[a.dap.ta.si] | ادڤتاسي
Definisi : penyesuaian dgn keadaan dsb yg baru atau berbeza: ~ buku-buku Indonesia sedang diusahakan oleh Bahagian Terjemahan; seseorang itu perlu membuat ~ terhadap hidupnya utk mengimbangkan tuntutan keperluan dgn kemampuan diri; beradaptasi membuat penyesuaian: struktur biologi yg berbeza itu ~ secara fungsiannya dgn jenis-jenis persekitaran yg berbeza; mengadaptasi membuat adaptasi: orang Islam di merata-rata pelosok dunia ini ~ istilah dan rangkai kata Arab; drama terjemahan perlu diadaptasi supaya mencerminkan nilai-nilai dan alam kita; seorang klien diajar mengubah dan ~ tingkah laku drpd yg tidak normal atau tidak rasional kpd yg lebih rasional dan logik; pengadaptasian perihal (perbuatan dsb) mengadaptasi sesuatu; pengadaptasi orang yg membuat adaptasi (penyesuaian), orang yg menyesuaikan sesuatu (biasanya karya sastera atau seni): Muhammad Uthman Jalal dianggap sbg ~ yg paling berpengaruh, tidak kurang sepuluh buah drama Perancis telah diadaptasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[a.dap.ta.si] | ادڤتاسي
Definisi : penyesuaian dgn keadaan atau dgn sesuatu yg baru: Mereka harus tahu utk membuat ~ terhadap kehidupan di tempat yg baru itu. beradaptasi menyesuaikan diri dgn keadaan atau dgn sesuatu yg baru: Manusia mudah ~ dgn persekitarannya. mengadaptasi melakukan penyesuaian terhadap sesuatu supaya menjadi lebih bermanfaat atau lebih sesuai di persekitaran yg baru: Mereka diajar utk ~ perlakuan drpd yg kurang sopan kpd yg lebih sopan. pengadaptasian perbuatan atau hal mengadaptasi. pengadaptasi orang yg membuat adaptasi atau yg mengadaptasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)