Definisi : 1. menjadikan tenteram, mengamankan, menyentosakan: pemimpin-pemimpin Perikatan dr Kuala Lumpurlah yg ~ keadaan kacau di Singapura itu; 2. menjadikan tidak gelisah (kacau, rusuh), menenangkan (fikiran, hati, perasaan): tetapi bagaimanapun dia belum dapat ~ jiwanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : 1 menjadikan (keadaan dlm negeri dll) tenteram; mengamankan: Satu pasukan tentera telah dihantar utk ~ keadaan yg kacau di situ. 2 menjadikan tidak gelisah atau tidak runsing; menenangkan hati, fikiran dll: Beliau telah pergi ke tepi pantai utk ~ jiwanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)