Apakah terjemahan perkataan-perkataan di bawah dalam bahasa melayu untuk istilah teknologi? 1) Zoom in 2) Zoom out 3) setting - tetapan? 4) background selection 5) open - buka 6) hide - sembunyi? 7) help - tolong @ bantuan? 8) shortcut terima kasih | Padanan bahasa Melayu untuk istilah yang diberikan adalah seperti yang berikut: 1. zoom in - zum dekat 2. zoom out - zum jauh 3. setting - pengesetan 4. background selection - pilihan latar belakang 5. open - buka 6. hide - sorok/sembunyi 7. help - bantuan 8. shortcut - pintas | Istilah | 14.03.2013 |
Assalamualaikum, Ejaan mertabat dan matrabat ( perbezaan pada huruf 'a' dan 'e'). Perkataan manakah yang betul bagi ayat berikut: Oleh itu, bagi memertabatkan SK Sultan Yahya Petra 1 sebagai sebuah sekolah yang terbaik dan seterusnya mengekalkan prestasi ini di daerah Kuala Krai, maka satu transformasi yang dirancang dan telah dilaksanakan ialah Program Pemelajaran Interaktif Melalui Internet ( Zoom-A) Ianya bersesuaian dengan Standard KPI Bidang Peningkatan Akademik. PETRA 1 BITARA. | Ejaan yang betul ialah martabat (bukan mertabat), maka kata terbitan yang betul ialah memartabatkan. | Ejaan | 22.04.2012 |
Tuan, saya sedang cuba menyempurnakan tugasan menulis tentang tokoh penyair Wadi Leta SA , maksud saya menulis biografi ringkas. Saya cuba cari di internet namun tak banyak maklumat saya temui, kerana di samping beliau menulis puisi , saya ingin catatkan juga tentang hobinya pada seni lukis dan jua menulis buku cerita kanak-kanak. Saya di fahamkan penulisan cerita kanak-kanak pernah disiarkan melalui blog zoom A di bawah kelolaan Rosli Nikmat , tetapi saya tetap tidak ketemu di internet. Boleh kah pihak Tuan berikan laman web atau link tentang beliau menulis buku cerita kanak-kanak dan hobi melukis? Atau boleh nyatakan di mana boleh saya dapatkan info tersebut? | Salam sejahtera, Dewan Sastera terbitan November 2007 ada mengemukakan Wadi Leta S.A. sebagai karyawan dalam keluaran tersebut. Selain itu, saudara boleh membaca artikel "Wadi Leta berbakat melukis" dalam laman www.nib.com.my . | Lain-lain | 25.04.2012 |