelaran warisan ataupun anugerah. Kebiasaannya kata sapaan diikuti oleh nama rujukan kehormat. | Tatabahasa | 26.10.2010 |
siapakah yang layak digelar Yang Berusaha dalam acara rasmi? Adakah dengan kehadiran Pengetua dalam majlis maka gelaran Yang Berusaha hanya untuk beliau sahaja? Adakah Penolong Kanan layak dipanggil Yang Berusaha dalam majlis tersebut atau sekadar Gelaran Yang Dihormati? | Bagi sapaan Yang Berusaha adalah untuk individu yang menjadi penganjur atau penggerak sesuartu acara tersebut. Kalau acara itu dikendalikan oleh Penolong Kanan, maka beliau layak diberi sapaan Yang Berusaha. Manakala kehadiran Pengetua, sapaan yang sepatutnya kepada beliau ialah Yang Dihormati. | Lain-lain | 07.05.2008 |
Perlukah penggunaan Yang Berusaha Tuan di dalam ayat ini? Saya diminta mengunakan perkataan ini kerana pegawai yang dirujuk adalah gred 44 dan ke atas. contoh 1: Saya diarah merujuk kepada surat Yang Berusaha tuan bertarikh 14 November 2014. contoh 2: Segala kerjasama pihak Yang Berusaha tuan dalam perkara ini diucapkan terima kasih. Terima kasih atas khidmat nasihat pihak DBP. | "Yang Berusaha" lazimnya digunakan untuk individu yang memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat; Yang Amat Berusaha - Pegawai tinggi kerajaan yang kanan; Yang Berusaha - Pegawai tinggi kerajaan.
| Lain-lain | 17.11.2014 |
Assalamualaikum tuan/puan, mohon bertanya bagaimanakah hendak menulis singkatan bagi Yang Berusaha? Tkasih | Tiada singkatan untuk Yang Berusaha. | Ejaan | 07.03.2016 |
Jika singkatan kepada Yang Berbahagia adalah YBhg. Apakah singkatan kepada Yang Berusaha? | Yang Berusaha lazimnya ditulis penuh. | Tatabahasa | 05.07.2010 |
Saya ingin bertanya penggunaan 'salutation' dalam majlis rasmi. Antaranya : Siapa yang layak dipanggil sebagai Yang Berusaha, Yang Amat Berusaha, Yang Berbahagia, Yang Amat Berbahagia. | Sapaan untuk 'Yang Berusaha' biasanya kepada pihak yang menganjurkan majlis; 'Yang Amat Berusaha' untuk pegawai tinggi kerajaan tingkatan kanan, misalnya dari Jusa C ke atas; 'Yang Berbahagia' kepada seseorang yang menerima gelaran kehormat seperti Tan Sri / Puan Sri dan Datuk / Dato' / Datin; 'Yang Amat Berbahagia' kepada Tun / Toh Puan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku protokol. | Lain-lain | 22.10.2009 |
Gelaran di dalam Minit Mesyuarat Adakah boleh menggunakan gelaran Yang Berusaha En Irfhan bin Azman di dalam minit mesyuarat? | Selamat pagi. Tuan boleh menggunakan perkataan Yang Berusaha dalam minit mesyuarat. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 06.06.2016 |
Yang Berbahagia dieja YBhg...bagaimana dengan singkatan Yang Berusaha? | Tiada singkatan untuk Yang Berusaha. | Tatabahasa | 26.03.2009 |
Dalam ucapan , adakah Yang Mulia , dan Yang Berusaha , Yang Diraikan perlu letak huruf besar. Adakah ayat ini betul; 1.Para hadirin sekalian 2.Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis , Guru Besar , guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Terima kasih. | Dalam ucapan, setiap huruf pertama pada kata pangkal ayat perlu ditulis huruf besar seperti Yang Mulia, Yang Berusaha, Yang Diraikan, Para hadirin sekalian, Yang Mulia tuan pengerusi majlis, guru besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. | Tatabahasa | 18.05.2007 |
Salam tuan/puan, Dalam ucapan, kata sapaan seperti 'Yang Dihormati..., Yang Berusaha..., Yang Diraikan..., Yang Disayangi...' menggunakan huruf besar atau kecil? Apakah alasannya? Terima kasih. | Yang Dihormati dan Yang Berusaha ditulis dengan huruf besar kerana panggilan rasmi. Yang Diraikan dan Yang Disayangi merupakan penggunaan yang tidak formal. | Lain-lain | 19.12.2014 |