Definisi : 1. tidak mematuhi adat (kebiasaan, kesopanan, dll), melanggar adat, tidak sopan: dia telah melakukan sesuatu yg ~ pd mata dan pengertian masyarakat kampung; kalau kita tidak suka lagi mematuhi adat ini tidakkah kita dipandang ~ oleh orang ramai?; anak ~ anak luar nikah, anak haram; 2. salah atau silap (sesuatu perbuatan dll), keliru; langkah ~ tersilap langkahnya (dlm silat); tegak ~ terkeliru tegaknya (dlm silat); 3. tidak sedap didengar atau dilihat (bunyi-bunyian, perbuatan, kelakuan, dll), tidak seimbang atau tidak setara, janggal, palsu, sember; suara ~ a) suara yg tidak sedap didengar, sember; b) ki percakapan bermusuh-musuhan; ~ balai melintang berzina dgn orang yg tidak boleh dikahwini (pd agama atau adat); ~ kadim bermukah dgn keluarga yg rapat; ~ kelakuannya buruk lagi keji kelakuannya; ~ langkah a) = langkah ~ tersilap langkah (dlm silat); b) tersalah perbuatan atau gerak-geri, tidak senonoh (perbuatan); ~ mahram perlakuan zina yg berlaku antara dua orang anggota terdekat dlm sesebuah keluarga, mis antara abang dgn adik perempuan atau ayah dgn anak perempuannya; ~ melangsi lebih tinggi drpd yg seharusnya (nada suara); ~ pati sl bermukah dgn saudara sendiri; ~ salah melakukan zina; menyumbangkan; ~ langkah a) sengaja membuat langkah sumbang dlm silat (utk mengumpan lawan); b) melakukan sesuatu yg bertentangan dgn adat, melanggar adat; menyumbang-nyumbangkan memburuk-burukkan atau menghina-hinakan orang (dgn menuduhnya melakukan perbuatan sumbang): orang lain sudah biasa ~ Hanafi dgn nona pos itu; kesumbangan perihal sumbang (bkn perbuatan dll), keadaan dsb sumbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : ; ~ saran perbincangan intensif utk menyelesaikan masalah tertentu, mendapatkan idea-idea baru, dsb. menyumbang 1. memberikan sesuatu kpd orang yg mengadakan keramaian (sbg bantuan, sokongan), memberi solok: banyak orang yg ~ ketika ia mengadakan kenduri; 2. turut membantu atau menyokong (dgn tenaga, wang, dll): mereka ~ ke arah penubuhan Universiti Kebangsaan dgn masa dan tenaga; menyumbangkan memberikan sesuatu (tenaga, wang, dll) sbg sokongan atau bantuan, memberikan bantuan (pertolongan): beberapa orang anak muda kami masuk hutan ~ tenaga dlm gerakan gerila melawan Jepun; namun Islamlah yg ~ ciri-ciri yg dominan dlm kebudayaan Islam; sumbangan 1. sesuatu yg diberikan sbg bantuan (kpd keramaian dll); 2. bantuan atau pertolongan yg diberikan, sokongan: mahasiswa kita masih sedikit sekali memberi ~ kpd tanah air; senarainya telah digunakan di peringkat antarabangsa dan telah memberi ~ yg besar terhadap kajian cerita rakyat; penyumbangan perihal memberikan sumbangan; penyumbang orang yg memberikan sumbangan, orang yg menyumbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : 1 tidak mengikut adat kesopanan atau tidak mengikut adat kebiasaan (spt melakukan zina); melanggar adat: Setelah melakukan perkara yg ~ itu, dia telah lari dr kampung ini. 2 tidak betul perbuatannya; salah; silap: langkah ~ langkah yg tidak betul (ketika bersilat). 3 tidak sedap didengar atau dilihat (bkn bunyi, perbuatan dll); janggal: Suaranya ~. ~ mahram perlakuan sumbang (spt zina, rogol) yg berlaku antara dua orang yg mempunyai pertalian darah yg rapat, spt antara ayah dgn anak atau adik dgn abang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Definisi : ; menyumbang 1 memberi bantuan kpd orang yg mengadakan keramaian: Ketika mengahwinkan anaknya dahulu, banyak orang yg ~. 2 turut memberi sokongan atau bantuan (spt wang ringgit, tenaga): Diharapkan tuan-tuan sekalian dpt ~ kpd syarikat kami dgn membeli saham yg kami keluarkan. menyumbangkan menjadikan sesuatu sbg sokongan atau bantuan; memberikan sesuatu sbg bantuan: Mereka telah ~ fikiran dan tenaga terhadap penubuhan universiti itu. sumbangan apa-apa yg diberikan sbg bantuan atau sbg sokongan; pertolongan: Apakah ~ saudara kpd masyarakat sejak saudara lulus dr universiti? penyumbang orang yg memberikan sumbangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)