SAYA INGIN MENDAPATKAN KEPASTIAN BERHUBUNG PENGGUNAAN PERKATAAN "YANG DIHORMATI". APABILA MENULIS SURAT KEPADA SESEORANG BERPANGKAT TINGGI, PENGGUNAAN SINGKATAN "YANG DIHORMATI" YANG MANAKAH BETUL "YDH" ATAU "Ydh"? | Dalam surat rasmi, sapaan yang digunakan ialah tuan atau puan. Sapaan Yang Dihormati boleh digunakan dalam teks ucapan dan hendaklah ditulis penuh, contohnya Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis. | Ejaan | 09.02.2010 |
Salam tuan/puan, Dalam ucapan, kata sapaan seperti 'Yang Dihormati..., Yang Berusaha..., Yang Diraikan..., Yang Disayangi...' menggunakan huruf besar atau kecil? Apakah alasannya? Terima kasih. | Yang Dihormati dan Yang Berusaha ditulis dengan huruf besar kerana panggilan rasmi. Yang Diraikan dan Yang Disayangi merupakan penggunaan yang tidak formal. | Lain-lain | 19.12.2014 |
penggunaan huruf besar kecil yang betul untuk ungkapan - yang dihormati tuan pengerusi majlis | Penggunaan huruf besar dalam dalam frasa yang dihormati tuan pengerusi majlis adalah mengikut konteks penggunaannya. Dalam konteks penggunaan dalam teks ucapan dan sebagainya haruslah menggunakan huruf kecil. | Tatabahasa | 19.07.2007 |
Salam sejahtera, Perlukah tanda koma (,) digunakan selepas perkataan terima kasih? Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Dihormati Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Selasih, tuan-tuan dan puan-puan. Sekian, terima kasih. | Tidak perlu. Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Yang Dihormati Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Selasih, tuan-tuan dan puan-puan. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 12.08.2015 |
Apakah singkatan yang sesuai untuk digunakan bagi gelaran "yang dihormati" di dalam surat rasmi, adakah Y.D.H.?. Saya amat keliru samaada sesuai ataupun tidak singkatan berkenaan. Saya juga ingin memohon kepada pihak DBP untuk mendapatkan senarai gelaran yang digunakan di dalam surat rasmi untuk rujukan saya. | Gelaran Yang Dihormati lazimnya ditulis YDH, iaitu sapaan kepada orang yang dihormati dalam sesuatu majlis seperti penghulu dan pengetua. | Tatabahasa | 20.06.2015 |
Salam, saya ada kemusykilan berkenaan sapaan hormat misalnya yang berusaha, yang dihormati dan sebagainya. Sekiranya majlis diadakan di sekolah, siapakah yang sepatutnya digunakan yang berusaha dan yang dihormati. Bagaimanakah penggunaanya, Yang berusaha Tuan Pengetua Sekolah ABC, Encik Ahmad atau Yang berusaha Encik Ahmad, Pengetua Sekolah .... Setiap sapaan seharusnya diikuti dengan nama atau jawatan. Sekian terima kasih | Rujukan kehormat Yang Dihormati digunakan kepada orang-orang yang dihir,ati seperti guru, ketua kampung, penghulu, pemimpin kecil parti dsbnya. Ynag Berusaha ditujukan kepada pegawai kerjaan yang kanan tetapi tidak mempunyai apa-apa gelaran, sama ada gelaran warisan ataupun anugerah. Kebiasaannya kata sapaan diikuti oleh nama rujukan kehormat. | Tatabahasa | 26.10.2010 |
Salam tuan/puan, Saya ingin mendapatkan pengesahan daripada pihak DBP tentang singkatan yang betul bagi gelaran "Yang Dihormati" dalam surat rasmi. Untuk makluman pihak tuan/puan, amalan dalam PDRM, "Yang Dihormati" digunakan bagi mengelar pegawai-pegawai kanan polis. Namun, singkatan yang digunakan dalam surat rasmi selalunya ditulis sebagai "YDH". Saya telah semak Kamus Dewan dan tiada rujukan spesifik bagi singkatan "Yang Dihormati". Ada pihak berpendapat bahawa singkatannya sepatutnya ditulis sebagai "YDh.", tetapi ia kelihatan pelik. Justeru, mohon pengesahan DBP supaya maklumat yang betul bolehlah disalurkan kepada pucuk pimpinan PDRM. Terima kasih. Yang benar, ASP Lee Swee Sake | Salam Sejahtera Tuan. Kami mencadangkan singkatan bagi “Yang Dihormati” ialah “YDh.” Singkatan ini mengambil contoh pembentukan singkatan bagi “Yang Berbahagia”, iaitu “YBhg.” dan contoh pembentukan singkatan “Yang Amat Berbahagia”, iaitu “YABhg.” | Ejaan | 13.03.2014 |
DI DALAM TEKS UCAPAN RASMI, KITA SEPATUTNYA SEBUT NAMA INDIVIDU DAHULU, ATAU NAMA JAWATAN DAHULU. CTH: YANG DIHORMATI EN. JAMAL ROSLAN, PENOLONG KANAN 1... ATAU YANG DIHORMATI PENOLONG KANAN 1, EN. JAMAL ROSLAN...? TERIMA KASIH. | Mengikut standard dalam penulisan teks ucapan sepatutnya nama jawatan dahulu dan seterusnya nama yang berkenaan. Harap maklum. | Lain-lain | 29.10.2007 |
Yang dihormati Tuan, Bolehkah pihak Tuan melakukan semakan secara menyeluruh terhadap tulisan-tulisan berbentuk cerpen ataupun puisi? | Untuk makluman puan, Khidmat Nasihat DBP tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen dan karya kreatif. Skop perkhidmatan kami adalah untuk membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. | Lain-lain | 02.05.2015 |
Kepada yang dihormati, Dalam penggunaan kata, apakah perbezaan antara penggunaan perkataan ("demi", "untuk", dan "bagi") dan ("agar" dan "supaya")? Terima kasih atas bantuan anda. Elwin | Kata sendi nama "demi" bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya, Rakyat Malaysia Mesti bersatu demi kestabilan Negara. Manakala kata sendi nama "untuk" dan "bagi" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Contohnya, Asrama untuk/bagi penuntut-penuntut Sabah sedang dibina. | Tatabahasa | 01.06.2015 |