Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) kain segi empat (utk mengesat muka, peluh, dll); b) destar, setangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kain empat segi utk mengesat tangan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangan (kata nama)
1. Bersinonim dengan anggota badan: lengan
Berantonim dengan kaki

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kuasa, pengaruh, perintah, pegangan,

Kata Terbitan : menangani, menangani, menangankan, penangan,

Puisi
 

Sapu tangan berisi bunga,
     Itu bernama bunga cempaka;
Kalau tidak dengan bencana,
     Habis kuharu orang di kota.


Lihat selanjutnya...(47)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaYu tangan sapu tangan, Jatuh ke laman berisi bunga; Busuk tangan celaka tangan, Dalam tangan orang punya.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan berisi bunga, Itu bernama bunga cempaka; Kalau tidak dengan bencana, Habis kuharu orang di kota.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan jatuh ke laut, Jatuh ke laut dengan alasnya; Amboi berat budi disambut, Sambut dengan tiada balasnya.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan tepi dikelim, Mari kelim sisi belalang; Sirih pinang boleh dikirim, Nak kirim bukannya barang.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan tepi berkilat, Cicir di jalan siapa punya; Hajat hamba mengirim surat, Adakah tuan sudi membalasnya?
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan tepi berkelim, Jahit baju benang berombak; Sirih pinang dapat dikirim, Rindu dendam siapa nak bawak?
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan tepi berkelim, Kelim tepi belakang; Hatiku rindu tak dapat dikirim, Hendak dikirim bukannya barang.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan segi bertekad, Dibawa datang ke Inderagiri; Kalau tuan pandai memikat, Burung terbang menyerah diri.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan dari Sarawak, Dikirim orang balik ke Miri; Jangan dikenang cinta awak, Sudah lepas ke luar negeri.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan cindang berambu, Bakar akan cermin cinanya; Jika sudah untung bertemu, Kita mendapat ia empunya.
12345

Kembali ke atas